Syok Melancong.Com

Pakej Umrah Travellution

Pakej Umrah Travellution

Allah swt berfirman…

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّه

Maksudnya : Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah.
(Surah Al-Baqarah : 196)

Pakej Umrah Eksklusif Travellution

Pakej Umrah Eksklusif Travellution

Setiap orang punya impian dan impian setiap muslim adalah untuk menjadi tetamu di rumah Allah iaitu menunaikan ibadah Umrah serta Haji jika mampu.

.

Adakah Waktu Tertentu Untuk Menunaikan Ibadah Umrah Dan Haji ?

Ibadah umrah boleh dilakukan pada bila-bila waktu tetapi Ibadah Haji harus dilakukan pada waktu tertentu iaitu pada musim haji sahaja.

.

Tawaf di Baitullah

Tawaf di Baitullah

Apakah Kelebihan Ibadah Umrah ?

Antara kelebihannya ialah :

  • Suatu ibadah umrah hingga sampai ke umrah lainnya adalah pelebur dosa di antara keduanya.
  • Melakukan umrah di bulan Ramadhan menyamai ibadah haji.
  • Barangsiapa yang keluar untuk menunaikan haji dan umrah lalu meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka baginya diberikan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat dan tidak diadili dan tidak pula dihisab melainkan dikatakan kepadanya “masuklah ke dalam syurga”.

.

Apakah Rukun Umrah ?

Rukun Umrah ada lima iaitu :

  1. Niat
  2. Tawaf di Baitullah
  3. Sae’i di antara Bukit Safa dan Marwah.
  4. Tahallul (Bercukur atau bergunting)
  5. Tertib

.

Setiap ibadah hendaklah dimulai dengan niat. Jika seseorang itu tidak berniat sama ada sengaja atau terlupa umrahnya menjadi tidak sah. Berniat umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa. Berikut ialah lafaz niat umrah:

Niat Ihram Umrah :

niatUmrah

“Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala.”
Wanita yang sedang berhaid dan nifas boleh berniat Umrah dan terpaksa menunggu hingga bersih, barulah boleh melakukan Tawaf untuk Umrahnya dan menyelesaikan segala amalan amalan Umrahnya yang lain.

.

Tawaf

Tawaf adalah salah satu rukun yang sangat penting dalam ibadat umrah. Sekiranya ia tidak dilaksanakan mengikut syarat-syaratnya, ia menjadi tidak sah dan justeru itu Sai’e, iaitu rukun yang berikutnya juga akan menjadi tidak sah.

Tawaf bermaksud mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali dengan syarat-syaratnya. Pekerjaan pertama yang dilakukan oleh Nabi s.a.w ketika baginda sampai di Mekah ialah baginda berwuduk kemudian Tawaf di Baitullah.

Mengelilingi Kaabah sebanyak 7 pusingan dengan yakin dan semata mata untuk tawaf. Sekiranya syarat syarat tidak dilaksanakan, maka tawaf itu tidak sah dan Umrahnya juga terbatal. Lafaz niat tawaf ialah:

Niat-Tawaf-Umrah

“Ya Allah, aku hendak melakukan tawaf Baitullahil Haram tujuh keliling tawaf Umrah kerana Allah Taala.”

.

Sa’ie

Sa’ie adalah juga satu rukun yang penting dan perlu dilaksanakan dengan sempurna. Walaupun begitu sahnya Sa’ie bergantung kepada sahnya tawaf. Jika kerana sesuatu sebab, tawaf tidak sah maka Sa’ie yang walaupun dibuat dengan sempurna akan turut menjadi tidak sah.

Syarat-syarat sah Sa’ie:

Hendaklah dilakukan selepas tawaf.
Tujuan hendaklah semata-mata untuk Sa’ie.
Sa’ie hendaklah dimulai dari Bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah.

Jarak perjalanan Safa ke Marwah dikira dari kaki bukit ke kaki bukit. Tetapi sekurang-kurangnya ialah jarak yang ditentukan untuk mereka yang menggunakan kereta sorong.

Perjalanan dari Safa ke Marwah dan sebaliknya tidak terputus yakni seseorang itu tidak melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula menerusi satu pintu lain.

Sa’ie dilakukan dengan berjalan  dari Bukit Safa hingga ke Bukit Marwah sebanyak 7 kali dengan yakin dan semata mata untuk Sa’ie. Perjalanan balik dari Marwah ke Safa dikira sekali pula. Lafaz niat Sa’ie ialah:

“Ya Allah ya Tuhanku, sahaja aku bersai di antara Safa dan Marwah tujuh kali Sa’i Umrah kerana Allah Taala”.

.

Tahallul

Bertahallul maknanya melepaskan diri dari larangan ihram menurut cara yang ditetapkan untuk umrah. Bagi umrah seseorang itu boleh bertahallul setelah selesai melaksanakan dengan sempurna semua kerja-kerja rukun yang lain iaitu niat, tawaf dan Sai’e.

Tahallul dengan menggunting rambut atau menghilangkan sekurang-kurangnya 3 helai rambut di kepala dengan cara mencukur atau mengguntingnya. Dan bagi wanita dengan sekadar panjang jari tangan dan dilakukan selepas Sa’ie. Dengan ini terlepaslah dari pantang larang yang dikenakan semasa dalam ihram.

.

Multazam, tempat mustajab untuk berdoa

Multazam, tempat mustajab untuk berdoa

Tempat-tempat yang makbul untuk berdoa :

  1. Ketika mula mula melihat Ka’abah
  2. Di dalam Ka’abah (di antara Hijir Ismail dan Ka’abah juga di kira kawasan Ka’abah)
  3. Di Multazam (di antara Hajar Aswad dan pintu Ka’abah)
  4. Di Rukun Hajar al Aswad
  5. Di Rukun Yamani
  6. Di Hijir Ismail
  7. Di Maqam Ibrahim
  8. Ketika bertawaf
  9. Di Telaga Zam Zam
  10. Ketika minum air Zam Zam
  11. Di laluan Saie termasuk di Safa dan Marwah

.

Kini, kami menawarkan pakej penyucian jiwa, Pakej Umrah Travellution Musim Sejuk 2016 yang eksklusif bagi mereka yang inginkan keselesaan ketika menunaikan ibadah umrah.

Pakej Penyucian Jiwa Umrah Musim Sejuk 2016

Pakej Penyucian Jiwa Umrah Musim Sejuk 2016

PAKEJ UMRAH TRAVELLUTION (No Lesen 6441)

[Code A14]
12 HARI 11 MALAM – Pakej Umrah Musim Sejuk 2016

Price per person :

RM6,600 (Quad Sharing Room)
RM7,000 (Triple Sharing Room)
RM7,300 (Twin Sharing Room)

Travel Period : November & December

.

Apakah Kelebihan Pakej Umrah Travellution ?

  • Mutawwif yg berpengalaman luas, Tn.Hj.Lutfi, merupakan bekas graduan Universiti Ummul Qura di Makkah. Pernah berkhidmat dengan Tabung Haji dan Wisma Putra bg mengelolakan umrah dan haji VIP, antaranya ialah KDYMM Sultan Johor sekarang.
  • Menguruskan pakej umrah dalam kumpulan yg kecil supaya semua tetamu Allah akan mendapat lebih perhatian lagi dari mutawwif kami.
  • Hotel bertaraf 4 bintang yg jauhnya tidak lebih dari 500 meter dari masjid:

(Hotel Jewar Al Saqefah – The Best Hotel in Madinah)
(Hotel Dar Al Eiman Grand – Makkah, Saudi Arabia)

Penting!
VISA – Banyak syarikat di luar sana boleh memberi harga murah, tetapi perlu berhati2 kerana dah byk kes penipuan terjadi. JANGAN sampai sebab nak murah, nanti terkandas meraung kehampaan di airport kerana tak dpt visa umrah ! Anda masih ingat, tahun lepas ianya byk berlaku ? Jangan sampai mimpi ngeri ini berlaku pada anda pula…

.

Untuk pertanyaan, sila hubungi :

logo umrah travellution

TIPS bg WANITA utk memasuki Raudah, klik sini