Syok Melancong.Com

Eksplorasi Turki – 9 Hari Mengelilingi Bahagian Barat Turki

Eksplorasi Turki – 9 Hari Mengelilingi Bahagian Barat Turki

Eksplorasi Turki – Di bumi Anatolia ini, setiap inci nya mempunyai berbagai sejarah yang cukup panjang. Sebelum zaman pemerintahan Roman dan Byzantine iaitu seawal abad ke 10 hinggalah ke era kegemilangan zaman pemerintahan Islam iaitu Empayar Uthmaniyyah serta kemunculan Mustafa Kemal Ataturk yang telah membawa Turki menjadi sebuah negara republik.

Dengan Pakej Turki 9 Hari ini, anda akan dibawa Eksplorasi Turki, mengelilingi bahagian barat Turki untuk melihat sebahagian dari keindahan bumi Turki tersebut.

Seperti yang dapat anda lihat di peta Turki di atas ini, Eksplorasi Turki akan bermula dari Istanbul – Bursa – Kusadasi – Pamukkale – Konya – Cappadocia – Ankara – Bolu – Istanbul. Ini bermakna anda akan membuat satu pusingan.
.
Apa yang ada di Istanbul ?

Hari Pertama, anda akan di bawa melawat ke tempat 3 serangkai yang paling popular iaitu Masjid Biru, Hagia Sophia dan Topkapi Palace. Masjid Biru (Blue Mosque) adalah sebuah masjid yang bersejarah di Istanbul dan digelar sebagai Masjid Biru oleh kerana jubin mosaic nya yang berwarna biru yang menghiasi dinding di bahagian dalamnya. Ianya dibina di antara tahun 1609 dan 1616. Sehingga kini, Masjid Biru telah menjadi salah satu daya tarikan utama pelancong ke Istanbul.
.
Seterusnya, dibawa pula melawat ke Hagia Sophia, terletak berhadapan dengan Blue Mosque, yang mana ianya pernah menjadi sebuah gereja, kemudian ditukar menjadi masjid ketika pemerintahan Sultan dan akhir sekali ianya ditukarkan pula menjadi sebuah muzium pula semasa pemerintahan Ataturk..

Topkapi Palace

Selepas itu, anda akan dibawa pula untuk melawat ke Istana Topkapi (Topkapi Palace). Ianya bukan sahaja setakat menjadi kediaman Sultan Uthmaniyyah, tetapi juga ianya adalah pusat pentadbiran dan pendidikan di Turki. Istana ini dibina sekitar tahun 1460an hingga ke 1478 oleh Sultan Mehmed II. Istana ini telah diperluaskan dan diubah banyak kali sehingga ke pertengahan abad ke 19.
.
Di dalam Istana Topkapi ini, masih terdapat beberapa peninggalan Nabi Muhammad SAW,
khazanah Diraja serta imperialis arkib yang terus dipelihara sehingga kini. Berikutan pemansuhan monarki Uthmaniyyah pada tahun 1922, Istana Topkapi telah ditukarkan menjadi sebuah muzium pada sekitar tahun 1924 di atas arahan pemerintah Turki yang baru iaitu Mustafa Kemal Ataturk.

Semasa di Istanbul, anda akan menginap di Hotel Qua yang bertaraf 4 bintang.

Turkish Delights

Bagi anda yang sukakan Turkish Delights, kami akan membawa anda ke kedai manisan ini untuk melihat berbagai pilihan turkish delights untuk dibawa pulang sebagai cenderamata di samping sightseeing bandar Istanbul.
.
Menaiki feri dari istanbul ke Bursa dengan melalui Laut Marmara yang mengambil masa selama 40 minit untuk ke Bursa dan akan bermalam di Hotel Kervansaray. Apa yang menarik di Bursa ? Anda akan dibawa sightseeing di bandar Bursa, antaranya melawat ke Ulu Camii yang bererti Masjid Besar, Green Mosque, Green Mausoleum dan Silk Bazaar.

Perjalanan diteruskan lagi ke Kusadasi pula dan berhenti rehat seketika untuk lunch di restoran Kofteci Hunkar dan akan bermalam di Hotel Marina & Spa. hmmm.. saya suka sangat dengan awesome view hotel ini.

Marina Hotel & Spa

Apa tempat menarik untuk dilawati di Kusadasi ?

Di Kusadasi,  terdapat sebuah bandar purba di zaman Roman yang terbesar di Turki yang
dinamakan Ephesus. Kota purba ini dipercayai telah dibina pada 1000 tahun sebelum masihi, lebih kurang 3000 tahun dahulu. Di samping itu juga, anda akan dibawa melawat ke Populer Leather Factory yang menyajikan leather yang original, yang juga membekalkan leather jaket pada jenama-jenama yang terkenal seperti Harrods dan sebagainya.
.
Selepas itu, perjalanan diteruskan pula ke Pamukkale. Apa pula yang menarik di Pamukkale ni? Pernah tak anda dengar tentang Cotton Castle? Haaaa… di sinilah letaknya Cotton Castle tu. Ianya adalah hasil mendapan garam dan kabarnya sangat baik untuk merawat sakit kulit. Anda akan bermalam di Hotel Lycus River dan pada sebelah malamnya akan menyaksikan Tarian Sufi atau pun dikenali sebagai Whirling Dance.

.
Keesokannya, perjalanan diteruskan lagi untuk ke Konya dan bas akan berhenti rehat untuk lunch di restoran Iozkaini. Cantik restoran ni dan makanannya sangat lazat. Apa pula yang ada di Konya ? Konya mempunyai sebuah muzium yang dikenali sebagai Muzium Mevlana. Ianya telah beroperasi sekitar tahun 1926 dan keluasan muzium ini meliputi 6,500 m2 kawasan tamannya.
.

Perjalanan diteruskan lagi ke Cappadocia pula dan akan bermalam di Hotel Gold Yildrim. Keesokannya, anda akan dibawa sightseeing di Cappadocia, singgah sebentar ke Carpet Factory, sebelum ke bandar purba yang saya gelar “The Flinstones” di kawasan Urgup. Pemandangannya sangat cantik di situ. Seterusnya dibawa untuk menerokai The Underground City of Kaymakli. Terasa sangat unik merasai pengalaman di situ.

Setelah penat keluar dari bandar bawah tanah, anda akan dibawa untuk menikmati makan tengahari Pottery Kebab di restoran Uranos Sarikaya, yang merupakan sebuah restoran eksklusif yang dibina di dalam gua. Selepas makan, anda akan dibawa pula ke tempat untuk bergambar dengan unta dan ke jewellery shop sebelum ke Pigeon Valley. Akhir sekali, dibawa ke Hisaronu Seramik Art Galeri sebelum pulang ke hotel.

Urgup

Setelah pulang ke hotel, bagi mereka yang inginkan optional tour dan gemarkan adventure, bolehlah mengambil Safari Night Tour yang sangat best dan adventurous.

Hari berikutnya pula, dalam perjalanan ke Ankara, anda akan dibawa singgah ke Caravan Serai. Ianya merupakan tempat berehat dan persinggahan bagi pedagang-pedagang yang datang dari jauh untuk menjual hasil dagangan mereka serta memberi minum binatang tunggangan mereka. Persinggahan seterusnya ialah Salt Lake sebelum tiba di Ankara. Apa yang menarik di Ankara ni ?
.
Ankara merupakan ibu negeri Turki dan di sana terdapat sebuah Kompleks Makam Mustafa Kemal Ataturk atau pun Ataturk Museum, iaitu sempena nama pemimpin yang disanjung oleh rakyat Turki. Beliau digelar sebagai bapa pembangunan moden Turki. Kompleks ini keseluruhannya dibina daripada batu marmar. Kunjungan ke Kompleks Makam ini adalah wajib bagi setiap pelancong yang datang bersama pakej. Jika anda bernasib baik, dapatlah tengok upacara changing of guards di situ.

Selepas itu, perjalanan diteruskan ke Bolu pula. Kebetulan ketika tour di bulan November tahun lepas, salji turun dengan lebat di Bolu dan bermalam di Von Resort Abant, iaitu sebuah resort yang cantik yang dimilikki oleh kelab bolasepak Turki. Resort ini sangat saya suka kerana suasananya begitu mendamaikan.

Keesokan paginya pula selepas sarapan, grup akan bertolak balik ke Istanbul dan akan menaiki Bosphorus Cruise selama 45 minit dan selepas itu akan sightseeing Istanbul dan akan dibawa ke Grand Bazaar yang mempunyai 4,000 buah kedai untuk anda shopping sebelum dihantar ke airport untuk pulang ke Malaysia.

Grand Bazaar

Anda tentu seronok tengok trip kembara Eksplorasi Turki kami ini kan? Jika ingin menaiki Hot Air Balloon, ianya boleh diatur. Sila lihat tips untuk memilih hot air balloon ini.

Kalau anda  terasa ingin join trip kembara ke bumi Turki, boleh hubungi saya.. whatsapp 016-9964515.

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: