Syok Melancong.Com

Trip Bandung 2016 – Bercuti Santai

Trip Bandung 2016 – Bercuti Santai

 

trip-bandung

Bandung adalah ibu kota wilayah Jawa Barat dan bandar ketiga terbesar di Indonesia selepas Jakarta dan Surabaya. Digelar Paris van Java (Paris Jawa) oleh Belanda untuk persamaan dengan Paris dan mengimbas kembali suasana Eropah pada zaman penjajah.
.
Bandung juga mempunyai nama samaran lain iaitu Kota Kembang, bermaksud Kota Bunga kerana dahulunya kota Bandung ini mempunyai banyak bunga.
.
Ianya adalah sebuah bandar besar yang terletak pada ketinggian 768m di tengah-tengah gunung berapi iaitu dikelilingi oleh pergunungan Parahyangan yang subur dan cantik serta ladang teh. Sekali gus menjadikan ia beriklim tropika yang agak sederhana sejuk dan menyenangkan.
.

Bercuti Ke Bandung

Bandung terkenal dengan seni bina dan deco ala kolonial nya. Selain itu, Ia juga merupakan destinasi membeli-belah yang sangat popular di kalangan pelancong, khasnya dari Malaysia dengan kedai-kedai fesyen yang berderetan di Jalan Setiabudi dan Jalan Riau di daerah Dago.
.
Sebenarnya, ini adalah kali keempat saya Bercuti Ke Bandung, Indonesia ini dan ianya merupakan suatu trip santai. Percutian saya ke sana pada tahun ini adalah pada bulan April yang lalu, iaitu selang seminggu selepas saya pulang dari Japan Trip.
.
Pada trip kali ini, saya tidak bertujuan untuk shopping, tapi masih perlu membawa orang lain ke tempat shopping. Tujuan saya Bercuti Ke Bandung pada kali ini adalah lebih berminat kepada tour ke luar kota Bandung iaitu ke tempat-tempat yang saya belum sempat pergi lagi masa trip-trip yang lalu. Antaranya seperti Farmhouse Susu Lembang, Dusun Bambu (merupakan family leisure park), Kampung Daun dan Grafika Cikole. Di samping itu juga saya sekali lagi melawat ke kilang Kopi Luwak dan juga Floating Market Lembang. Ianya merupakan tempat yang sangat popular di kalangan pelancong.
.
Ketika Bercuti Ke Bandung di tahun lepas, saya juga telah berkesempatan melawat ke Kawah Putih, Ladang Teh Wallini, Highlands Resort serta Trans Studio Bandung. Soal makanan, tidak perlu risau. Banyak restoran yang menyajikan makanan yang sedap-sedap dan antara masakan yang saya suka ialah masakan sunda di Restoran Belacan. Bandung juga digelar sebagai shopping heaven. :lol:
.
Secara keseluruhannya, kota Bandung memang banyak tempat peranginan yang menarik dengan udaranya yang segar. Anda boleh lihat penerangan serta gambar-gambar di tempat-tempat yang disebut di atas itu dengan klik pada nama tempat yang diingini. Sebelum anda pulang ke Malaysia, jangan lupa singgah ke Amanda Brownies untuk membawa ole-ole dan merasai kelazatan brownies nya.

Farmhouse Lembang

Farmhouse Lembang

Grafika Cikole

Grafika Cikole

Dusun Bambu

Dusun Bambu

Kampung Daun

Kampung Daun

cibaduyut

Jika anda ingin bercuti ke kota Bandung yang penuh dengan tempat-tempat peranginan yang menarik bagi anda meluangkan masa bersama keluarga atau pun teman-teman, bolehlah mengambil pakej yang saya sediakan di sini.

Pakej Percutian Bandung

Pakej Percutian Bandung

signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: