Syok Melancong.Com

9 Tips Destinasi Menarik Di Siem Reap, Cambodia

9 Tips Destinasi Menarik Di Siem Reap, Cambodia

.

Percutian saya ke Siem Reap, Cambodia pada 11/10/2016 yang lalu merupakan kali ke 4 atau ke 5, tidak berapa ingat pula. Kali ini cuma percutian pendek saja iaitu 3 hari 2 malam.
.
Ada teman yang bertanya, apa yang menarik di Siem Reap itu, sampai pergi banyak kali? Sambil tersenyum, saya menjawab yang saya rasakan bagai ada sesuatu yang unik di sana yang menarik saya kembali bercuti ke destinasi itu. (klik untuk baca trip saya).

.

Tips Destinasi Menarik Siem Reap:

1) Angkor Wat

Angkor Wat

Angkor Wat

Angkor Wat merupakan UNESCO World Heritage yang telah dibina oleh Raja Khmer, Suryavarman II pada abad ke 12. Angkor Wat adalah tarikan utama di antara Tips Destinasi Menarik Siem Reap untuk pelancong berkunjung.
.

2) Ta Prohm

Ta Prohm

Ta Prohm

Ta Prohm sangat terkenal dengan keunikan pokok-pokok besar oak dengan akarnya yang bersirat-sirat, begitu indah dipancar sinar matahari. Ta Prohm merupakan salah satu tempat penggambaran filem terkenal Tomb Raider yang dilakonkan oleh Angelina Jolie.
.
3) Killing Fields

Killing Fields

Killing Fields

Killing Fields (Wat Thmey) terletak 3 km dari bandar Siem Reap. Di dalam pagoda inilah di letakkan antara tengkorak manusia yang telah terkorban.
.
4) Cambodian Cultural Village

Cambodian Cultural Village

Cambodian Cultural Village

Cambodian Cultural Village, kompleks yang  berkeluasan 210,000 meter persegi terletak 3 km dari airport dan 5 km dari Angkor Wat. Di dalamnya dibina bangunan mini bersejarah, Pelancong juga dapat melihat persembahan kebudayaan orang tempatan.
.
5) Angkor Silk Farm

Angkor Silk Farm

Angkor Silk Farm

Di Angkor Silk Farm ini anda akan dibawa melawat dan diberi penerangan tentang bagaimana proses ulat sutera menghasilkan benang sutera bermula dari memakan mulberi, mewarna sehinggalah ke proses tenunan. Tenunan sutera dengan tangan hanya dibuat di Cambodia dan Bali.
.
6) Tonle Sap Lake / Floating Village

Tonle Sap

Tonle Sap

Tonle Sap Lake terletak lebih kurang 15 km dari bandar. Ia menawarkan pelancong melihat eko-sistem dan cara kehidupan penduduk di floating village ini.
.
7) Lotus Farm

Lotus Farm

Lotus Farm

Lotus Farm ini terletak di kawasan Phnom Krom, kira-kira 2 km sebelum sampai ke Tonle Sap Floating Village. Ia juga merupakan antara Tips Destinasi Menarik Siem Reap.
.
8) Senteurs d’Angkor

Senteurs d'Angkor

Senteurs d’Angkor

Berbagai kraf yang dihasilkan di sini seperti pembuatan hand made soap, lilin wangi, bakul serta beberapa hasil kraf lagi.
.
9) Angkor National Museum

Angkor National Museum

Angkor National Museum

Angkor National Museum ini merupakan archhaeological museum yang menempatkan berbagai koleksi menarik di zaman pemerintahan Raja Khmer di antara abad ke 9 hingga 14.

.

Diharapkan agar Tips Destinasi Menarik Siem Reap yang saya kongsikan di sini bermanfaat, Jika anda ingin bercuti ke Siem Reap, boleh survey dulu tiket penerbangan murah di SINI dan saya juga menawarkan perkhidmatan ground pakej untuk percutian 4H 3M Siem Reap.
.

pakej-siem-reap

.

signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: