Syok Melancong.Com

Tips Penting Travel Di Musim Sejuk (Winter)

Tips Penting Travel Di Musim Sejuk (Winter)

Tips travel musim sejuk ini saya kongsi dari seorang sahabat iaitu Pn. Azira Akmal yang menetap di Norway.

azira

Musim sejuk di Norway, Sweden atau Finland,
Suhunya boleh mencecah serendah -30°c.

Jadi, untuk baby atau anak-anak dibawah umur 3 tahun, kebiasaannya jika suhu mencecah -10°c, tidak digalakkan untuk berada diluar lama.. cukup sekadar 10 minit +++ gitu.

Sebabnya, paru-paru anak-anak ni tak matang lagi jadi tak berapa sesuai untuk berada diluar untuk jangkamasa lama.

Tips Travel Di Musim Sejuk

Winter gear/ protection juga wajib cukup.

♡Jika anda guna baby carrier, baca panduan untuk pakaian baby + jenis baby carrier apa yang sesuai untuk digunakan.

Penting! Untuk elak anak dari kepanasan sangat atau kesejukan sangat.

Rules and regulation untuk winter gear/protection:

■protect kepala -> winter hat. Di Norway/ scandinavia biasanya guna yang jenis sarung je. Dan wool hat

■protect ear / telinga -> kalau ada, elok pakai. Telinga sejuk boleh memudaratkan .

■protect Neck / tengkuk -> ada jenis sarung atau balut. Boleh tengok di H&M atau kedai-kedai yang jual alat ni.
Material: polyester, Lycra @ Wool

■winter glove/sarung tangan: kalau nak main salji, wajib samada jenis kulit (Leather), atau kalis air (water ressistant)
Tujuannya untuk elak dari kesejukan tangan atau kekejangan tangan.
Kalau sejuk tangan.. satu badan pun boleh sejuk .. sampai ke tulang rasenye.

■kasut winter: kasut jenis paling penting adalah KALIS AIR dan tak mudah salji masuk ke dalam kasut.
Biasanya kasut Timberland, H&M atau ape saje yang bersesuaian.
Sneakers tidak dibenarkan… nak cuba juge silalah 😄😄😄 hehe.

■socks / Stoking: 2 jenis. Kalau suhu mencecah -5°c ke bawah, pakai wool DAN sarungkan cotton.

Pakaian yang lengkap boleh mengelakkan kita dari “FROSTBITE”.

Scandinavia: 3 layers:
Body/skin:
1)wool
+
2)cotton
Outside body : winter gear

Kenapa wool dulu? Tips Travel Di Musim Sejuk.. Untuk elakkan badan dari rasa sejuk air jika salji turun dan masuk ke dalam badan. Wool tu akan keringkan dan air tu cepat meresap 👍.

Boleh baca di link ni:
http://www.parents.com/…/outdo…/winter-weather-safety-guide/

☆☆☆☆☆☆

Jika guna stroller, dinasihatkan guna stroller:
A) tayar besar dan boleh diluruskan/tegakkan untuk redah salji.

Atau

B) tayar kecil tapi boleh luruskan / tegakkan tayarnya. Ada sesetengah tayar stroller tak boleh . Jadi kene tengok.

C) sebaiknya roda 4. Roda 3 agak sukar digunakan untuk redah salji KECUALI jenis tayar besar, boleh 👍.

Jika ke tempat-tempat yang suhunya agak ekstrem (-7°c to -10° ++), bagi pengguna stroller, dinasihatkan untuk guna “winter bag”.

Kadang-kadang ada stroller yang jual skali dengan bag. Tengok material. Kalau polyester, bagus 👍.

●Rain Cover aka Snow Cover untuk Stroller. Wajib guna bila snowstorm. Elak daripada salji masuk mata anak.

☆☆☆☆
Dinasihatkan.. sebelum ke tempat yang ingin dituju, siapkan anak 1 jam sebelum.
Banyak nak pakai jadi ambil masa 😉.

☆☆☆☆
Lotion badan / pelembab kulit wajib pakai. Kulit mudah kering pada musim sejuk.

☆☆☆☆
Lip balm juga wajib pakai untuk mengelakkan kulit bibir kering dan berdarah.

☆☆☆☆
Makanan tambahan wajib bawa. Biskut ke, buah ke letak dalam beg. Biasanya anak-anak cepat lapar bila sejuk ni.

☆☆☆☆
WAJIB: setiap kali nak keluar, cek suhu ye.
Zira biasa guna: Accuweather
Contoh: temperature: 1°c
Windchill: -10°c
(jangan terkejut ye, angin tu yang tak tahan.. sejuk SEPERTI -10°C).
☆☆☆☆

Sekian tips dari zira untuk yang nak travel pada musim sejuk nanti 👌.

Moga Tips Travel Di Musim Sejuk ini bermanfaat🌷

P/S: Gambar, lokasi di Hurdal, Norway
Suhu: -7°C

 signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: