Syok Melancong.Com

Menjejaki Bunga Sakura Di Jepun 2016

Menjejaki Bunga Sakura Di Jepun 2016

Salam Sakura..

Apa khabar pembaca setia blog travel saya ini? Harapkan sihat sejahtera semua ye  :-P

Untuk sharing cerita travel saya pada kali ini ialah kembara saya di Japan Trip 2016. Saya berkesempatan untuk menjejaki bunga sakura di negara matahari terbit itu selama 11 hari iaitu pada 1/4/2016 – 11/4/2016 yang lalu.

traveller

.
Subhanallah! Jepun memang banyak tempat yang mengagumkan dengan keindahan pemandangan bukit dan gunungnya dan yang paling uniknya sekali ialah bunga sakura itu cuma mekar selama lebih kurang 2 minggu sahaja dalam setahun. Memang sangat cantik! Berkembangan penuh di sana sini…begitu mengindahkan pandangan mata.

Bunga Sakura adalah digelar di negara Jepun, manakala Cherry Blossom pula digelar di negara Korea. Ketika itulah terlalu ramai pelancong yang berkunjung ke negara Jepun, sekali gus menjadikan peak season ni segala-galanya mahal terutamanya tempat penginapan.
.
Cuaca ketika kunjungan saya itu adalah antara 9C-13C. Sejuk kan?
.

Mount Fuji

Mount Fuji

Sumida Park

Sumida Park

Pengembaraan saya meliputi bandar Tokyo, Mount Fuji, Kyoto, Osaka, Nara dan Kobe. Di antara tempat-tempat menarik sepanjang saya berada di negara matahari terbit itu ialah UENO Park, TV Asahi, Sumida Park, Mount Fuji, Nara Park, Masjid Kobe, Osaka Castle, Kiyomizu Temple, Doutonbori, Fushimi Inari, Kamoo River, Arashiyama Bamboo Street, Oi River, Togetsu-kyo Bridge, Gion street dan banyak lagi.. boleh baca cerita Japan Trip 2016 saya ini dengan klik link-link yang dibawah ini.

Semoga ianya bermanfaat buat anda untuk mencari sedikit pengalaman daripada pengalaman saya. Sesungguhnya, Japan Trip 2016 memang sangat awesome!

-> Japan Trip (siri 1-3) : Tokyo

-> Japan Trip (siri 4-5) : Mount Fuji 

-> Japan Trip (siri 6-8) : Kyoto 

-> Japan Trip (siri 9-10) : Osaka 

-> Japan Trip (siri 11) : Nara

-> Japan Trip (siri 12) : Kobe

-> Japan Trip (siri 13) : Osaka Castle

-> Japan Trip (siri 14-15) : Kembali ke Kyoto

Siri yang akhir masih belum dapat disiapkan lagi setakat ini….  :-P  Tunggu!

.Selamat membaca!  :lol:

signature

 

2 thoughts on “Menjejaki Bunga Sakura Di Jepun 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: