Syok Melancong.Com

6 Destinasi Percutian Menarik Di Bandung Yang Wajib DiLawati

6 Destinasi Percutian Menarik Di Bandung Yang Wajib DiLawati

bandung

Bandung merupakan salah satu destinasi percutian yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia, apa lagi di samping mempunyai banyak tempat shopping seperti Pasar Baru, Cihampelas dan Braga serta berbagai factory outlet di Jalan Setiabudi dan Jalan Riau dalam daerah Dago, yang menawarkan berbagai pilihan pakaian berjenama yang terkini dengan harga yang jauh lebih rendah dari Malaysia. Bandung juga dikenali sebagai syurga membeli-belah.

Cihampelas

Cihampelas

Dusun Bambu

Dusun Bambu

1. DUSUN BAMBU

Dusun Bambu merupakan salah satu Destinasi Percutian Menarik di Bandung biar pun anda bersama teman-teman atau pun bersama keluarga. Tempat ini bagi saya adalah sangat ‘happening’. Bagi mereka yang telah berusia dan tidak berapa kuat untuk berjalan kaki, pengurusan Dusun Bambu juga menyediakan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan mereka.

.

Tangkuban Perahu

Tangkuban Perahu

2. TANGKUBAN PERAHU

Tidak lengkap rasanya percutian anda ke Bandung andainya tidak melawat ke Tangkuban Perahu kerana ianya merupakan salah satu Destinasi Percutian Menarik di Bandung yang sangat popular di kalangan pelancong.

.

Floating Market

Floating Market

3. FLOATING MARKET

Floating Market ini juga merupakan salah satu Destinasi Percutian Menarik di Bandung. Ianya terletak di daerah Lembang, Bandung. Suasananya yang begitu menarik seperti juga pasar terapung yang ada di Bangkok dan Hatyai, Thailand.

Perahu-perahu yang terapung di danau menawarkan berbagai pilihan makanan dan di Floating Market ini juga menyediakan berbagai permainan untuk kanak-kanak, sekaligus tempat ini sangat sesuai bagi anda membawa keluarga ketika bercuti ke Bandung.

.

Kawah Putih

Kawah Putih

4. KAWAH PUTIH

Digelar Kawah Putih kerana kawah gunung berapi tersebut mempunyai batuan dan pasir yang memutih di sekitarnya. Tanah yang ada di kawasan ini berwarna putih akibat dari pencampuran unsur belerang. Berbeza dengan Tangkuban Perahu, dimana anda cuma boleh melihat dari atas sahaja, tetapi di Kawah Putih, anda boleh turun ke bawah hingga ke tepi tasik belerang itu. Untuk harga tiket masuk ke Kawah Putih, klik sini.

Kawah Putih is a striking crater lake and tourist spot in a volcanic crater about 50 km south of Bandung in West Java in Indonesia. Kawah Putih lake is one of the two craters which make up Mount Patuha, an andesitic stratovolcano.

.

Farmhouse

Farmhouse

5. FARMHOUSE

Farmhouse Lembang Bandung merupakan kawasan pelancongan baru yang terdapat di Lembang, telah dibuka sejak bulan Disember 2015. Farmhouse Lembang telah menjadi tempat yang paling diminati oleh pelancong.

Suasana alam yang sejuk dan indah ditambah lagi dengan konsep persekitaran yang bertemakan Eropah menjadikan Farmhouse Lembang bercitarasakan Eropah.

.

Grafika

Grafika

6. GRAFIKA

Grafika terletak di atas bukit, di hamparan rumput yang terletak di celah-celah pokok pine dengan udara sejuk dan terdapat di kaki gunung Tangkuban Perahu.

Pondok-pondok menarik yang dibina di Grafika Lembang ini menawarkan atmosfera rumah desa dengan interior dan eksterior yang dibuat dari kayu. Terdapat juga berbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di sini. Haaa..jangan tak tahu, di sini juga ada rumah hobbit. Pendek kata, tempat ini sangat sesuai bagi mereka yang sukakan aktiviti.

.

Jika anda bercadang untuk bercuti ke Bandung, boleh lah survey tiket kapalterbang murah di sini. Semua tempat-tempat menarik di atas ada di dalam Pakej Bandung di bawah ini.

.

Pakej Percutian Bandung

Pakej Percutian Bandung

whatsapp2

Kalau nak baca pengalaman saya ketika di Bandung, boleh klik sini.

signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: