Syok Melancong.Com

13 Tempat Menarik Di Lombok Yang Wajib Dilawati

13 Tempat Menarik Di Lombok Yang Wajib Dilawati

 

wanita_lombok

Di Manakah Letaknya Lombok ?

Lombok kini sangat terkenal sebagai sebuah pulau di indonesia yang penuh dengan keindahan alam semulajadi yang memukau pandangan.

Jika anda ingin menghabiskan waktu untuk bersantai bersama keluarga, pilihan untuk bercuti atau melancong ke Lombok adalah sebuah pilihan yang tepat.

.

Dimana Tempat Menarik Untuk DiKunjungi Di Lombok ?

Di antara Tempat Menarik Di Lombok  untuk dilawati adalah Gili Trawangan, Gili Nanggu, Pantai Senggigi, Gunung Rinjani, Kota Ampenan, Batu Layar, Pantai Batu Bolong, Rumah Adat Dusun Sade, Pura Lingsar, Taman Narmada serta Banyumulek.

.

1. Pulau Gili

Gili_Trawangan

Gili-Trawangan

Gili Trawangan

Ombak Sunset

Gili adalah terdiri dari 3 pulau kecil yang indah di Lombok dengan pemandangannya yang sungguh menarik dan sejuk membuat pulau ini banyak dikunjungi. Pulau tersebut adalah Gili Air, Gili Meno dan Gili Trawangan. Gili Trawangan juga sangat terkenal dengan Ombak Sunset (buaian asmara).

.

2. Gili Nanggu

Gili Nanggu

Pulau ini mempunyai terumbu karang dan laut yang sangat cantik membuatkan anda ingin untuk menikmati pemandangan di sana, lebih-lebih lagi jika anda meminati snorkeling.

.

3. Pantai Senggigi

Pantai Senggigi, Lombok

Pantai Senggigi, Lombok

Senggigi Beach

Pantai Senggigi merupakan salah satu Tempat Menarik Di Lombok  yang begitu terkenal di lombok barat, Pantainya terletak tidak jauh dari ibukota Nusa Tenggara Barat iaitu Mataram. Jarak pantai ini pula dari bandara Ampenan adalah selama setengah jam perjalanan.

.

4. Gunung Rinjani

Mount Rinjani

Gunung Rinjani adalah gunung yang berlokasi di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat. Gunung yang merupakan gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia dengan ketinggian 3.726m, merupakan gunung favorit bagi pendaki Indonesia kerana keindahan pemandangannya.

Gunung ini merupakan sebahagian dari Taman Nasional Gunung Rinjani. Ianya berada dalam wilayah tiga kabupaten: Lombok Timur, Lombok Tengah dan Lombok Barat.

.

5. Kota Ampenan

Kota Ampenan, Lombok

Kota Ampenan, Lombok

Ampenan Market

Kota Ampenan terletak di kota Mataram. Kota Ampenan adalah kota tua yang dijadikan peninggalan kota Lombok.  Di kota ini juga banyak kampung yang dijadikan dari suku bangsa, salah satunya ialah kampung Bugis.

.

6. Batu Layar

Batu Layar, Lombok

Batu Layar, Lombok

Batu Layar merupakan lokasi pelancongan yang sangat terkenal di Lombok, ini adalah kerana batu layar merupakan tempat menarik di Lombok Barat yang merupakan tempat suci bagi penganut agama Islam kerana di situ juga terdapat makam tokoh penyebar Islam di Lombok.

.

7. Pusat Tenun Kain Sukarara

Pusat_Tenun_Sukarara_Lombok

proses tenun kain

Kain Tenunan

Kain tenun

Pusat tenun kain ini terletak di Desa Sukarara. Kain Tenun adalah salah satu seni tradisional di Pulau Lombok ini yang memiliki keindahan yang unik dan berbeza. Jika anda berkunjung di sana, anda akan dapat menyaksikan proses menenun kain Lombok dan menghasilkan pakaian tradisional, alas meja, selimut serta selendang dengan motif yang menarik. Tempat ini merupakan antara Tempat Menarik Di Lombok dan telah menjadi daya penarik bagi pelancong mengunjunginya.

.

8. Pantai Batu Bolong

Pantai Batu Bolong, Lombok

Pantai Batu Bolong, Lombok

Pura Batu Bolong

Pantai Batu Bolong ini memiliki batu besar yang di dalamnya dibuatkan lubang. Pantai ini terletak dari kuil Hindu yang ada di atas puncak. Lokasi menarik ini juga sering digunakan oleh pelancong untuk berjemur dan bersantai. Pemandangan Sunset dari lokasi ini sangatlah indah dan menarik.

.

9. Rumah Adat Dusun Sade (Sasak Village)

Desa Sasak

Sasak_Culture

Sasak Culture

Desa Sasak ini terletak di kawasan Pujut, Kabupaten Lombok Tengah. Penghuni masyarakat di sini adalah terdiri dari Suku Sasak yang merupakan suku asli pulau Lombok.

.

10. Pura Lingsar

Pura Lingsar_Lombok

Pura Dan Kemaliq Lingsar

Pura Lingsar ini merupakan tempat yang digunakan untuk beribadah.

.

11. Taman Narmada

Taman Narmada, Lombok

Taman Narmada, Lombok

Taman Narmada merupakan salah satu tempat menarik untuk dikunjungi kerana lokasinya yang unik. Lokasi tempat ini lebih kurang 10 km dari timur ibukota Nusa Tenggara Barat Mataram, tepatnya di daerah Narmada, iaitu di desa Lembuak, kecamatan Narmada, Lombok.

Taman yang luasnya sekitar 2 hektar ini dibangunkan pada tahun 1727 oleh Raja Mataram Lombok, Anak Agung Ngurah Karang Asem, sebagai tempat upacara Pakelem yang diselenggarakan setiap purnama kelima tahun Caka(Oktober-November). Selain tempat upacara, Taman Narmada juga digunakan sebagai tempat peristirahatan keluarga raja pada saat musim kemarau.

Mata airnya berasal dari Gunung Rinjai dan tempat pertemuan tiga sumber mata air (Suranadi, Lingsar, dan Narmada) maka ia dipercaya dapat menjadikan orang yang meminum dan membasuh mukanya dengan air di situ akan awet muda.

.

12. Desa Banyumulek

Banyumulek Pottery

Banyumulek adalah salah satu desa di pulau Lombok yang terletak di daerah Kediri, Kabupaten Lombok barat, kira-kira 14km dari kota Mataram.

Desa Banyumulek ini terkenal sebagai pusat perusahaan tembikar dan penghasilan kraftangan.

.

13. Tiu Kelep Waterfall

Tiu Kelep Waterfall

Air Terjun Sendang Gile dan Tiu Kelep terletak di Desa Senaru, lebih kurang 2.5 jam perjalanan dari Mataram. Ianya berada di kaki Gunung Rinjani iaitu di sisi sebelah Utara di kaki Gunung Rinjani. Kedua-dua air terjun ini mengalir membentuk satu aliran.

.

Jika anda ingin bercuti ke Lombok, kami di Travellution menawarkan pakej percutian eksklusif dan sedia membantu anda merancang percutian anda, baik bersama keluarga, kawan-kawan atau pun honeymoon. Jika pergi berkumpulan, harga akan menjadi lebih murah lagi  ;-)

[Code A02] 3D2N LOMBOK EXPLORATION

Minimum pax : 2 person
Price : RM1,123 /person
Travel Period : May-Dec 2016

Pakej Lombok

Jika anda ingin mencari tiket penerbangan murah ke Lombok, sila klik sini

.

signature

2 thoughts on “13 Tempat Menarik Di Lombok Yang Wajib Dilawati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: