Syok Melancong.Com

10 Tips Memandu Sebelum Memandu Di New Zealand

10 Tips Memandu Sebelum Memandu Di New Zealand

 

Apa Yang Anda Perlu Tahu ?

New_Zealand

1. JANGAN WALK-IN, SEBALIKNYA BUAT TEMPAHAN ONLINE LEBIH AWAL

Sebelum tiba di New Zealand, Tips Memandu Sebelum Memandu Di New Zealand yang pertama ialah tempah kenderaan yang kamu gunakan secara online. Ini disebabkan majoriti syarikat kereta sewa mengenakan caj jauh lebih murah untuk tempahan online berbanding tempahan walk-in atau saat akhir. Aku pernah hampir dikenakan caj AUD100 (RM290) sehari untuk menyewa kereta di Perth sewaktu walk-in di kaunter syarikat Hertz. Yang bestnya masa di kaunter tu, staf Hertz suruh aku masuk internet dan buat tempahan di laman web Hertz saja daripada bayar AUD100. Akhirnya, dapat buat tempahan ‘last minute’ secara online dan kami cuma dicaj AUD35 sahaja iaitu kira-kira RM101!

.
2. PASTIKAN KAD KREDIT /DEBIT ADA BAKI UNTUK PENGESAHAN DEPOSIT

Pastikan kamu bawa kad kredit atau kad debit (macam Maybank) dengan baki sekurang-kurangnya RM500-600 di dalamnya kerana syarikat kereta sewa akan buat pengesahan deposit sebelum proses permohonan. Kalau kad kredit/debit tiada baki-kamu TIDAK AKAN dapat ambil kereta. Syarikat kereta tak ambil pun duit tu, hanya untuk pengesahan. Ini memang prosedur syarikat-syarikat kereta sewa di Australia dan New Zealand. Jadi, pastikan sebelum berangkat dari Malaysia, sekurang-kurangnya seorang di kalangan kawan-kawan yang ikut trip ni ada baki dalam kad kredit atau debit.

New Zealand self drive

3. PAKAI LESEN ‘BUATAN’ MALAYSIA

Tak payah risau tentang lesen memandu. Lesen yang kamu ambil di JPJ tu sah digunakan untuk memandu di Australia dan New Zealand. Cuma di New Zealand, jika berhajat merantau ke sini lebih 12 bulan, kamu kena mohon lesen memandu New Zealand kerana kerajaan di sini mensyaratkan bukan pemastautin hanya boleh memandu selama 12 bulan sahaja.

.
4. KENDERAAN KECIL ATAU CARAVAN?

Tips Memandu Sebelum Memandu Di New Zealand seterusnya ini sangat penting kerana ia bakal beri impak kepada bajet keseluruhan kamu. Pergi berdua? Pakai kereta saja. Jika lebih daripada tiga orang, aku syorkan pakai Caravan atau Motorhome.
Penggunaan Caravan datau Motorhome lebih realistik kalau nak jimat duit sewa bilik hotel dan gunakannya untuk tujuan lain. Motorhome di Australia dengan New Zealand punyai fasiliti lengkap seperti bilik mandi dan tandas berasingan, ruang tamu, dapur memasak dan ruang tidur yang selesa.

Kamu cuma perlu cari parkir di tempat yang sesuai untuk berehat atau bermalam dan sesetengah ruang parking ini dikenakan caj yang minimal. Untuk kereta pula, kalau trip dalam kumpulan dua atau tiga orang, pakai kereta kompak saja macam Totoya Yaris.

Harga sewanya pun murah. Contohnya di New Zealand, caj sewa kereta Yaris dalam lingkungan RM300 untuk 5 hari. Kadang-kadang lebih mahal, kadang-kadang lebih murah.

New Zealand_view

5. WAJIB AMBIL INSURAN KEMALANGAN SEWAKTU MENYEWA

Di Australia aku tak risau sangat, sebab kebanyakan jalan-jalannya lurus dan tidak begitu mencabar. Tetapi di New Zealand kamu kena berhati-hati sebab banyak jalannya berbukit, sempit dan berangin.

Itu sebabya bila pekerja kaunter tanya “Nak masukkan insuran kemalangan”? jawab saja “ya” tanpa berfikir panjang. Memang kos akan bertambah sedikit. Tapi apalah nak dibandingkan dengan caj insuran AUD35 dengan caj ganti rugi AUD6,000 jika korang terbabit dalam kemalangan? Jauh bezanya tu. Daripada nak jimat RM100, tak pasal-pasal kena bayar ganti-rugi RM20,000!

.
6. JANGAN PARKIR SESUKA HATI DI TEPI JALAN UNTUK BERGAMBAR

Buat yang pertama kali memandu di Australia atau New Zealand, pasti kagum melihat pemandangan di sepanjang pemanduan. Nampak saja benda cantik mesti terus nak berhenti.

Itu normal. Lebih-lebih lagi untuk kamu yang kagum dengan landskap seperti dalam filem Lord of The Rings-di New Zealand memang banyak landskap macam tu.

Nasihat aku, ada sesetengah kawasan jalannya sempit jadi kalau teruja nak berhenti ambil gambar pun, jangan berhenti sesuka hati. Cari ruang yang lebih dalam sedikit untuk berhenti, lebih elok di designated areas atau look up point.

Aku pernah tengok satu famili yang menyewa kereta berhenti selamba betul-betul tepi lebuhraya dengan pintu penumpang belakang yang tidak ditutup. Sikit lagi nak kena langgar dengan trelar panjang! Kalau teruja sangat pun keselamatan mesti diutamakan.

New Zealand_tips

7. GUNAKAN ALAT GPS ATAU TELEFON PINTAR

Wajib memandu di Australia dan New Zealand guna GPS sebab senang nak cari jalan. Sebenarnya, ada dua pilihan untuk kamu. Samada kongsi bersama rakan-rakan bayar duit sewa GPS atau dapatkan pakej data roaming unlimited untuk guna Waze atau Google Maps.

Kos kedua-dua kaedah ini nampak lebih kurang sama tapi sebenarnya sewa alat GPS lebih murah. Bagi aku, lebih baik kongsi duit pakai alat GPS yang syarikat kereta sewa sediakan daripada guna pakej data sebab kadang-kadang pakej data daripada telco ni ada caj atau terma tersembunyi.

Sedar-sedar balik Malaysia dah kena bayar RM300-400 sebab korang terlupa nak off kan fungsi data roaming tu bila tak digunakan!

.
8. RUJUK RAMALAN CUACA TERKINI

Terutamanya di New Zealand, kamu kena sentiasa peka dengan ramalan cuaca dan bencana, lebih-lebih lagi ketika ribut musim sejuk di kawasan berbukit.

Ada sesetengah laluan berbukit akan mengalami kejadian tanah runtuh apabila ribut berlaku, contohnya di kawasan sekitar South Island iaitu dari Lewis Pass menuju ke Haast Pass.

Pernah berlaku kematian akibat ada pemandu yang tak endahkan amaran ribut dan akhirnya mati dihempap rimbunan tanah runtuh. Jadi, berhati-hatilah.

Hakikatnya, kalau tak memandu di kawasan berbukit pun tak boleh juga kerana di sinilah pemandangan indah yang dapat korang saksikan. Senang cerita-rancang perjalanan kamu mengikut keutamaan hari dan cuaca.

New Zealand_tips driving

9. BAWA PENGECAS USB SENDIRI

Duit yang ada gunakan untuk perkara yang lebih baik seperti membeli makanan atau pas masuk ke lokasi dilawati-daripada menghabiskannya untuk aksesori yang kamu boleh bawa dari rumah seperti plug socket dan pengecas USB kereta. Pengecas USB kereta di New Zealand contohnya sangat mahal hingga mencecah RM100!

.
10. AMATI PROMOSI HARGA MINYAK

Di kawasan luar bandar di Australia, kerap diadakan promosi harga minyak mengikut hari tertentu. Jika biasanya AUD4 untuk seliter pada hari biasa, hari berikutnya akan jatuh AUD3.85 atau 3.7-bergantung kepada promosi stesen minyak tersebut.

Ambil peluang untuk isi minyak pada harga terendah kerana untuk pemanduan jauh, lagi banyak anda isi lagi banyak anda jimat duit.

credit to: Hairi Idrus

.

Travellution menawarkan pakej self-drive di New Zealand Wonder selama 5 hari 4 malam dengan harga yang menarik iaitu RM3,499 sahaja. Travel period: May-September 2016.

Untuk pertanyaan dan itinerari, hubungi :

contact

Pakej Percutian New Zealand self drive

Pakej Percutian New Zealand self drive

.

signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: