Syok Melancong.Com

Hobbiton Movie Set Lokasi Lord Of The Rings

Hobbiton Movie Set – Lokasi Lord Of The Rings

 

Di Manakah Letaknya Hobbiton Movie Set Ini ?

Hobbiton Movie Set

Hobbiton Movie Set

Hobbiton Movie Set Logo

The Hobbiton Movie Set yang terletak di Matamata merupakan salah sebuah lokasi popular dalam penggambaran filem terkenal The Lord of the Rings dan Hobbit. Set untuk penggambaran Hobbiton itu telah dibina pada tahun 1998 selepas Peter Jackson menemui ladang yang seluas 500 hektar ini yang dimiliki oleh keluarga Alexander semasa dalam pencarian dari udara Pulau Utara New Zealand.

Persamaan yang wujud seakan imaginasi yang digambarkan oleh penulis buku Lord of The Rings, J.R.R Tolkein mengenai konsep “Middle Earth” telah memberi inspirasi kepada Peter Jackson untuk menjalani set filem di sini.

Entrance to Hobbiton Movie Set

Entrance to Hobbiton Movie Set

Suasana di Hobitton dihiasi dengan pemandangan indah alam semulajadi yang luas menghijau, diiringi kambing biri-biri serta lembu yang terdapat di ladang tersebut. Keunikan Hobitton Movie Set yang paling utama sejak tempat ini diubahsuai terletak pada 37 buah rekabentuk rumah-rumah Hobbit yang didirikan sekitar lereng bukit yang terdiri daripada pelbagai jenis saiz dan warna.

Hobbits mempunyai hubungan yang sangat mendalam dengan alam semula jadi dan pertanian, dan disebabkan itulah, maka rumah mereka dibina di bawah tanah di samping untuk melindungi diri dari musim sejuk mahupun musim panas. Bagi mereka yang tidak pernah melihat filem juga pasti akan teruja dengan penerangan dari lawatan berpandu tentang rumah-rumah Hobbit yang unik, termasuklah Bag End iaitu rumah karakter Bilbo dari filem Hobbits, dan juga persiaran The Shire, lokasi yang sangat indah diiringi pokok buah-buahan serta pelbagai tanaman menarik yang menjadi kegemaran bagi penduduk Hobbits.

Hobbiton Movie Set, pemandangan sekitar lokasi penggambaran filem Lord of The Rings.

Hobbiton Movie Set, pemandangan sekitar lokasi penggambaran filem Lord of The Rings.

Kini, hanya 17 rumah-rumah Hobbit yang dikekalkan untuk lawatan bagi para pelancong. Pada asalnya, setelah tamat penggambaran filem-filem tersebut, lokasi ini telah ditinggalkan.

Walau bagaimanapun, disebabkan permintaan yang tinggi, perkampungan fiksyen masyarakat Hobbit ini telah dijadikan sebagai daya tarikan utama pelancongan bagi para pelancong yang ingin merasai eksplorasi “Middle Earth” apabila mengunjungi New Zealand.

Harga Tiket Masuk : NZ$75
Waktu Melawat : Setiap hari 9am – 5.45pm
Alamat : 501 Buckland Rd, Hinuera, Matamata 3400, New Zealand

.

Bagi anda yang ingin bercuti dan melancong ke New Zealand serta ingin merasai pengalaman berada di kampung fiksyen di Hobbiton Movie Set ini, kami menyediakan 2 jenis ground package 5 hari 4  malam ‘New Zealand Wonder’ yang eksklusif bersama Travellution. Anda boleh memilih samada untuk ‘self drive’ atau pun menaiki ‘coach’.

.

Tiket Masuk ke Hobbiton Movie Set sudah termasuk dalam pakej New Zealand Wonder kami

Tiket Masuk ke Hobbiton Movie Set sudah termasuk dalam pakej New Zealand Wonder kami

.

Untuk pertanyaan dan itinerari,

sila whatsapp atau PM ke facebook kami

contact

.

signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: