Syok Melancong.Com

Apakah Peristiwa Yang Berlaku di Jabal Thur, Makkah ?

Apakah Peristiwa Yang Berlaku di Jabal Thur, Makkah ?

Jabal Thur ialah sebuah gunung yang terletak di Makkah al-Mukarramah.

Jabal Thur ialah sebuah gunung yang terletak di Makkah al-Mukarramah.

Di Manakah Letaknya Jabal Thur ?

Jabal Tsur /Thur / Thawr (Bahasa Arab: جبل ثور‎) (Gunung Lembu Jantan) ialah nama bagi sebuah gunung yang terletak di Arab Saudi, terletak di tanah rendah Makkah yang menjulur ke selatan daerah Misfalah. Jabal maksudnya gunung.

Gunung ini juga terletak kira-kira 4km ke sebelah selatan Masjidil Haram. Tinggi gunung dari aras laut adalah 748 meter, manakala dari aras bumi tingginya 458 meter.

Jabal Thur, Makkah juga sinonim dengan sebuah gua yang digelar Ghar al-Thawr (Gua Lembu jantan). Di sinilah Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar menyorok atas perintah Allah daripada ancaman pembesar Bani Quraish, peristiwa ini berlaku ketika baginda sedang dalam perjalanan Hijrah ke Madinah. Inilah gua yang dimaksudkan dalam Hadis Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar di dalam gua.

Pintu timur Gua Thur atau Ghar al-Thawr tingginya 1.25 meter, manakala lebar pintu guanya adalah 3.5 m X 3.5 m. Gua tersebut memiliki 2 pintu iaitu disebelah barat dan sebelah timur. Pintu disebelah baratlah yang digunakan Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar untuk masuk.

Pintu gua barat tingginya hanya 1 meter sekaligus lebih kecil dari pintu timur. Pintu timur hanya baru dikorek bagi membolehkan pelawat masuk dan melihat keadaan gua. Pendaki / pelawat yang berhasrat masuk ke gua thur harus mendaki sampai ke pintu gua, dakian memakan masa 1 jam setengah bergantung kepada kekuatan stamina.

Jabal Thur banyak menyimpan sejarah pahit getir Rasullullah dalam menyebarkan dakwah Islam ke seluruh umat manusia. Dalam kisah Hijrah Rasulullah dari kota Makkah ke kota Madinah. Menurut Peristiwa Yang Berlaku Di Jabal Thur ialah apabila Rasulullah telah diperintahkan oleh Allah SWT untuk berhijrah pada malam hari, umat Islam pada waktu itu telah berbondong-bondong meninggalkan Makkah dan pergi berhijrah ke Madinah lebih awal, Rasulullah dan Saidina Abu Bakar pula menyusul kemudian.

Pada malam hari 26 Safar 1 Hijrah bersamaan (9 September 622) Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar telah meinggalkan rumah baginda dan berhijrah ke Madinah. Sebelum Nabi Muhammad meninggalkan rumah Nabi telah meminta Saidina Ali Bin Abi Talib dengan izin Allah untuk menggantikan baginda tidur di atas katil baginda.

Sewaktu keluar dari rumah, baginda Nabi Muhammad SAW telah menggenggam pasir dan menabur ke arah 11 orang penjahat tersebut sambil membaca Ayat 9, Surah Yasin yang bermaksud, “Dan kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat”. (Ayat ini boleh dibuat sebagai ayat pendinding)

Ketika itu juga para pemuda dan pemuka Qurasy yang sedang mengawal rumah Nabi telah tertidur nyenyak beramai-ramai atas kuasa Allah. Tujuan mereka semua mengawal di perkarangan rumah Nabi adalah untuk memastikan mereka dapat membunuh Nabi apabila Nabi keluar menunaikan Solat Subuh.

Peristiwa Yang Berlaku Di Jabal Thur ini telah disebut dalam Ayat 30, Surah Al-Anfal yang bermaksud, “Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Mekah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu atau membunuhmu atau mengusirmu, mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya”.

Menjelang larut malam, Rasulullah SAW keluar tanpa pengetahuan pemuka Quraisy. Bersama-sama dengan Abu Bakar baginda bertolak ke arah selatan menuju ke Gua Thawr.

Sesampai ke pintu gua, Saidina Abu Bakar akan memasuki dahulu pintu gua, beliau akan memastikan tiada kelibat ular, kala jengking, dan lain-lain binatang atau duri bahaya didalam gua. Sesudah dipastikan tiada binatang dan anasir bahaya, barulah Nabi memasuki gua.

Dalam perjalanan malam itu, mereka berdua juga ditemani oleh Abdullah bin Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar). Pada waktu siang hari keesokannya, Abdullah telah meninggalkan mereka dan kembali ke Makkah untuk melihat keadaan di kota Makkah serta mengkhabarkan berita dari Makkah kepada Nabi.

Pada malam seterusnya Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar telah tidur dalam gua, Nabi telah membaringkan kepalanya diatas peha Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar membiarkan Nabi tidur diatas peha tidak meggerakkan kakinya sedikitpun kerana beliau tidak mahu mengganggu Nabi tidur.

Tiba-tiba tapak kaki Saidina Abu Bakar yang dikujurkan itu telh dipatuk oleh ular berbisa. Dalam menahan kesakitan dan kepedihan yang amat atas patukan Saidina Abu Bakar telah menitiskan air matanya, airmatanya telah menitis jatuh ke pipi Rasulullah, lalu membuatkan Rasulullah terjaga dari tidur.

Melihat Saidina Abu Bakar menangis, Rasulullah terus bertanya mengapa beliau menangis, Saidina Abu Bakar memberitahu bahawa kakinya telah dipatuk ular sehingga beliau tidak dapat menahan kesakitan akibat patukan itu. Mendengar jawapan itu, Rasululah terus meludahi kesan patukan dan mengusapnya, maka secara langsung kesan patukan hilang serta-merta dan tiada lagi rasa sakit. Kerana mukjizat Rasul suci itu mereka berdua bersyukur atas rahmat Allah.

Paginya, kelihatan pihak Quraisy berusaha sungguh-sungguh mencari mereka berdua. Pemuda-pemuda Quraisy membawa pedang dan tongkat sambil mundar-mandir mencari ke segenap penjuru. Ketika itu pemuka Quraisy telah bergerak menuju ke gua tempat sembunyi.

Lalu orang-orang Quraisy itu terdengar bunyi bising cicak yang datang dari arah gua. Pemuka Quraisy mula syak bahawa adanya orang didalam gua tersebut. Nabi telah membaling batu kearah cicak, dan langsung cicak itu mati. Pemuka Quraisy tetap datang menaiki gua itu, tetapi kemudian ada yang turun kembali.

Pemuka berbicara antara sendiri “Kenapa kau tidak menjenguk ke dalam gua?” tanya kawan-kawannya. “Ada sarang labah-labah di tempat itu, yang memang sudah ada sejak sebelum Muhammad lahir,” jawabnya. “Saya melihat ada dua ekor burung merpati hutan membuat sarang di lubang gua itu. Jadi saya mengetahui tak ada orang di sana.”

Kini gua ini masih kekal dikunjungi sebagai salah satu destinasi pelancongan ziarah ke tanah suci oleh penganut Islam (Muslim) khususnya ketika Muslim menunaikan ibadat Umrah atau pada musim Haji di bulan Zulhijjah.

[sumber]

.

Travellution menawarkan full Pakej Umrah Musim Sejuk 2016. Dengan harga cuma dari RM6,600 anda akan dapat menginap dengan selesa di hotel yang bertaraf 4 bintang di Madinah al-Munawwarah dan juga di Makkah al-Mukarramah.

Pakej Penyucian Jiwa Umrah Musim Sejuk 2016

Pakej Penyucian Jiwa Umrah Musim Sejuk 2016

.

Untuk pertanyaan…

contact

signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: