Syok Melancong.Com

13 Destinasi Menarik Di Turki Yang Wajib DiKunjungi

13 Destinasi Menarik Di Turki Yang Wajib DiKunjungi

 

Sebut sahaja Turki, sudah terbayang akan keindahannya dan memiliki banyak bangunan peninggalan yang bersejarah. Ankara adalah ibu kota Turki, namun kota terpenting dan yang terbesar adalah Istanbul. Ini adalah disebabkan oleh lokasinya yang strategis yang terletak di antara dua benua. Bila sebut Istanbul pula, terbayang di fikiran saya adalah “the dream city”.

.

Di Mana Destinasi Yang Menarik Itu ?

blue mosque

1. Masjid Biru (The Blue Mosque)

Masjid Sultan Ahmet adalah masjid utama di Istanbul, penuh sejarah dan sangat indah, terletak di kota Istanbul. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Biru atau dalam bahasa inggeris, Blue Mosque,  Ini adalah kerana hiasan dindingnya dihiasi dengan 20,000 keping seramik warna biru.

Ianya dibina pada tahun 1616 pada masa pemerintahan Sultan Ahmed I dengan gaya architecture Islam klasik Ottoman. Masjid Biru ini merupakan salah satu tempat yang menarik di Turki. Akan  kelihatan penjual yang menjual ayran, iaitu minuman tradisional di Turki di sekitar kawasan Masjid Biru ini.

.

haghia sofia

2. Haghia Sofia, Istanbul – Turki

Haghia Sofia asalnya adalah sebuah gereja. Ketika Sultan Muhammed ke 11( Sultan Al Fatih ) menawan Constantinople, ia menjadikan Haghia Sofia sebagai masjid. Sultan Al Fatih sendiri mengimamkan solat di masjid tersebut. Ketika Kamal Attarturk merampas kuasa di zaman kejatuhan Empayar Uthmaniah, masjid ini telah ditukar kembali menjadi sebuah muzium.

Ada info yang mengatakan bahawa ada dinding Haghia Sofia yang menunjukkan ciri-ciri ugama kristian yang telah di tutup oleh Sultan Al Fatih ini telah di kopek semula. Ia bertujuan untuk menunjukkan asal binaan Haghia Sofia sebagai sebuah gereja .

.

Topkapi Palace

3. Topkapi Palace

Topkapi Palace atau Istana Topkapi adalah merupakan istana paling besar di Istanbul dan yang paling tua di dunia. Istana ini di bina semasa pemerintahan Sultan Muhamad Al Fatih dengan keluasan mencecah 700,000 ekar. Sewaktu kegemilangan istana ini ada seramai 4000 orang yang mendiami istana ini.

Topkapi Palace menjadi pusat pentadbiran, undang-undang serta perpustakaan . Topkapi Palace juga menyimpan harta di raja, pakaian, barang kemas, hasil seni, senjata , jubah dan pedang Nabi Muhamad SAW serta barang-barang peninggalan nabi -nabi yang lain.

Selepas kejatuhan empayar Othmaniah yang berkuasa hampir 400 tahun, Topkapi Palace telah diambil alih oleh Kamal Attartuk dan dijadikan muzium.

.

basilica-cistern

4. Basilica Cistern

Basilica Cistern merupakan sebuah tempat simpanan air yang besar seperti sebuah istana. Ia terletak di seberang jalan berdekatan dengan Haghia Sofia. Ia di gelar Sunken Palace yang telah berusia lebih 1000 tahun. Asal basilica ini ialah ianya merupakan sebuah pusat seni, ekonomi dan undang-undang di zaman Rom.

Di Basilica ini, air di salurkan kepada orang awam melalui lubang-lubang di siling yang di tebuk seperti telaga. Di zaman pembinaannya di khabarkan seramai 7000 orang hamba terkorban.

.

hippodrome

5. Hippodrome (Sultan Ahmet Square)

Hippodrome merupakan bekas tempat pacuan kuda semasa empayar Rom dan sekarang menjadi sebuah taman yang dikenali sebagai Sultanahmet Square. Ianya terletak di Istanbul dan berhampiran dengan Basilica Cistern, Blue Mosque dan Haghia Sophia.

.

Galata bridge 4

6. Galata Bridge di Istanbul

Galata Bridge adalah jambatan 2 tingkat yang melintasi teluk Golden Horn di Istanbul. Jambatan ini menghubungkan bahagian kota lama dan kota baru Istanbul. Beyoglu, kota baru Istanbul di bahagian Eropah dihubungkan dengan Eminonu dan Sirkeci di kota lama Istanbul.

.

Menara galata istanbul turki

7. Galata Tower

Galata Tower adalah menara kuno yang berbentuk silinder yang menjadi salah satu landmark terkenal di Turki. Ianya terletak di Karakoy, daerah Beyoglu, Istanbul. Galata Tower dahulunya merupakan sebahagian dari benteng koloni Republik Genoa di Konstantinopel (sekarang digelar Istanbul). .
Galata Tower dibina pada tahun 1348, 9 tingkat dan setinggi 66.9 m , telah dibuka pada umum dan ianya menawarkan panorama indah kota Istanbul dan juga Selat Bosphorus dari atas.

.

bosphorus-cruise

8. Bosphorus Bridge

Bosphorus Bridge atau Jambatan Bosphorus adalah salah satu dari jambatan yang terindah di dunia. Menaiki Bosphorus Cruise, kita akan berpeluang melihat keindahan Istanbul dari laut, melewati Selat Bosphorus yang memisahkan negara Turki dengan negara asia dan eropah.

Turki adalah negara Islam yang kedudukannya yang berada di tengah-tengah dan Bosphorus Bridge pula yang menghubungkan antara 2 budaya iaitu Istanbul Eropah dan Istanbul Asia.

.

grand-bazar

9. Grand Bazaar

Grand Bazaar merupakan salah satu Destinasi Menarik Di Turki dan paling popular untuk pelancong membeli belah. Ia merupakan pasar berbumbung yang tertua di Turki dengan keluasan sebanyak 54000 meter persegi.

Ada hampir 4000 buah kedai yang mana letaknya bersambung-sambung di antara 56 lorong di dalam pasar tersebut. Pengunjung yang datang mencecah 400,000 orang sehari sekaligus menjadikan barangan nya lebih mahal dari tempat lain.

.

Cappadocia

10. Cappadocia

Cappadocia terletak di Nevsehir, merupakan salah satu lagi Destinasi Menarik Di Turki , tempat yang mempunyai daya tarikan yang cukup terkenal dengan kota batu dengan berbagai bangunan serta rumah yang dibuat dari berbagai bentuk batu yang unik. Cappadocia ini memang merupakan kota yang paling pelik di dunia. Ada juga yang menggelarkan bandar ini sebagai “The Flinstone City”. Anda pernah tengok rancangan katun The Flinstone di TV dulu tak?

Benarkah ada kota purba bawah tanah di Cappadocia ini?
Kalau hendak tahu, sila klik sini.

Satu lagi yang menjadi daya penarik di sini ialah menaiki hot air balloon atau belon panas. Anda akan dapat menikmati pemandangan yang sungguh indah dan menakjubkan!

.

Mevlana_Konya

11. Konya

Pernahkah anda melihat tarian ala sufi (Whirling Dervishes)? Jika anda ingin melihatnya, haruslah pergi ke Konya. Tarian ini adalah penuh dengan zikir yang di luahkan dengan sejenis tarian yang berputar. Di Konya ini juga terdapat makam seorang penyair yang bernama Jalaluddin Jumi yang terletak di kawasan Melvana Museum.

.

Pamukkale-Turkey

12. Pamukkale

Pamukkale adalah salah satu destinasi yang popular di Turki, terkenal dengan kolam air panas nya. Sekilas pandang nampak macam salji. Tetapi sebenarnya ialah logam kalsium yang telah mengeras. Pengunjung boleh berendam dalam kolam air panas itu dan dipercayai ianya mampu mengubati penyakit asma, rheumatism serta berbagai sakit kulit.

.

library celsus

13. Ephesus

Kota Ephesus menyimpan sejuta catatan sejarah lampau yang dahulunya terkenal dengan kuil Artemis yang merupakan salah satu dari tujuh keajaiban dunia tetapi telah dimusnahkan di zaman Constinople pada tahun 401.

Beberapa struktur bangunan yang masih dapat dilihat ialah Great Theater dan Library of Celsus. Library ini menyimpan lebih kurang 12,000 surat bersejarah dan juga menjadi makam bagi Celsus, iaitu Gabenor Asia.

.

Macamana… Tentu anda rasa teruja hendak pergi melancong ke Turki kan? Ok, jom survey tiket kapalterbang murah di sini. Selepas itu boleh jenguk pakej yang kami tawarkan ini pula..

PROMO - ISTANBUL 3

.

.Untuk pertanyaan dan itinerari, sila hubungi :

contact

.

signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: