Syok Melancong.Com

Tips Penting Buat Tempahan Bilik Dengan Airbnb

Tips Penting Buat Tempahan Bilik Dengan Airbnb.

What is Airbnb ?

Airbnb is a company and website for people to list, find, and rent lodging. It has over 1,500,000 listings in 34,000 cities and 190 countries. Founded in August 2008 and headquartered in San Francisco, California, the company is privately owned and operated. (wikipedia)

airbnb

Bagaimana Caranya Buat Tempahan Bilik Airbnb Ini?

  • Daftar akaun di Airbnb
  • Pilih destinasi dan tetapkan tarikh check-in & check-out.
  • Pilih rumah atau bilik yang berkenan di hati.
  • Buat permohonan untuk tempah bilik.
  • Masukkan butiran pembayaran seperti kad debit atau kad kredit.
  • Klik butang Submit.
  • Tinggu sehingga tuan rumah beri maklum balas samada menerima atau menolak tempahan anda.

.

Boleh percaya ke Airbnb ini? Tak kena tipu?

Untuk maklumat, semua transaksi pembayaran dibuat melalui laman web Airbnb dan bukannya secara terus dengan tuan rumah. Jadi kebarangkalian untuk ditipu adalah sangat tipis. Sekiranya ada, anda boleh terus berhubung dengan pihak Airbnb dan tuan rumah tersebut boleh disenarai hitam jika didapati menipu.

.

Adakah selamat menginap sekali dengan tuan rumah?

Soalan ini juga mungkin bermain di fikiran anda. Secara umumnya bagi saya adalah selamat, tiada masalah, bahkan anda sendiri akan merasai pengalaman unik duduk dengan orang tempatan serta dapat mengenali budaya setempat dengan lebih mendalam yang tidak mungkin akan dapat di hotel.

Tetapi ada juga sebagian tuan rumah yang tak duduk sekali. Jika anda tanya pendapat saya? Saya lebih suka menginap sekali dengan tuan rumah. Lebih seronok..:)

.

Sebelum anda membuat tempahan bilik, semak dulu beberapa maklumat penting seperti di bawah untuk lebih keselesaan bila sampai nanti :

  • Baca maklum balas (review) dari bekas penyewa, jika rating yang diberikan sangat baik, mungkin bilik tersebut pilihan terbaik untuk anda.
  • Cari bilik atau rumah yang dekat dengan kemudahan pengangkutan awam, wifi dan dapur memasak.
  • Untuk lebih yakin, lihat dipenjuru kanan setiap gambar bilik yang dipaparkan, jika ada tanda watermark ‘A’, bermakna gambar tersebut telah ditangkap oleh jurufoto profesional dari Airbnb sendiri.
  • Sebelum membuat tempahan, anda juga boleh berhubung dengan tuan rumah melalui ruang mesej di Airbnb, anda boleh tanya apa sahaja soalan sehingga anda rasa berpuas hati, anda juga boleh cuba tawar menawar harga dengan tuan rumah, jika bernasib baik, mungkin anda akan dapat diskaun.
  • Ini penting! Baca dulu butiran polisi pembatalan tempahan untuk kegunaan di kemudian hari, kerana setiap tuan rumah berlainan polisinya.
  • Selepas anda menginap, anda boleh tinggalkan maklum balas di Airbnb tentang pengalaman bermalam di rumah tersebut, begitu juga dengan tuan rumah, jadi kedua-dua belah pihak perlu berkelakuan sebaik yang mungkin. Sebab itu saya suka Airbnb ni, saya pun inginkan review yang best² dari tuan rumah.:)
  • Perlu diingat, Airbnb bukan hotel, jangan mengharapkan layanan seperti hotel yang ada kaunter daftar masuk, tuan rumah tidak akan menunggu anda 24 jam di depan pintu rumah. Jadi sebaiknya maklumkan pada tuan rumah yang anda akan tiba pada sekian² jam.

Kadang-kadang walaupun bayar harga hostel, tapi dapat bilik selesa macam high star hotel!  ;-) Semoga tips yang dikongsikan di sini bermanfaat buat anda.

[credit to : Mr.Zaid T]

.airbnb

.

signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: