Syok Melancong.Com

17 Hari Mengembara Menerokai Bumi India

17 Hari Mengembara Menerokai Bumi India

Salam sejahtera….

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman berharga bersama anda untuk mengembara ke bumi India selama 17 hari, bersama-sama dengan 8 orang sahabat saya yang saya sendiri tidak pernah mengenali mereka mahu pun bersua muka pun sebelum trip itu. Kami sebenarnya hanya berkenalan melalui grup Backpackers Buddies Malaysia (BBM)… hmm..memang semuanya kaki jalan tu, so memang best! :lol:

Mengapa Memilih Mengembara ke India ?

Bila menyebut tentang bercuti ke India buat permulaannya, memang ramai teman yang mempersoalkan..kenapa India? Bukan ke negeri India itu kotor? Memang itulah yang asyik orang perkatakan tentang negara India ini. Tetapi yang mereka tidak tahu ialah sesetengah negeri dialam India itu tersangatlah cantik pemandangannya, especially di Kashmir.. heaven on earth! walau pun memang tidak dapat dinafikan, sesetengah negeri di India itu memang kotor, tapi yang pentingnya, kita mengembara untuk melihat kebesaran bumi ciptaan Allah swt. Jadi, jom ikut kami meneroka bersama mengembara ke bumi India ini ye..

Pengembaraan 17 hari kami bermula dari 30/1/2016 hingga ke 15/2/2016. Route kembara yang kami gunakan adalah: KL – GOA – DELHI – SRINAGAR – CHANDIGARH – SHIMLA – DELHI – AGRA – JAIPUR – DELHI – HYDERABAD – KL. Kembara kali ni memang yang paling lama dalam sejarah travel saya, ye lah rasanya pergi Turki dulu 14 hari, itu pun rasanya lama sangat dah, Selepas tu trip Indochina…10 hari, yang dapat merasa jalan atas sky glass di Tianmen Mountain tu. Rupanya trip India ni lagi lama…sampai 17 hari tu! Pendek kata, sampai semua orang dah home sick jadinya lah!

Puas naik flight turun flight sudah. Apa taknya, dalam trip India ni sampai 6 penerbangan yang kami naik serta macam-macam jenis kenderaan dah yang kami gunakan… teksi, auto, kuda, kereta unta, van, lori pick-up.. sledge, ATV motor, snow bike… yang terbalik, yang tertonggeng… heheheee… macam-macam pengalaman yang kami kutip. ;)

Delhi-Agra-Jaipur dikategorikan sebagai the Indian Golden Triangle. Mengimbas kembali pengembaraan kami yang paling best adalah ketika berada di Kashmir-Srinagar, memang sangat sangat awesome! Pemandangannya, MasyaAllah! tidak boleh digambarkan dengan kata-kata, lihatlah sendiri gambar-gambar yang saya share kan dalam link-link di bawah itu nanti.

map

Kami berkumpul terus di KLIA2 pada 30/1/2016, dan bergerak dengan menaiki flight pukul 8.30 malam. Lihatlah muka-muka kami yang excited itu.. :wink: Kami bermalam 1 malam di Goa, keesokannya terbang ke New Delhi. Kemudian ke Kashmir pula yang terletak di Srinagar, menaiki shikara di Dal Lake yang sungguh mengasyikkan dan bermalam di houseboat . Diikuti pula dengan bermain ski, ride snow bike dan snow ATV motor di Gulmarg, Srinagar. Tambah lagi dengan menunggang kuda di Kashmir Valley di Pahalgam serta Mini Switzerland di Srinagar… memang sangat best!

Selepas itu pula ke Shimla, juga tempat yang cuacanya sangat sejuk ketika itu, menunggang kuda lagi di Kufri. Kemudian melawat Taj Mahal di Agra, menyaksikan lambang percintaan Shah Jahan dan Mumtaz Mahal. Selepas itu singgah ke Jaipur yang terletak dalam negeri Rajasthan, sungguh unik dengan pink city nya. Akhirnya ke Hyderabad yang moden itu untuk merasai dan menikmati keenakan nasi briyani Paradise nya yang memang sangat terkenal di dunia.

depart

Gulmarg

menaiki shikara di Dal Lake, Kashmir – Srinagar

dal lake

dal-lake

Gulmarg, Kashmir, Srinagar

gulmarg3

bermain salji, buat snowman di hadapan Gulmarg Resort…

gulmarg

snow bike ride di Gulmarg, Kashmir – Srinagar

snow bike

snow ATV motor ride di Gulmarg, Kashmir- Srinagar

ATV1

Horse riding di Kashmir Valley, Pahalgam – Kashmir, Srinagar

horse riding

wearing Kashmiri dress di Mini Switzerland, Pahalgam.

kashmiri dress

Subhanallah! Pemandangan yang sangat awesome di Baisaran valley atau pun dikenali sebagai Mini Switzerland, Pahalgam – Kashmir, Srinagar ini.. (juga salah satu lokasi movie Bhajrangi Baijan)

mini-switzerland

mini switzerland

Pahalgam

Lokasi movie “3 Idiots” di Shimla

shimla

menaiki kereta unta untuk sampai ke entrance Taj Mahal

kereta unta

Menyaksikan keabadian cinta agung di Taj Mahal, Agra

taj-mahal

rest area in Jaipur, Rajasthan…

jaipur6

Heritage Garden di Srinagar

garden1

Kalau rajin, boleh juga tengok slideshow ini ye..  :razz:

So, macam mana…excited tak tengok gambar-gambar atas yang happening dalam trip India kami ni? Kalau rasa nak ketahui lebih lanjut tentang itineri trip kami yang selama 17 hari itu, bolehlah klik link-link di bawah ini ye.. dan kalau nak survey tiket penerbangan murah ke India, boleh lah klik SINI… dan juga untuk survey hotel murah di India, klik SINI.  So, Happy reading uolls! :razz:

KLGOADELHISRINAGARCHANDIGARHSHIMLAKUFRIDELHIAGRAJAIPURDELHIHYDERABADKL

flight

signature

25 thoughts on “17 Hari Mengembara Menerokai Bumi India

  1. Wani

    Salam. Nak tanya ni pergi under agent or gerak secara sendiri? Dan boleh tak bagi anggaran berapa ribu yang habis utk trip ni, all include. Hehe TQ :) ada itinerary tak?

  2. kayla

    salam nak Tanya..kalau saya transit dari Srinagar ke delhi dri pukol 5.30 ptg sblom flight ke kL esoknya pukul 7pgi..sempat tak kalau saya nak jejak ke indian ate n Qutb Minar?

    1. emie Post author

      Waalaikumussalam Linda,

      Budget trip India ni lebih kurang 4K
      Itinerari dulu tak tau dah simpan mana, tapi boleh tengok link2 yg kat bawah tu…

    1. emie Post author

      waalaikumussalam Noorsiah, maaf saya baru baca ni.. InsyaAllah ok, tapi mesti berhati-hati, jangan bagi dorang tolong angkat apa2 pun, even spek jatuh dia tolong angkat pun, mintak tips.

  3. wan

    assalamualaikum… seronoknya…nk try pergi sendiri juga la.. brp org u all satu group pegi tour ni… insyaAllah nk pegi next mac 2017

  4. Zool

    zulmi1977@gmail.com
    salam terimakasih blog awak banyak membantu utk saya ke india dis 2016 nanti. boleh saya tahu mcm mana penrtukaran mata wang di sana nanti. bank mana boleh menerima pengeluaran wang di masen atm.

    1. emie Post author

      waalaikumussalam, maaf saya lambat baca dan reply. Alhamdulillah jika ianya dapat membantu. Saya tidak gunakan mesin atm di sana, saya tukar duit di money changer je.

  5. Linda Abdul Rahim

    Teringin bagpacker ke India tapi tak ada geng..berminat juga ke negara lain..coming soon klu nak join grouop awak boleh ke..

  6. aida

    assalam…saya plan end march 2018 till apr 2018 and time wintter…just nk
    tya pendapat if bwa bby bwh 2y ok ke tidak….means sesuai @ tidak dgn persekitaran
    dan cuaca di sana…trip saya 10 hari delhi-kashmir-agra

    1. emie Post author

      Waalaikumussalam aida, mac-apr tu sesuai utk bawa baby, tapi time winter terlampau sejuk. Wahh..lama jugak trip nya ye :)

      1. aida

        tq for your advised….insyaallah….risau sebenarnya bby x boleh tahan dgn cuaca dekat sana bila dgar terlampau sejuk….deppo dh bayar pulak tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: