Syok Melancong.Com

Jalan-Jalan Cari Makan: Akar Kopi Cafe – Kuantan, Pahang

Jalan-Jalan Cari Makan: Akar Kopi Cafe – Kuantan, Pahang

Episod Jalan-Jalan Cari Makan blog Syok Melancong kali ini ialah singgah ke Akar Kopi Cafe yang ala-ala ‘hipster’ terletak di Kuantan, Pahang. Sebelum ini saya sudah pun rekomen Pizza Seni Bidadara yang dibakar menggunakan oven tradisional. Sebenarnya Akar Kopi Cafe ini, kawan saya yang rekomen sewaktu saya berjalan ke Kuantan tempohari.

Saya sempat singgah ke Akar Kopi ini dengan 3 orang kawan pada lewat malam sebab tidak sempat di waktu siang nya. Wahhh… Ramainya orang beratur kat situ tau…maknanya tempat tu memang sudah famous lah kan. :-) Saya pun turutlah beratur sebab hendak juga tahu akan keistimewaan Akar Kopi itu.

Melihatkan harga di menu nya, ternyata harganya tidak mahal dan berpatutan. Berbagai pilihan makanan ada di jual di situ seperti roti bakar, bihun goreng, nasi lemak, nasi minyak, maggi goreng, sandwic serta bebrapa special menu nya. Masa beratur itu pula, saya nampak ramai orang order roti bakar telur didih 3 suku..(gambar roti tu saya snap orang lain punya order okeyy..hehehee) hmmm…

Sebetulnya kami sudah tidak larat lagi nak makan sebab sebelum itu sudah banyak tempat persinggahan makan minum. Last last kami beli saja 3 cup Akar Kopi dan 1 keping Tuna Cheese Pie untuk di share 3 orang..sebab nak melepak dekat situ sekejap.

Saya sebenarnya bukanlah seorang coffee lover, tapi kopi yang digunakan di sini seakan-akan sama kopi Vietnam yang menyebabkan ianya sedap bila singgah di tekak saya. :wink: Cuma, servis nya yang agak lembab itu perlu dipertingkatkan lagi disamping staf nya yang tidak berapa nak friendly.

Di samping deco nya yang sempoi dan kreatif, Akar Kopi Cafe juga menggunakan tong drum sebagai kerusi, tempat ni telah menjadi hipster. Minum kopi dengan menu hangatnya.. roti bakar telor didih 3 suku sambil berehat santai, menikmati suasana tepi jalan tapi dalam ‘belukar’ itu amatlah menyeronokkan.

akar-kopi2

akar_kopi5

akar-kopi

akar_kopi4

akar_kopi

akar_kopi2

akar_kopi1

akar_kopi3

.

.

akar kopi

akar-kopi1

Jadi, jika anda berkunjung ke bandar Kuantan dan ingin mencari tempat yang sesuai untuk bersantai sambil minum kopi dengan kawan-kawan, bolehlah ke Akar Kopi Cafe ye.. :-P

Business Hours:
Tuesday – Sunday : 4pm to 3am Closed EVERY Monday
Location : Jalan Besar, Kuantan. (in between OCBC bank and UOB bank)

Address:
2-8, Exit Jalan Teluk Sisek, 25050 Kuantan, Pahang, Malaysia

Phone:+60 13-953 1526

.123x38_en_logo

signature

One thought on “Jalan-Jalan Cari Makan: Akar Kopi Cafe – Kuantan, Pahang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: