Syok Melancong.Com

Jalan-Jalan Cari Makan: Pizza Seni Bidadara-Kuantan Pahang

seni-bidadara

Bagi anda yang tinggal di kawasan Kuantan yang dahagakan satu tempat makan yang baru lagi santai dan yang inginkan kelainan rasa pizza, bolehlah mencari port baru ini iaitu Pizza Seni Bidadara. Lokasi nya pula terletak di atas bukit dalam kawasan cenderawasih yang agak berhutan sedikit. Pizza Seni Bidadara yang diusahakan pula ini adalah istimewa kerana ianya dibakar secara tradisional dengan oven yang dibuat sendiri oleh pengusahanya.

seni_bidadara2

Sebenarnya petang semalam ketika baru hendak memulakan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, saya terbaca di facebook, seorang blogger telah post tentang tempat ini, dan ianya telah menjadi viral dan saya pun rasa terpanggil terus untuk mencari tempat itu kerana kebetulan masih berada di Kuantan ketika itu.

Saya berkesempatan untuk singgah di Pizza Seni Bidadara ini yang terletak di perkampungan Cenderawasih. Jadi, warga Kuantan bolehlah cuba pizza homemade yang dimasak secara tradisional ini yang terletak di dalam kawasan yang agak  berhutan. Pizza Seni Bidadara ini adalah family business nampaknya dan perniagaan mereka ini masih sangat baru serta tempat itu belum siap lagi sepenuhnya.

seni1_bidadara

seni_bidadara6

seni_bidadara4

seni_bidadara5

seni_bidadara7

seni_bidadara1

seni_bidadara3

seni_bidadara-tempat menunggu

seni_bidadara8

Pada mulanya, ketika saya sampai petang semalam, pengusaha itu memberitahu bahawa pizza mereka dah sold out semua untuk hari itu. Jadi, saya beritahunya yang saya sangat hampa kerana datang dari jauh, iaitu Kuala Lumpur untuk mencuba pizza nya. Akhirnya beliau kasihan agaknya dan setuju untuk buatkan sekeping untuk saya. Terima kasih brader. :razz:

Rupa-rupanya selepas itu, ramai pengunjung yang datang juga tampak kecewa kerana tidak dapat merasai Pizza Seni Bidadara ini dan mereka terpaksa pulang dengan hampanya. Ok, buat anda agar tidak hampa nanti, bolehlah call untuk buat tempahan dahulu.

pizza

pizza1

Untuk sampai ke tempat Pizza Seni Bidadara ini, masuk ikut simpang yang hendak ke masjid Cenderawasih dan selepas itu akan nampak sekolah Cenderawasih dan Pizza Seni Bidadara ini terletak bersebelahan dengan sekolah itu.

Alamatnya:
Rajawali Art Gallery
Lorong 13, Perkampungan Cenderawasih
Kuantan, Pahang.

Untuk tempahan, sila contact: 013-9112003

.

signature

3 thoughts on “Jalan-Jalan Cari Makan: Pizza Seni Bidadara-Kuantan Pahang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: