Syok Melancong.Com

Silka Johor Bharu Dahulunya Dikenali Sebagai Dorsett

Hotel Silka bertaraf tiga bintang terletak di jalan masai lama, mengikut kata dari salah seorang pekerja di situ, asalnya hotel ini bernama Dorsett Regency, adalah kepunyaan mr.Dorsett, yang kemudiannya telah bertukar nama kepada Silka Johor Bahru setelah diambil alih oleh anak perempuannya yang bernama Silka.

Hotel Silka ini mempunyai friendly staff serta training student. Apa yang saya perhatikan, trainees di sini kebanyakannya berbangsa Indonesia. Ketika memasuki entrance hotel, di sebelah kiri adalah reception manakala di sebelah kanan adalah restaurant ‘Checkers’ Bersebelahan dengan lif pula, disediakan dengan surau yang agak besar dan juga Executive Club Lounge.

Bilik yang saya duduki juga agak besar (king size bed) dengan berbagai kelengkapan. Antaranya ialah.. toiletries, flat screen TV, iron board, iron, hair dryer, hangers, towels, working table, kettle, tea/coffee, air mineral.. etc. Tapi malangnya, tiada peti ais! hmmmmmm…part ni tak best..

Bilik juga dilengkapi dengan penghawa dingin, tetapi ianya bocor, lebih memeranjatkan saya lagi apabila ketulan-ketulan ais keluar jatuh ke atas karpet! Mengikut kata technician, aircond tu semua sudah berusia 8 tahun dan telah pun meminta agar ianya digantikan dengan yang baru, tapi belum diluluskan oleh pihak management.

Saya rasa tidak sepatutnya mereka charge RM5 untuk dapatkan extra blanket! Hotel Silka ini mempunyai swimming pool yang sangat besar dengan lanskap yang menarik. Namun, saya rasa agak kecewa apabila management nya membuat peraturan agar mengenakan swimming attire untuk berenang di swimming pool mereka. Taman permainan kanak-kanak juga ada disediakan di situ.

Breakfast yang disediakan di Checkers ini agak memuaskan dengan berbagai pilihan seperti
nasi goreng, nasi lemak, mee goreng, vegetables, cereals, noodle soup, porridge, fruits, buttercream puding, roti, juices dan lain-lain.

hotel

Silka Johor Bahru is a value led international chain hotel in Johor Bahru, Malaysia. It has 252 well-appointed rooms that are suitable for families, business and value-conscious travellers. Located near Jusco Tebrau City, Tesco and Giant, the hotel is less than 20 minutes from Johor Bahru City Centre and the Singapore border (Woodlands). Silka Johor Bahru is also situated about 35 minutes away from the newly opened LEGOLAND® Malaysia theme park, the first such park in Asia and also in close proximity to the Johor Premium Outlets (JPO).

Silka Johor Bahru also has a range of food & beverage outlets, meeting rooms and a banquet hall which cater for all dining, function and event needs. Recreation facilities come in the form of full club facilities which include a sparkling free form swimming pool, well-equipped gymnasium, tennis and squash courts.

Silka Johor Bahru is part of the renowned Dorsett Hospitality International group that owns and operates leading hotels in Asia. It constantly receives great reviews from international and local guests for its’ high level standards of service and all round great hospitality experience. (source)

hotel_signboard

hotel_lobby

hotel_decor hotel_lift

hotel_surau

hotel_lounge

room_corridor room room_2 room_table room_hanger room_tv

toilet

room_technician

technician sedang membaiki aircond yang bocor

room_ice

in room dining menu…

room_menu

restaurant

…breakfast…

food_roti

food_porridge

food

swimming-pool_3

cantik dan besar swimming pool nya..

swimming_pool swimming-pool swimming-pool_1 swimming-pool_2

Kesimpulannya, Hotel Silka ini boleh diperbaiki lagi dari segi pengurusannya. Jika anda ingin bercuti ke Johor Bahru, bolehlah menempah hotel ini dengan klik di sini.

Hotel Silka Johor Bahru
Address: Jalan Masai Lama, Johor, Malaysia
Phone:+60 7-360 1000

,

728x90_CompareBookSave+v2

.

signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: