Syok Melancong.Com

7 Tips Mengembara Iceland Bersama Dilwale

Bagi peminat filem terbaru Shah Rukh Khan dan Kajol, pasti kagum bukan dengan keindahan alam dalam klip video lagu ‘Gerua’ salah satu lagu dalam filem ini. Saya jadi amat tertarik untuk berkongsi 7 tips mengembara ke Iceland yang dipetik dari artikel The JetSetters (telah pun mendapat kebenaran mereka) mengenai tempat-tempat menarik dalam filem Dilwale ini. Kebetulan pula, saya baru menonton filem ‘hot’ ini semalam di pawagam dan saya sangat teruja dengan pemandangan yang sungguh menakjubkan…  :lol:

shah rukh khan and kajol

Klip ini dirakam di Iceland dan apa kata kami bawa anda mengembara ke lokasi klip berkenaan. Ia dirakam di sekitar Vik di province Sudhurland di selatan Iceland & Austurland (timur Iceland). Terletak dalam jarak 150-500 km dari Reykjavik, ibu negara Iceland.

Jom kita tonton video klip nya yang sedang meletop sekarang ini dulu..

Perjalanan kita ni sangat mudah. Ia hanya melalui jaringan jalanraya utama yang mengelilingi pulau Iceland yang dikenali sebagai ‘Ring Road’.
OK, kita bermula dari Reykjavik. Kita akan memandu menuju ke arah Vik melalui Route 1 atau Ring Road tadi.

Persinggahan pertama kita adalah Seljalandsfoss Waterfall yang terletak kira-kira 120km (dalam 1 jam setengah) dari Reykjavik.

.
1. SCENE MENARI DI BELAKANG AIR TERJUN – Seljalandsfoss Waterfall

Seljalandsfoss

Dalam scene air terjun, perasan tak yang mereka menyanyi di depan air terjun, dan ada yang mereka berada di belakang air terjun kan. Yang part menari di belakang tu adalah di Seljalandsfoss ni. Air terjun ni senang nak cari kerana kita boleh nampak ia dari Ring Road.
Seterusnya kita sambung pemanduan sejauh 28 kilometer. Kita akan sampai ke Skógafoss Waterfall.

2. SCENE MENYANYI DI AIR TERJUN – Skogafoss Waterfall

Skógafoss

Sama seperti Seljalandsfoss, air tejun ini juga kita boleh nampak dari jalan besar. Nak panjat ke atas macam Shah Rukh Khan dan Kajol? Pun boleh!
Dah selesai feeling-feeling di kedua-dua air tejun tu, kita sambung pula perjalanan ke tempat bangkai kapal terbang di Sólheimasandur. Dalam setengah jam perjalanan (40km) dari Skogafoss.
Di Iceland ni banyak lagi air terjun yang menarik seperti Gulfoss, Godafoss… nanti singgah juga la ya.

.
3. BANGKAI KAPAL TERBANG – Solheimasandur

wreckage1-Sólheimasandur

Ia terletak di antara Skógafoss dan Reynisfjara. Bangkai kapal terbang ini adalah yang sebenar kejadian. Bukan rekaan ataupun CGI. Kejadian ini berlaku pada tahun 1973 bila seorang juruterbang Navy US Army terpaksa landing di situ kerana ada masalah semasa penerbangan. Tiada nyawa terkorban. Dan bangkai ini sekarang jadi salah satu tourist spot. Ambil gambar le apa lagi.

Lepas tu ke mana pula kita? Ingat tak burung putih berterbangan di pantai pasir hitam? Ya, itulah destinasi kita seterusnya. Reynisfjara Beach kira-kira 22 km dari Sólheimasandur.

.
4. SCENE PANTAI BERPASIR HITAM, BURUNG PUTIH – Black Sand Beach, Reynisfjara Beach

dilwale scene

Black Sand Beach, Reynisfjara Beach

Ia adalah top attraction di Vik. Mesti-pergi kekdahnya. Kenapa pantai ni boleh jadi warna hitam? Ia adalah hasil dari kegiatan gunung berapi yang menghasilkan pepasir basalt di sepanjang pantai itu. Pantai ni mendapat jolokan pantai non-tropika yang tercantik tau!
Ha, kalau nak feeling2 Iceland boleh jugak ke Pantai Pasir Hitam Langkawi. Ambil gambar macam Shah Rukh Khan, orang bukan tau pun, kehkehkeh.

Dan di sini juga ada…..

.
5. SCENE MENARI DI BASALT COLUMN – Reynisfjara Beach

Dilwale movie

Reynisfjara Beach

Terletak di lokasi yang sama, kolum atau tiang2 berbentuk heksagon ini adalah hasil aktiviti gunung berapi beribu tahun dulu. Rakyat tempatan ada kisah tersendiri tentang tempat ini.
Selain Iceland (ada banyak tempat macam ni di Iceland), basalt column sebegini ada di banyak lokasi lain di dunia seperti Giant’s Causeway di Ireland, The Cliff of Stone Plates di Vietnam, Jusangjeolli di Pulau Jeju dan banyak lagi.

Ya.. seterusnya kita perlu bersedia kerana perjalanan kali ni agak jauh sedikit. Kira2 200km jaraknya. Agak2 dalam 2 jam setengah perjalanan dan kita harus bersedia untuk bersejuk-sejuk di…

.
6. SCENE ICEBERG – Jokulsarlon

Iceberg

Jökulsárlón

Ia adalah sebuah lagun glacier yang sangat besar di Iceland. Ia memang sangat-sangat-sangat cantik. Tengok dalam gambar pun dah cantik, bila tengok depan mata, rasa taknak berkelip-kelip. Di sini juga ada boat tour kalau nak tengok glacier ni dari jarak dekat.
Kalau nak hiking atas glasier, boleh lah patah balik ke Skaftafell, dalam 60km macam tu. Pakai kasut bergerigi dan jalan-jalan atas glasier.

Dah habis kagum dengan Jökulsárlón, kita ke stesen terakhir yakni Vestrahorn yang terletak dalam 85km dari Jökulsárlón. Sampai di sini jangan lupa buat magik dengan…

.
7. SCENE MENARI ATAS AIR – Vestrahorn

lokasi-filem-dilwale-di-iceland-8-720x305

Dilwale

Berhampiran Gunung Vestrahorn tu adalah lagun cetek yang cecah kaki ala-ala jalan atas air. Lagun ni bersambung dengan Lautan Atlantik. Jangan terjun laut sudah.

Berhampiran tempat ini terletaknya bandar Hofn. Sila ke sana dan nikmati linguini! (Lobster kecil). Memang puas hati. Fuhh, tamat juga pengembaraan kita bersama Dilwale di Iceland kan. Jangan lupa pastikan kad memori kamera tu tak penuh, bawa kad dan bateri spare. Nak bawa kain sari atau selendang panjang-panjang pun bolehhh. Barulah Dilwale!

.

BAGAIMANA NAK KE ICELAND DARI MALAYSIA?

plane transparent

Tidak ada direct flight dari KLIA ke Iceland. Anda boleh rujuk aggregator seperti Sky Scanner untuk tambang & kapal terbang yang paling memenuhi kehendak ekonomi. Average tiket return dari KL ke Iceland adalah dalam RM4000+ seorang.

.
BAGAIMANA NAK MENIKMATI DILWALE DI ICELAND

Cara terbaik dan fleksibel ialah dengan menyewa kenderaan & memandu. Ya, seperti yang kita dah buat tadi.

nice scenery

WAKTU TERBAIK BERKUNJUNG KE ICELAND

Seperti kata pepatah “The is no bad weather, only inappropriate clothing”, tiada waktu adalah waktu terbaik ke Iceland, bergantung kepada objektif masing2.

Namun begitu, di bawah ni sedikit panduan:-

  • Siang yang sangat panjang di musim panas (midnight sun) – Jun & Julai
  •  Low season (penginapan lebih murah, sewa kereta lebih murah) – musim luruh yakni dari hujung September.
  •  Aurora Borealis – dari Januari hingga Mac & September hingga Oktober, semasa fenomena ekuinoks (check dulu aurora forecast)
  • Iceland berais – Disember hingga Februari
  • Malam yg sangat panjang – November hingga Januari

Macamana? Cukup teruja?

Harap anda mempunyai Iceland dalam bucket list anda dan dapat jejak kaki ke sana ya. Ameen.

[credit to : The Jetsetters]

728x90_CompareBookSave+v2

.

signature

4 thoughts on “7 Tips Mengembara Iceland Bersama Dilwale

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: