Syok Melancong.Com

Cu Chi Tunnels Penuh Sejarah Berdarah

Cu Chi Tunnels Penuh Sejarah Berdarah

 

Cu Chi Tunnel_signboard

Di Manakah Letaknya Cu Chi Tunnels ?

Cu Chi Tunnels Penuh Sejarah Berdarah terletak di bandar Ho Chi Minh atau nama lamanya Saigon, kota ni sering menjadi rebutan mungkin kerana lokasinya yang sangat strategik, pernah bersilih ganti kerajaan yang akhirnye jatuh ke tangan komunis hingga kini. Cu Chi Tunnels juga merupakan tempat yang penuh dengan sejarah berdarah.

Apa Yang Menariknya Di Cu Chi Tunnel ini ?

Memasuki entrance nya saja sudah dipenuhi display dengan berbagai jenis bom serta senjata api. Terbayang di kepala dengan cerita-cerita perang yang pernah ditonton di kaca TV.

bom

Terowong bawah tanah ini bukti kepintaran si kecil berperang dengan pasukan lengkap bersenjata ketika perang Vietnam selatan yang disokong oleh US pada tahun 70-an. Vietnam berjaya mempertahankan negara mereka daripada dijajah oleh US, tinggalan sejarah ini membuktikan bagaimana mereka berjaya membentuk laluan bawah tanah 3 level sejauh hampir 200km panjang demi untuk mempertahankan negara dari kuasa asing. Wow! Hebat kan!

VietnamCuChiTunnels

Laluan dalam terowong sangat sempit dan sukar untuk bernafas kerana kekurangan oksigen. Baru cuba  berjalan 300 meter dalam terowong ini sudah terasa penat, macamna lah mereka boleh bersembunyi begitu lama di dalam terowong ini kan? Mereka menggunakan strategi perang gerila dengan serangan hendap menjadi senjata utama….

Semakin jauh kami berjalan di kawasan ini, berbagai perangkap, jerangkap samar atau trap yang dapat kami saksikan, sememangnya menyeramkan dengan besi-besi tajam yang tercacak ke atas menantikan musuhnya terjebak..

perangkap

trap

hiding place

Chu chi Tunnel terdapat di dua tempat, satu di Ben Dinh dan satu lagi di Ben Duoc. Di Ben Dinh tempatnye sudah banyak diubah suai untuk kemudahan pelancong, manakala di Ben Duoc pula masih kekalkan tunnel yang asal dan kebanyakan orang tempatan pergi ke Ben Duoc, cuma lokasinya agak jauh dari bandar Ho Chi Minh.

Untuk ke Cu Chi Tunnels Penu h Sejarah Berdarah (Ben Dinh) boleh naik public transport, ambil bas di stesen bas Ben Thanh, berhadapan dgn Ben Thanh market, tambang pergi balik sekitar 27,000 dong (RM5.20) sahaja.

[info: credit to Mr. Zaid]

Untuk lihat lebih banyak gambar dari trip saya ke Cu Chi Tunnel ini, boleh klik sini dan jika anda pergi berkumpulan dan inginkan tour pakej muslim, boleh whatsapp (+6010-7710949) saya untuk dapatkan nombor en.Zul yang peramah ini. Jika anda bercuti ke Ho Chi Minh City di Vietnam, jangan lepaskan peluang untuk melawat ke Cu Chi Tunnels Penuh Sejarah Berdarah ini.

tour guide

.

Kalau anda ingin sampai ke Cu Chi Tunnel, Travellution ada menawarkan pakej percutian 4D3N ke Vietnam. Boleh juga survey tiket penerbangan murah di sini.

Pakej Percutian Vietnam

.

signature

2 thoughts on “Cu Chi Tunnels Penuh Sejarah Berdarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: