Syok Melancong.Com

Meredah 4 Negara Indochina: Backpack Trip-China-Vietnam-Cambodia-Thailand

Meredah 4 Negara Indochina: Backpack Trip-China-Vietnam-Cambodia-Thailand..  menjadikan ianya the best backpack vacation ever. Mengutip berbagai pengalaman yang amat berharga. Trip Indochina bersama seorang travel partner, mengambil masa selama 10 hari iaitu bermula dari 30/10/2015 sehingga 8/11/2015.

indochina_map

Route yang kami gunakan ialah..

Kuala Lumpur – Changsha – Zhiangjiajie – Nanning – Hanoi – Ho Chi Minh – Phnom Penh – Bangkok – Kuala Lumpur

Kami memulakan perjalanan dengan menaiki flight dari Kuala Lumpur ke Changsha, China. Selepas itu, menaiki bas pula ke Zhiangjiajie, China selama 9 jam. Tujuan utama kami mengembara ialah untuk sampai ke Zhiangjiajie, kerana di sana terletaknya Tianmen Mountain, di mana ada glass skywalk yang sangat menakjubkan.

stairs

8 kilometers from the urban district, Tianmen Mountain is regarded as the symbol and soul of Zhangjiajie. Tianmen Mountain is the first recorded mountain in the history of Zhangjiajie. The highest peak is around 1518.6 meters above sea level. The mountain is named after the natural huge cave half way up the mountain just like a gate to the heaven, hence, the name Heavenly Gate Mountain – Tianmen Mountian.

Tianmen Mountain

Glass skywalk

Seterusnya, setelah cita-cita untuk menakluki Tianmen Mountain serta merasai pengalaman berjalan di glass skywalk terlaksana, dari Zhiangjiajie kami menaiki train ke Nanning, China selama 16 jam.

ticket

Dari Nanning, kami mengambil train ke Hanoi pula selama 10 jam…

train to Hanoi

Di Hanoi, kami sempat ke Halong Bay..hmmm…sangat menarik dan cantik tempatnya. Terasa suasana yang penuh ketenangan sambil menaiki cruise.

cruise

dan dari Hanoi ke Ho Chi Minh, kami  menaiki flight memandangkan jetstar ada promotion ketika itu, baik kami grab saja..memikirkan ianya dapat pendekkan masa perjalanan juga.

jetstar

Seterusnya di Ho Chi Minh, kami melawat ke Cu Chi Tunnel memandangkan kami belum pernah pergi lagi walaupun telah beberapa kali sampai ke bandar Ho Chi Minh sebelum ini.

Cu Chi Tunnel

Pada sebelah malamnya pula, kami menaiki sleeper bus ke Phnom Penh. Bas bergerak pada jam 12.30am, perjalanan akan mengambil masa selama 8 jam.

tiket bas

Kami tiba ke Phnom Penh lebih kurang jam 9.30 pagi. Pada sebelah malamnya pula, kami menaiki bas ke Bangkok, Thailand, dengan perjalanan selama 15 jam. Sempatlah juga kami pusing-pusing dan pergi ke area Pratunam di bandar Bangkok ini.

Bangkok

Akhir sekali, ambil flight dari Bangkok balik ke Kuala Lumpur.

boarding pass

 

Tamatlah sudah kembara kami ke Indochina selama 10 hari. Pengalaman yang dikutip bersama travel partner, sangat berharga dan banyak kenangan manis untuk di masukkan ke dalam kotak memori indah :wink:

Indochina Trip


Saksikan video trip kami  :lol:

.

signature

4 thoughts on “Meredah 4 Negara Indochina: Backpack Trip-China-Vietnam-Cambodia-Thailand

    1. emie Post author

      hye esya.. sleeper bas dari HCM tu tak ramai yg tau, even hotel pun tak tau ada.. hari tu kawan kat sana yg tolong belikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: