Syok Melancong.Com

Hotel Sari Jaya, Batam Dikelilingi Kedai Handbag!

Ketika saya menemani ibu saya yang mengikuti rombongan Persatuan Ibu Tunggal ke Batam, Indonesia pada minggu lepas, kami telah menginap di Hotel Sari Jaya. Tampak dari luaran hotel ini, boleh tahan juga dekorasinya.

.
Hotel Sari Jaya ini telah memulakan operasinya sejak tahun 1989 lagi, terletak di Komplek Bumi Indah Nagoya Pulau Batam. Hotel ini berada dalam kawasan yang strategik kerana lokasinya di kawasan perniagaan Nagoya, hanya 30 minit dari pelabuhan Sekupang, dan 45 minit dari Banda Udara (Airport) Hang Nadim Batam.

Hotel Sari Jaya

Perjalanan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk sampai ke shopping mall terbesar di Nagoya, kedai elektronik, restoran dan pusat hiburan di wilayah Nagoya. Hotel ini juga menyediakan bilik meeting dan Ballroom.

Tangga untuk naik ke Hotel Sari Jaya, Batam

Tangga untuk naik ke Hotel Sari Jaya, Batam

.

Hotel Sari Jaya

.

Nampak dari decoration hotel ini boleh tahan, menarik juga.

Pemandangan luar dari atas tangga

Pemandangan luar dari atas tangga

.

kaunter

.

Gambar-gambar yang saya ambil kurang cantik kerana camera handfon bermasalah sedikit. Maka, saya akan letakkan 3 gambar yang diambil dari google.

Reception - Lobby

Reception – Lobby

.

Saya sempat bersarapan di restoran ini. tapi agak mengecewakan dengan menu nya, cuma disediakan minuman dengan air kopi dan teh, tiada juice. Makanannya pula ialah nasi lemak, sup ayam+sayur dan keropok. Itu sahaja, tiada disediakan roti.

Restoran Sari Pandan

Restoran Sari Pandan

.

Restaurant Pandan Sari (gambar dari google)

Restaurant Pandan Sari (gambar dari google)

.

Tong sampah yang unik menampilkan design kotak rokok mereka yang popular iaitu Gudang Garam yang diletakkan di koridor  jalan ke bilik.

Tong sampah

Tong sampah

.

Ini ialah bilik Superior kami, 1 katil double dan 1 katil single yang menempatkan kami 3 orang. Maaf, tak nampak katil single tu sebab dah penuh barang… Biliknya luas dan selesa untuk kami bersolat. Walaupun perabut di dalam bilik ini agak lama, tapi bilik ini mempunyai kemudahan asas seperti aircond, peti ais cuma tidak mempunyai kettle dan cawan untuk membuat minuman panas.

Toiletries seperti berus gigi dan ubat gigi, shampu dan sabun mandi  ada diberikan. Wifi free juga ada disediakan di hotel ini, cuma tidak boleh dapat akses dari dalam bilik, harus ke lobi. Cuma saya kurang selesa dengan air paip di bilik air yang keluar sangat sedikit, nak mandi shower pun susah. (saya terlupa untuk snap gambar bilik air nya)

Bilik superior

Bilik superior

.

kerusi

.

Saya melawat ke bilik kawan di hadapan bilik saya, ada bau yang tidak menyenangkan. Bau yang masam, mungkin dari carpet bilik. Kesian mereka 3 orang tu, tidak selesa di bilik tersebut.

Bilik Superior ini berharga Rp.450,000 termasuk sarapan pagi

gambar dari google

gambar dari google

.

Deretan kedai di sebelah Hotel Sari Jaya

Deretan kedai di sebelah Hotel Sari Jaya

.

Slogan hotel ini…
“The Best Service at the Lowest Price”

gambar dari google

gambar dari google

SARI JAYA HOTEL BATAM, CONVENTION & BUSSINESS

Address : Kompleks Bumi Indah Nagoya Batam Island, 29432 Riau, Indonesia
Phone : +62 778 451338 • Faxs : +62 778 451342
Hp. +62 812 6828 3355
e-mail : utari@sarijayahotel.com • katy@sarijayahotel.com
http://www.sarijayahotel.com

.

Kesimpulannya, saya merasakan hotel ini agak cantik juga serta strategik dengan penuh kedai-kedai untuk shopping terutamanya banyak kedai yang menjual handbag, tapi memerlukan perhatian dari segi beberapa perkara: kebersihan bilik,  membaiki sistem saluran paip, upgrade wifi serta menambah menu makan bagi breakfast memandangkan harga biliknya tidaklah murah sangat, biarlah berbaloi !

.

signature

2 thoughts on “Hotel Sari Jaya, Batam Dikelilingi Kedai Handbag!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: