Syok Melancong.Com

Grand Plaza Hotel Hat Yai, Dikelilingi Tempat Shopping

Grand Plaza Hotel Hat Yai, Thailand adalah merupakan hotel pilihan saya semasa berada di Hat Yai tempoh hari untuk menyertai Hat Yai International Marathon. Hotel yang bertaraf 3 bintang ini terletak dalam kawasan shopping di tengah bandar. Grand Plaza Hotel ini beralamat di 24/1 Sanaehanusorn Road, Songkla, Hat Yai Downtown, 90110 Hat Yai, Thailand.

Dari Hotel Grand Plaza ini ke pasar Gimyong cuma mengambil masa 5 minit saja berjalan kaki, 30 minit drive untuk ke Simila Beach dan hanya 12 km dari Hat Yai Airport. Hotel Grand Plaza ini dikelilingi oleh kawasan-kawasan ‘shopping’ serta tempat-tempat makan samada restoran atau pun ‘street food’.

 

Grand-Plaza-Hotel-Hat-Yai

.

Details of Grand Plaza Hotel

.

entrance hotel

.

Ruang lobi Hotel Grand Plaza ini luas cuma pekerja di kaunter front desk hotel itu tidak peramah, dalam ertikata lain tidak friendly dan tidak murah dengan senyuman. Pihak hotel patut mengambil kira tentang hal ini dan memperbaikinya.

reception

.

.

Bilik famili ini mempunyai 1 katil single dan 1 katil double. Ruang rehat yang cukup luas dan dilengkapi dengan 1 set (1 seater, 2 seater and 3 seater) kerusi kayu. Bilik ini berlantaikan kayu membuatkan kaki yang memijak lantai terasa tidak sejuk. Saya amat menyukainya kerana ia bermakna, kawasan untuk saya bersolat amat selesa sekali. Family room ini menyediakan aircond, flat-screen TV, peti ais, free wifi.serta tempat menyediakan minuman panas.

Walau pun wifi diberikan percuma, saya tidak dapat akses nya. Saya cuma dapat menggunakan free wifi itu beberapa jam sahaja di hari pertama saya berada di situ. Selepas itu, tidak dapat langsung wifi nya sehinggalah saya check-out dari situ.

bed

.

living room

.

seating area

.

tv and fridge

.

coffee area

air mineral dalam botol kaca

.

Bilik air di family room ini agak kecil tetapi, masih boleh merasa selesa juga. Seperti yang anda boleh lihat dari pintu masuk ke bilik air ini, memang nampak agak sempit. Kawasan permukaan yang menempatkan washing bowl ini dikelilingi dengan batu marmar agar nampak eksklusif sedikit. Cuma, apa yang saya dapati dari pengalaman semasa berada di sana, sistem saluran air keluar nya kurang elok kerana kerap kali tersumbat air dalam washing bowl itu.

Selain itu, bilik air ini juga dilengkapkan dengan bath tub di samping tempat shower. Di sebelah kiri washing bowl itu, ada diletakkan dengan hair dryer juga. Tuala mandi serta tuala muka ada juga disediakan di hotel Grand Plaza ini. Seperti biasa, kelengkapan asas bilik air seperti sabun mandi, 2 gelas kaca, shampu dan berus gigi juga turut diberikan percuma.

sinki

bath tub

towels

toilet

.

Bolehlah dikatakan Hotel Grand Plaza yang bertaraf 3 bintang ini selesa diduduki dan amat senang jika anda seorang yang suka ‘shopping’ kerana hotel ini memang dikelilingi dengan tempat-tempat shopping  ;)

.

[klik sini untuk baca detail trip]

.

signature

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: