Syok Melancong.Com

Xavier, Hotel Budget Yang Selesa Dekat Pasar Ben Thanh

Sejurus selepas mendarat di Tan Son Nhat International Airport di Ho Chi Minh City- Vietnam, saya menyewa teksi, terus ke hotel yang telah saya book secara online. Pada percutian solo selama 4 hari 3 malam ini, saya memilih Hotel Xavier yang terletak dalam lingkungan 200 meter dari Pasar Ben Thanh, tempat shopping yang begitu terkenal di bandar Ho Chi Minh ini.

entrance hotel

Hotel Xavier ini merupakan hotel budget yang saya pilih kerana selain harganya yang berpatutan, ianya betul-betul terletak dalam kawasan shopping. Saya tidak lagi perlu mengambil teksi atau bas atau pun jauh berjalan kaki untuk sampai ke pasar Ben Thanh. Hotel Xavier ini diapit oleh beberapa hotel lain lagi. Apabila malam, bahagian luar hotel ini dihiasi dengan lampu-lampu hiasan, menjadikan hotel ini nampak menarik dan meriah. :D

reception

Staf di reception Hotel Xavier ini agak friendly serta murah dengan senyuman, begitu juga dengan staf yang lain. Cuma bermasalah sedikit dengan pemahaman bahasa Inggeris. Selepas daftar check-in, saya dibantu oleh pekerja hotel mengangkut luggage ke bilik. Lif hotel terletak bersebelahan dengan kaunter reception. Memang mudah…

bed

Masuk saja ke bilik Deluxe Twin Room ini, saya sudah pun merasakan keselesaannya. Katilnya yang luas (semasa booking saya minta double bed since saya travel solo) rupanya 2 single bed telah dikembarkan, so..memang besarlah jadinya… mmmm..sungguh selesa  ;-)  City view dari tingkap biliknya juga boleh tahan…

view

Bilik ini dilengkapi dengan berbagai kemudahan seperti aircond, TV, kerusi rehat, coffee table, 2 botol air mineral, cawan, kettle (tapi minuman dalam peket dan cokelat serta potato chips tu kena beli ye…), selipar jepun, wifi dan juga peti ais.

chairs

coffee

fridge

Bilik air pula agak luas, dilengkapi dengan tuala mandi, tuala muka, berus gigi, cotton bud, sabun, shampu dan juga pengering rambut. Ianya memudahkan saya untuk mengeringkan rambut dan juga pakaian yang dibasuh.

sinki

bathroom

booking-hotel

Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan Hotel Xavier ini dari segi kebersihan dan kemudahan-kemudahan yang disediakan di samping ianya terletak hampir benar dengan night market. Saya memang rekomen Hotel Xavier pada anda yang ingin bercuti atau pun bershopping di Ho Chi Minh City jika mempunyai budget yang rendah tapi inginkan keselesaan. Apa kata anda mula merancang percutian dengan survey tiket penerbangan dahulu.

.

signature

.

Klik gambar atas untuk lihat itineri pakej Vietnam

Klik gambar atas untuk lihat itineri pakej Vietnam

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: