Syok Melancong.Com

10 Lokasi Berbulan Madu Di Malaysia Yang Anda Tidak Tahu

Malaysia mempunyai banyak lokasi-lokasi yang menarik untuk percutian, begitu juga untuk berbulan madu. Mungkin ada yang tahu beberapa tempat percutian menarik ini, tapi saya pasti ramai yang tidak mengetahuinya lagi.

Antara lokasinya ialah :

1. The Dusun, Negeri Sembilan

The Dusun ini terletak di Mantin, Negeri Sembilan. Pemandangannya sungguh menyegarkan mata yang memandang.

the-dusun

.

2. Tubotel Langkawi

Tidak ramai orang tahu tentang tempat menarik dan unik ini..

tubotel

.
3. Casa Titik, Pahang

Merupakan sebuah banglo di Cherating, kepunyaan Kyra Lyda (jika anda ada menonton cerita Teman Lelaki Upahan)

casa titik

.
4. Sekeping Serendah, Selangor

Merupakan hotel mewah di dalam kawasan hutan. Tempat ini memang strategik untuk berbulan madu kerana tiada TV, Wifi dan juga talian telefon.

sekeping serendah

.
5. Limas Tiga, Melaka

Resort Limas Tiga terletak di Umbai, Melaka.Resort ini berkonsepkan ala-ala kampung yang moden kerana dilengkapi dengan kolam renang.

limas tiga

.
6. Terrapuri Heritage Village, Terengganu

Terrapuri Heritage Village ini terletak di Kuala Terengganu antara Laut China Selatan dan Laguna Setiu, merupakan salah satu lokasi percutian yang menarik di pantai timur.

terrapuri

.
7. Three Orchid Manukan Resort, Sabah

Three Orchid Manukan Resort di Sabah dikelilingi dengan kehijauan dan mendamaikan untuk percutian berbulan madu anda. Resort ini juga ada menyediakan sebuah pusat menyelam.

three orchid

.
8. Borneo Highlands Resort, Sarawak

Borneo Highlands Resort yang terletak di Kuching, Sarawak ini sangat sesuai untuk pasangan berbulan madu kerana pemandangan sekitarnya yang menakjubkan serta bercuaca agak sejuk.

borneo highlands

.
9. Dream World Resort, Sabah

Dream World Resort di Kundasang, Sabah ini mempunyai pemandangan yang sungguh menakjubkan, begitu indah sekitar Taman Negara Kinabalu. Resort ini terletak di tempat yang strategik untuk menikmati pemandangan indah.

dream world

.
10. The Shorea, Negeri Sembilan

The Shorea ini terletak berhampiran dengan air terjun hutan simpan berembun. Anda juga boleh buat aktiviti jungle treking di sini.

the shorea

.

signature

4 thoughts on “10 Lokasi Berbulan Madu Di Malaysia Yang Anda Tidak Tahu

  1. Percutian bajet

    Oh sungguh mengagumkan. Memang cantik dan romantik tempat-tempat tu semua. Tapi harga taktau le berapa ye. Mesti mahal.

    Btw, kalau ada pengunjung yang berminat untuk bercuti ke Langkawi, senarai tempat menarik dan aktiviti dibawah mungkin membantu:

    Maklumat tempat menarik dan aktiviti percutian di Langkawi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: