Syok Melancong.Com

Hotel Permata Bandara Selesa Untuk Transit di Jakarta

Hotel Permata Bandara

Percutian kami ke Amsterdam dengan penerbangan Garuda memerlukan kami transit di Jakarta samada sewaktu pergi dari Kuala Lumpur dan juga sewaktu balik ke Kuala Lumpur. Hotel Permata Bandara ini merupakan hotel transit kami di Jakarta setelah tiba dari Amsterdam.

Ceritanya ialah, flight kami dari Amsterdam berlepas pada 23/2/2015 lebih kurang pukul 5.20 pm dan sampai di Lapangan Terbang Soekarno Hatta lebih kurang pukul 12 tengahari pada 24/2/ 2015. Penerbangan kami seterusnya ke Kuala Lumpur adalah pada keesokan paginya iaitu 25/2/2015, ini bermakna kami harus transit di Jakarta selama 20 jam. Woww..lama tu!

Sewaktu berlepas ke Amsterdam dulu dari KLIA2, waktu transit kami hanyalah lebih kurang 8 jam saja dan kami disediakan pula oleh pihak Garuda dengan lounge. Tapi kini, oleh kerana waktu transit nya yang melebihi 8 jam, tiada kemudahan transit yang disediakan.

Memandangkan airport Soekarna Hatta ini kecil dan begitu sibuk, maka ianya amatlah tidak sesuai untuk kami berehat atau pun ingin melelapkan mata di situ. Lalu, kami mengambil keputusan untuk menyewa bilik hotel transit sahaja. Kami bertanya di beberapa kaunter yang menyediakan info tentang hotel transit ini.

Akhirnya, kami memilih hotel Permata Bandara kerana hotel ini berhampiran dengan airport serta harganya yang berpatutan. Seperkara lagi yang menyebabkan kami memilih hotel Permata Bandara ini ialah shuttle van disediakan oleh pihak hotel secara percuma dan perjalanan biasanya mengambil masa dalam 15 minit sahaja. Takut juga kalau terlepas flight nanti.

Ketika perjalanan ke hotel dalam van shuttle pihak hotel, hati saya agak risau juga, kalau-kalau hotel ini tidak selesa memandangkan harga sewa bilik yang murah itu, lebih kurang Rp309,000. Oleh kerana kami bertiga, sewa yang dikenakan kepada kami ialah Rp409,000 berserta dengan breakfast sekali, cuma lebih kurang RM135 sahaja untuk 3 orang.

Pemandangan dari depan hotel

Pemandangan dari depan hotel

Setelah tiba ke hotel (boleh tahan juga, bisik dalam hati) dan check-in, Alhamdulillah… saya dapati hotel ini selesa untuk merehatkan badan yang telah penat, bolehlah tersenyum lebar waktu itu. :D  Staf di bahagian reception hotel ini pun friendly, begitu juga staf yang lain.

reception

lobby

Walaupun hotel ini nampak biasa saja, namun kemudahan asasnya lengkap. Bilik standard 2 katil dengan tambahan satu tilam ini dilengkapi dengan aircond, tv, meja, almari serta tuala. Bilik airnya juga besar dan menyediakan kemudahan asas seperti shampoo, sabun serta shower dengan air panas. Boleh dikatakan bahawa hotel ini murah tetapi sangat selesa untuk transit. Cuma kemudahan wifi nya ada problem sikit pada waktu itu.

Hotel Dekat Bandara Soekarno Hatta

Hotel Dekat Bandara Soekarno Hatta

bilik

Maaflah, saya terlupa hendak ambil gambar katil kerana masuk ke bilik sahaja, terus baring kerana sudah terlampau penat dalam penerbangan, ditambah pula dengan cuaca yang amat panas dan barang pun sudah berselerak atas katil  :wink: Maka, terpaksalah saya ambil gambar yang menyerupai bilik saya dari google.

ruang makan

Keesokan paginya, setelah bersiap, kami pun pergi breakfast di dewan makan yang terletak berhampiran dengan bilik kami juga di ground floor. Dewan makan nya besar berserta dengan tv. Kami breakfast pagi tu dengan nasi goreng dan mee, alhamdulillah.

bilik makancafe

Seperti yang dijanjikan, driver shuttle van datang tepat pada waktunya, iaitu jam 5.30 pagi. dan kami sampai di airport dalam masa 10 minit sahaja.

shuttle van

Keseluruhannya, saya berpuashati dengan hotel Permata Bandara di Jakarta ini kerana ianya cukup dengan kemudahan asas serta selesa untuk transit dan juga tidak perlu risau terlepas flight nanti dengan adanya shuttle van yang menghantar ke airport. Lebih seronok lagi kerana servis ini percuma.  :wink:

.

signature

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: