Syok Melancong.Com

Pengalaman Dan Dugaan Bercuti Ke Bandung, Indonesia

Pengalaman Dan Dugaan Bercuti Ke Bandung, Indonesia

Percutian saya kali ini boleh saya anggap sebagai penuh dengan dugaan. Apa taknya, tiket airasia yang telah saya book selama 1 tahun 2 bulan yang lalu, mengundang berbagai masalah dalam waktu 3 minggu sebelum penerbangan lagi. Berbagai dugaan dan pengalaman yang kami seramai 5 orang ini harus tempuhi untuk percutian kami ke Bandung pada bulan april yang lalu. Buat saya, ini adalah kali pertama ke Bandung, sebelum ini hanya pernah sampai ke Medan, Jakarta dan Bali sahaja.

logo Bandung

Saya menerima sms pertama dari airasia memberitahu bahawa flight telah ditukar waktunya tetapi masih pada hari yang sama. Saya  terima dengan rela hati. Selang 4 hari kemudian, saya menerima sms lagi dari airasia. Kali ini meminta agar kami membayar duit tambahan, untuk airport tax pula sebanyak RM96, katanya pihak airport Indonesia yang memintanya. Dengan rasa terpaksa, kami akur membayarnya.

Selepas itu selang beberapa hari lagi sebelum penerbangan, saya menerima lagi satu sms dari airasia buat kali ketiganya. Kali ini menyatakan bahawa flight pulang kami dibatalkan kerana airport di Bandung akan ditutup untuk 2 hari! “The airport will be closed to commercial flights in order to accommodate VIP flight movement for the upcoming Asia-Africa Conference 2015 in Bandung.”  Kecewa betul rasanya saya ketika itu kerana ianya bermakna kami harus extend stay lagi 2 malam di Bandung.

Banyak perkara yang harus diambil kira seperti.. kerja-kerja yang akan tertangguh serta perbelanjaan tambahan untuk sewa hotel lagi. Kalau diikutkan hati, memang saya nak cancel saja trip ini, tapi bila fikir-fikirkan balik..mesti ada hikmah di sebaliknya, saya teruskan juga.

Kami berlepas tanggal  21 Apr 2015 pada jam 22:50 dengan menaiki flight QZ176.

Bandung airport

Arrival pula jam 23:55 di airport bandara Husein Sastranegara Bandung dan kami dijemput oleh tour guide kami yang gantang…pak Edi  :wink:

Kami dibawa ke tempat makan oleh pak Edi untuk menikmati nasi lemak dengan lauk burung merpati goreng, ayam kampung goreng serta tempe dan tauhu goreng juga tidak ketinggalan.   Cerita lanjut tentang tempat-tempat makan kami, sila klik sini

makan-nasi lemak

Ketika kami sedang makan, pak Edi menyuarakan kebimbangannya, rupa-rupanya pada keesokan harinya akan berlangsung “60th Asia-Africa Conference” yang melibatkan 109 kepala negara dan banyak jalan-jalan utama di bandaraya akan ditutup.

Masalah yang timbul ialah kerana hotel yang kami book itu terletak di tengah bandaraya dan kenderaan awam tidak dibenarkan masuk ke jalan-jalan tersebut dari pukul 7 pagi hingga 6 petang, selama mana conference sedang berlangsung. Itulah yang merungsingkannya.

Setelah selesai makan, kami pun dihantar check-in terus ke hotel untuk berehat. untuk baca review hotel, klik Hotel Zodiak dan Braga Favehotel 

.

conference

conference

Conference Asia Africa

.

Keesokan harinya, sambil mutar-mutar bandar, kami dibawa ke beberapa tempat shopping..

Shopping

pilih telekung

antaranya kedai yang jual kain sulam untuk kebaya, telekung, handbag, kasut, blouse dan sebagainya…. klik sini untuk tempat-tempat shopping…

.

roundabout

alun alun bandung

Dekat Bandung pun ada jambatan seperti di Putrajaya..

jambatan putrajaya

Pada hari ketiga, kami sudah tidak dapat masuk ke bandaraya dek kerana jalan-jalan utama banyak ditutup. Setelah bersesak dan berlegar-legar dalam suasana meredah jem teruk itu (orang sana bilang ‘macet’), kami dibawa melawat ke luar kota Bandung, iaitu ke Kawah Putih yang terletak di daerah Ciwidey..

Daerah Ciwidey

Ciwidey

adalah sebuah daerah di Kabupaten Bandung. Nama Ciwidey berasal dari bahasa Portugis Kuno; Ciwi yang bermaksud buah kiwi dan Dey bermaksud hari. Manakala dalam bahasa Yunani Kuno nama Ciwidey berasal dari kata Ciwos yang berarti sapi dan Dos yang berarti lima.

Daerah ini bersempadan dengan Kabupaten Cianjur dan daerah ini terkenal dengan penghasilan produk pertanian dan perkebunan. Ramai orang datang ke sini untuk tujuan lawatan kerana ianya mempunyai pemandangan yang menarik. Kawasan tanah tinggi Ciwidey terdapat banyak ladang-ladang teh yang seolah-olah carpet yang menutupi gunung-gunung.

Ciwidey terletak lebih kurang 30 km ke selatan Bandung @ lebih kurang 1.30 hingga 2 jam perjalanan dari Bandung (bergantung kepada kesesakan jalan)

11220820_10206843804316589_8177864053343454469_n

6

1510010_10206817507379182_6149885148527763912_n 10411820_10206817505939146_1124382309939924874_n

Telah pun sampai ke Kawah Putih

Kawah Putih adalah tempat wisata di Bandung yang paling terkenal. Berlokasi di Ciwidey, Jawa Barat, kurang lebih sekitar 50 KM arah selatan kota Bandung, Kawah Putih adalah sebuah danau yang terbentuk akibat dari letusan Gunung Patuha.  untuk cerita lanjut, klik sini

Kawah Putih

kami sempat berselfie di kawah putih   :wink:

selfie

Seterusnya, kami singgah pula ke Ladang Teh Wallini yang terletak berhampiran dengan Kawah Putih… Begitu sejuk mata memandang kehijauan nun luas terbentang. Terperanjat juga saya bila tahu harga teh putih di sini amat tinggi sekali sehingga mencecah Rp1.5 juta setiap kg! Wowww! Betul ke? untuk cerita selanjutnya, klik sini

Ladang teh Wallini

.

Setelah petang, kami pun pulang ke bandaraya Bandung semula.

dago-bandungKeesokan harinya pula, hari keempat kami di Bandung, agenda kami ialah ke rumah produksi kopi luwak yang terletak di tangkuban parahu… ternganga mulut kami bila mendapat tahu harga kopi luwak ni. Mahal sungguh, rupa-rupanya kopi luwak ini adalah yang termahal di dunia…hmmmm.. Kami sempat diurut kaki sambil minum kopi… Anda nak tahu cara proses kopi luwak ini? jom klik sini

kopi luwak

.

Seterusnya, kami ke the Floating Market pula… hmmm..seronok ke tempat ni, tempat bersantai bersama keluarga dan teman-teman. Berbagai makanan tradisional yang dijual di dalam perahu di sini.. best! :-P

Floating market di Bandung telah menjadi salah satu daya penarik bagi kota Bandung sejak ianya dibuka pada Disember 2012…. untuk cerita lanjut, klik sini

logo

The Floating Market

.

Singgah pula makan tengahari di kawasan peranginan Highland Resort, yang berhampiran dengan the floating market. Terpegun sejenak, sungguh cantik pemandangannya… untuk cerita lanjut, klik sini

entrance

Highland Resort

.

Setelah makan, kami singgah di kedai-kedai souvenirs yang berdekatan.

kedai

Goreng pisangnya memang manis… enak deh!

makan goreng pisang

4

Bila hari merangkak senja, kami pulang ke kota semula.

.

Agenda kami pada hari kelima ialah ke Trans Studio Bandung. Rupa-rupanya Trans Studio Bandung ini ialah indoor theme park yang terbesar di dunia. Hebat! untuk cerita selanjutnya, klik sini...

Logo Trans Studio Bandung

trans-sky pirate

.
Setelah keluar dari Trans Studio, barulah kami pergi ke Pasar Baru yang mana sebelum ini memang kami tidak berkesempatan untuk pergi kerana ianya ditutup semasa conference sedang berlangsung. Tapi sepanjang jalan nak masuk ke pasar baru ni tak payah cerita lah… memang macet! jem teruk! Apa kan daya, redah jugalah kerana kami sudah hendak pulang esok paginya.

pasar baru

agoda logo

macet-Pasar-Baru-Bandung

Rasanya satu jam lebih terkandas dalam jem tu, barulah sampai ke pasar baru.

Pasar Baru Trade Center

Shopping pun terpaksa terkocoh-kocoh sebab kedai dah nak tutup.

tunggu supir

.

Keesokan paginya pula, sebelum kami dihantar ke airport oleh pak edi, kami telah dibawa ke kedai kek Kartikasari dan juga Amanda untuk membeli brownies yang famous di sana untuk dibawa pulang sebagai ole-ole… klik sini

kartikasari

amanda

.

Selepas itu, kami dihantar terus ke airport Husein Sastranegara Bandung..

sebelum check-in, sempat selfie dulu dengan pak edi dan supir-supirnya… Terima kasih ye pak edi kerana sabar melayan kerenah kami.. dan servis nya memang sangat memuaskan.

selfie di airport

.

.

Menunggu untuk check-in…

airport-check in

Harga untuk membalut luggage ialah Rp30,000

balut

Banyaknya barang cik adik ni untuk check-in… Shopping sakan lah tu  :wink:

barangIni luggage kami… banyak tak?  :D
barangPuas menunggu untuk check-in…

duduk

Akhirnya…. bye-bye Bandung! Kami berlepas pulang pada tanggal 26 April 2015.

..
rupiah.

Alhamdulillah, dah sampai KLIA2.

Sebelum balik, kami solat dan makan dahulu di airport.

makan.

Walaupun berbagai dugaan ditempuh untuk percutian saya bersama teman-teman kali ini, pengalaman semasa berada di Bandung ketika berlangsungnya 60th Asia-Africa Conference, adalah menarik. Jika anda teruja dengan percutian di Bandung yang saya share kan di sini, bolehlah survey tiket penerbangan dahulu…

signature

.

.

4 thoughts on “Pengalaman Dan Dugaan Bercuti Ke Bandung, Indonesia

  1. Azlinda

    Salam, nak tanye pasal supir tu..saya nk pergi bercuti ke bandung awal sept ni..n tgh cr supir yg boleh bwk jalan2..boleh share tak mcm mane nk dptkan supirnyg awk guna tu…

  2. mahadi

    Salam puan, saya pun nak cari supir. mei 2016 ni nak g bandung n jakarta… bole bg info pasal supir, tq
    010-8344558

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: