Syok Melancong.Com

Kota Bandung – Syurga Membeli Belah

Kota Bandung – Syurga Membeli Belah

Kota Bandung, memang sangat terkenal sebagai syurga membeli-belah selain daripada Ho Chi Minh Vietnam, baik bagi para peniaga online atau pun untuk shopping sekeluarga di samping melancong kerana Bandung dipenuhi dengan factory outlet.

Tempat Shopping Yang Popular Di Bandung

Di antara jalan-jalan yang merupakan Tempat Shopping Yang Popular Di Bandung dengan factory outlet yang menarik ialah Jalan Dago, Jalan Riau, Jalan Setiabudhi, Jalan Sukajadi, Jalan Merdeka dan Jalan Cihampelas. Kebanyakan dari factory outlet ini menjual t-shirt, blouse, jeans dan baju baby.

.

Pasar Baru Trade Center

Pasar Baru

Pasar Baru merupakan salah satu Tempat Shopping Yang Popular Di Bandung bagi pelancong asing. Di sini anda boleh mendapatkan produk kain ela, baju kebaya, telekong dan bermacam-macam lagi pakaian yang diperbuat daripada kain kapas, sutera, satin dan sebagainya.

Terdapat pakaian moden dan tradisional seperti kebaya dan sebagainya. Pakaian dan aksesori untuk perkahwinan pun boleh didapati. Pakaian sembahyang untuk wanita dan lelaki cukup banyak, anda perlu pilih sahaja. Begitu juga dengan pakaian kanak-kanak. Peniaga-peniaga di sini sudah sangat biasa dengan pelancong dari Malaysia. Oleh itu pandai-pandailah anda membuat tawar-menawar.

Harga pakaian di Pasar Baru memang lebih murah berbanding dengan harga di Malaysia, lebih-lebih lagi jika anda membeli secara borang. Kualiti pakaian ada bermacam-macam, oleh itu anda haruslah pandai memilih untuk mendapatkan pakaian yang bermutu.

Jika anda mempunyai banyak masa, anda boleh membuat perbandingan dengan beberapa kedai bagi mendapatkan gambaran harga bagi sesuatu barang atau pakaian yang anda ingin beli.

Walaubagaimanapun, jika anda merasakan harga yang ditawarkan sudah cukup murah…anda boleh beli sahaja kerana di Pasar Baru memang banyak sangat kedai dan anda mungkin tidak sanggup untuk pergi ke semua kedai untuk membuat perbandingan harga.

Pasar Baru dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan ianya mempunyai 4 tingkat. Pengunjung di sini agak ramai oleh itu untuk mengurangkan kesesakan, adalah lebih-baik jika anda datang awal pagi.

.

Jalan Cibadayut – terkenal dengan barangan kulit

Barangan utama di sini ialah beg tangan dan kasut kulit untuk wanita dan juga lelaki. ianya mempunyai deretan kedai antara yang terpanjang di Asia. Jalan Cibaduyut memang sangat popular dengan kasut/sepatu kulit sehinggakan jalan masuk utama di Jalan Cibaduyut telah dibina patung kasut yang besar.

Oleh itu, jika anda nampak patung kasut yang besar, maka bermakna anda sekarang sedang barada di Jalan Cibaduyut. Jarak dari pusat bandar hanyalah sekitar 30 minit sahaja. Jika anda ingin menempah kasut pn boleh dan harganya memang murah dengan kualiti yang baik.

Selain kasut, terdapat juga banyak barangan yang diperbuat daripada kulit seperti jaket kulit, topi kulit, tali pingang kulit, dompet kulit, sandal dan sebagainya.

.

Jalan Dago – pusat fesyen terkini yang menawarkan pelbagai pakaian model terkini untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.

  • Antara factory outlet di sini ialah:
  • Blossom
  • Grande
  • Rafles
  • Glamour
  • Runaway
  • Jetset
  • Centre Branded

.

  • Rumah Mode
    Antara factory outlet yang terbesar di Bandung dan ianya memang sentiasa ramai dikunjungi terutama pada hujung munggu. Di sini banyak terdapat pakaian wanita, pakaian lelaki dan pakaian kanak-kanak dan kebanyakannya adalah pakaian kasual jeans dan t-shirt.

.

  • Haritage
    Kawasan yang popular di mana terdapat banyak jenis pilihan pakaian. Bangunannya seakan bangunan pengaruh penjajah dan terdapat juga cafe/restoran di sekitarnya.

.

  • Donatello
    Barangan kulit jenama tempatan seperti kasut, beg wanita, tali pingang, beg galas dan bermacam-macam lagi.

.

  • Cihampelas shopping street
    Jeans dan bermacam-macam pakaian ada di sini dan harganya memang murah dan berbaloi.

.

  • For Men
    Sesuai dengan namanya – ianya untuk barangan lelaki sahaja. Tempat yang sangat sesuai untuk lelaki di mana anda boleh dapatkan apa sahaja di sini dengan harga yang berpatutan. Sangat sesuai bagi lelaki/suami untuk membeli belah di sini sementara menunggu isteri membeli-belah di tempat kegemaran mereka.

.

  • The Secret
    Tempat yang popular dengan pakaian yang berjenama.
    Pakaian kanak-kanak juga ada di sini. Suasananya juga sesuai untuk santai-santai, wifi pun ada di sini.

.

  • Jalan Cihampelas (cihampelas walk)
    Pusat perbelanjaan mewah – ianya bersih dan nyaman.
    Pada sebelah malam, ianya dihiasi dengan lampu-lampu yang menarik – sesuai untuk bersiar-siar bersama kawan dan keluarga.

[sumber]

.

kedai jeans toko tiga

  • Toko Tiga
    Tempat Shopping Yang Popular Di Bandung dengan berbagai pilihan jenama seluar jeans.

.

Terminal Tas

  • Terminal Tas
    Menjual berbagai jenis tas tangan/handbag, kasut serta beg pakaian.

.

Tempat-tempat shopping yang lain…

Shopping

Shopping

Shopping at Summit

Passion

kedai

.

kartikasari

Kartika Sari & Amanda Brownies

Merupakan tempat yang popular dengan bakeries terutamanya kek lapis, brownies dan bermacam-macam lagi seperti pisang molen, pastries, nonya cakes, ice cream dan bermacam jenis kek dan bermacam jenis cokelat yang biasanya ‘wajib’ dikunjungi oleh pelancong. Pastinya anak-anak suka dengan coklet ini jika dibawa pulang sebagai ole-ole.

.

Pendek kata, anda boleh berbelanja sehingga puas di sini. Harga yang ditawarkan juga lebih murah jika dibandingkan dengan harga yang terdapat di Malaysia. Oleh kerana itulah, Bandung dikenali sebagai salah satu syurga membeli-belah yang terkenal.

.

signature

5 thoughts on “Kota Bandung – Syurga Membeli Belah

    1. emie Post author

      Wa’alaikumussalam..maaf lambat reply.. sebab baru baca..
      hotel dekat dgn tempat shopping di area cheampelas dan braga..
      macam saya, suka stay kat hotel zodiak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: