Syok Melancong.Com

10 Tips Melancong Ke Tempat Menarik Di Bandung

10 Tips Melancong Ke Tempat Menarik Di Bandung

Tips melancong Bandung

Bandung mempunyai banyak tempat menarik; selain dari factory outlet nya yang terkenal dengan pusat membeli-belahnya, suasana atau keadaan muka bumi di sana juga mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Memang tidak hairanlah jika ianya menjadi antara destinasi pilihan percutian utama bagi pelancong luar negara. Hampir 90 peratus adalah orang-orang Malaysia dan keduanya diikuti oleh rakyat Singapura.

Tips melancong ke bandung yang paling utama yang perlu anda lakukan ialah, sebelum melancong ke Bandung buat perancangan terlebih dahulu dan sediakan itinerary anda supaya tidak menyesal kemudian nanti…

.

Tips melancong ke bandung

Di antara tempat-tempat yang menarik untuk dilawati ialah :

1. Tangkuban Perahu

Tangkuban Perahu merupakan kawasan gunung berapi yang paling popular dan ramai dikunjungi. Ianya boleh dikatakan tempat yang mesti dikunjungi terutamanya kepada mereka yang pertama kali ke Bandung. Ianya terletak di kira-kira 20 km dari utara kota Bandung.

.

2. Kawah Putih

Kalau hendak dibandingkan dengan Tangkuban Parahu, Kawah Putih agak kurang popular tetapi sebenarnya bagi kebanyakan orang berpendapat Kawah Putih adalah lebih cantik. Ianya digelar kawah putih kerana kawah gunung berapi tersebut mempunyai batuan dan pasir yang memutih di sekitarnya. Walaubagaimanapun, anda tidak boleh duduk lama-lama di sana kerana bau belerangnya agak kuat.

.

3. Ladang Teh Wallini

Indonesia dikenali sebagai negara yang mempunyai berbagai jenis hasil pertanian. Tetapi tidak ramai masyarakat Indonesia sendiri yang mengetahui jika Indonesia mempunyai teh mahal asli. Teh mahal itu adalah teh putih berharga Rp 1,5 juta untuk 1 kg dan ianya terdapat di ladang teh Wallini, Ciwidey.

.

4. Kampung Daun

Suasana romantis di Kampung Daun memang selesa yang mana ianya dikelilingi suasa pohon-pohon dan suasana semulajadi. Sangat sesuai jika untuk anda makan bersama keluarga atau teman dengan suasana santai.

.

5. Menikmati Kopi Luwak, kopi yang termahal di dunia.

Kopi Luwak Cikole merupakan 100% original kopi arabika priangan di mana proses pengelupasan kulit buahnya dengan bantuan haiwan yang dinamakan luwak.

.

6. Bersantai bersama keluarga di The Floating Market

Floating market  Bandung telah menjadi salah satu daya penarik bagi kota Bandung sejak ianya dibuka pada Disember 2012.

.

7. Berhibur di Trans Studio Bandung

Trans Studio Bandung merupakan di antara indoor theme park paling terbesar di dunia.

.

8. Sari Ater Hot Spring

Dari Gunung Tangkuban Parahu ianya mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja. Jadi ianya boleh disinggah apabila pulang dari Tangkuban Parahu. Ciater Hot Spring merupakan kolam air panas yang berasal dari gunung berapi di sekitarnya, ianya sangat sesuai untuk merehatkan dan menyegarkan badan sama ada mandi atau merendam kaki. Ada yang berpendapat, dengan mandi air panas yang bercampur belerang itu boleh merawat beberapa jenis penyakit kulit.

.

9. Highland Resort

Menikmati pemandangan yang indah cuaca segar nyaman di Highland Resort, “Tenang dan Romantis”. Itulah perasaan saya ketika memasuki kawasan Highland Resort ini, sambil menikmati makan tengahari, terasa perasaan yang mendamaikan, udara segar bertiup membaluti tubuh, begitu menyegarkan.

.

10. Restoran ‘Belacan‘ menyediakan masakan Sunda

Bagi mereka yang suka makanan sunda dan juga makanan yang pedas, restoran Belacan ini lah yang sesuai untuk anda. Disamping hiasan dalamannya yang cantik, makanannya pun sedap.

Diharapkan Tips melancong ke bandung ini dapat membantu menjadikan percutian yang menarik buat anda nanti.

.

signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: