Syok Melancong.Com

Menariknya Floating Market Bandung

Menariknya Floating Market Bandung

Saya sebenarnya tidak pernah tahu tentang wujudnya Floating Market Bandung ini, begitu juga dengan teman-teman saya. Mereka hairan apabila saya update gambar-gambar floating market ini di facebook. Saya rasa Floating Market Bandung ini harus diberi lebih pendedahan dan mempromosikannya.

simpang jalan

signboard

Keunikan Floating Market Lembang

Floating Market Bandung telah menjadi salah satu daya tarikan kota Bandung sejak dibuka pada Disember 2012 lalu. Pasar terapung yang ada di sana merupakan pasar terapung satu-satunya di Bandung, namun pasar terapung ini tidak benar-benar terapung di tengah danau kerana umumnya 46 buah perahu di sana berada di tepi danau sahaja sehingga memudahkan pengunjung membeli apa yang diinginkan.

Floating market Bandung ini terletak pada arah yang sama ke Tangkuban Parahu. Pengunjung selalunya pergi ke Floating market ini bersama keluarga dan anak-anak untuk bersantai dan bermain kerana di Floating market ini juga mempunyai taman angsa dan taman kelinci, kelinci itu ialah arnab. Anda juga boleh menyewa perahu untuk mengunjungi pasar terapung yang berada di tengah danau. Bagi siapa yang berani, bolehlah bermain flying fox ataupun ATV. Semua ini menjadikan Keunikan Floating Market Lembang di Bandung ini.

logo floating market

perahu

Floating market

signage

Beberapa buah kedai yang menjual souvenirs terdapat di dalam Floating Market Bandung ini.

kedai

.

Taman Angsa

Taman Angsa

Taman Kelinci / Taman Arnab

Taman Kelinci

Kampung Leuit di dalam Floating Market Bandung

Kampung Leuit

peralatan tradisional

.

Floating Market

.

Taman permainan

.

mmm..rasa nak ke bilik air pula..

toilet

Pemandangan Floating Market dengan perahu..

Floating Market

Jambatan ke Floating Market…

Jambatan

Beratur untuk tukar coin bagi membeli makanan dalam perahu di floating market Bandung

beratur

.

Ini ialah yang pertama yang saya nampak, gerai yang menjual satay. Memang saya ingin rasa satay indonesia ni dan saya telah membeli 10 cucuk satay dengan harga Rp30,000 kalau tak silap…

gerai satay

satay      .

Seterusnya, saya order kueyteow goreng pula… Rp20,000

gerai

.

Berbagai jenis makanan yang dijual dalam perahu di Floating Market Bandung…

berbagai makanan

.

berbagai jenis makanan

.

berbagai jenis makanan

.

Berbagai jenis cucur goreng ada di jual di perahu rakyat ini. Saya pun ada membeli beberapa jenis… nak rasa.. :wink:

perahu rakyat

berbagai jenis cucur

Makanan yang terakhir yang saya beli di sini ialah jagung pedas. Memang pedas!

gerai jagung

.

Setelah habis dah saya rayau di sekitar perahu yang menjual makanan ini, saya pun berjalan menghala ke luar, tapi nampak pula orang beratur. Rupa-rupanya beratur untuk mengambil complimentary welcome drink dari Floating Market ini..  apa lagi..menyelit je lah saya  :-D

welcome drink

.

Maka, tamatlah sudah siri lawatan kami ke Floating Market Bandung ini. Memang menyeronokkan! Jika anda juga ingin bercuti serta bersantai ke sini, jom survey dulu tiket penerbangan.

.

signature

.

Save on your hotel - www.hotelscombined.com.

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: