Syok Melancong.Com

Favehotel Di Braga City Walk, Bandung Dalam Shopping Complex

Setelah check-out dari Hotel Zodiak @Kebon Kawung, saya berpindah pula ke Favehotel di jalan Braga, Bandung. Ini ialah kerana flight pulang ke Kuala Lumpur telah dibatalkan oleh pihak AirAsia oleh sebab airport ditutup untuk 2 hari kerana Conference Asia-Africa sedang berlangsung pada waktu itu.

Sebetulnya saya mahu menyambung saja  2 malam lagi tinggal di Hotel Zodiak, tapi malangnya ketika saya membuat tempahan online dari Malaysia lagi, diberitahu bahawa bilik sudah penuh. Saya baru tahu rupanya kuota untuk tempahan online yang ditutup dan yang tinggal hanya lah untuk tetamu yang walk-in sahaja.

Favehotel

Favehotel Braga di Bandung terletak di lokasi yang strategik iaitu di Braga City Walk yang popular dan merupakan jantung kota Bandung, salah satu jalan paling bersejarah di Bandung. Jalan Braga, daerah yang popular sebagai tempat rekreasi atau tujuan perniagaan, menawarkan banyak pilihan kafe dan restoran yang bergaya style Eropah. Hanya 10 minit berkenderaan dari bandaraya, 5 minit dari station kereta api utama di Bandung dan 10 minit dari Pasar Baru serta pusat membeli-belah yang lainnya di Jalan Riau.

reception

Sebenarnya ketika saya membuat tempahan online, saya memang tidak tahu langsung yang Favehotel Braga ini terletak di dalam shopping complex. Terkejut juga saya masa mula sampai dihantar oleh pak supir, masuk terus ke basemen carpark. Terkebil-kebil, tak terkata apa saya dibuatnya.

Setelah check-in, kami harus memanjat tangga untuk sampai ke bilik kami di tingkat 2 kerana tiada lif yang disediakan. Pening jugak memikirkan macamana nak bawa beg kami yang dah beranak pinak tu  :|  Nasib baik pekerja hotel membantu membawa naik beg-beg kami. Lega…Tangganya pula berwarna purple…

tangga

Bilik kami bernombor 235…

bilik 235

Inilah dia bilik twin bed kami…hmmm..terasa sangat perbezaannya. Bilik ini memang sempit, ruang yang ada mengikut arah kiblat, untuk bersolat hanyalah di hadapan pintu masuk. Bilik itu tidak ada tingkap dan kedengaran juga bunyi orang lalu lalang di depan bilik. Saya merasakan kurang selesa tinggal di Favehotel ini, tapi apa kan daya, kerana telah pun membayar penuh semasa membuat tempahan di online.

bilik favehotel

twin bed

.

Bilik airnya lebih besar dan lebih cantik dari Zodiak hotel… tetapi keperluan toiletries yang diberi percuma pula tidak banyak. Pelik juga rasanya melihat 2 botol mineral water diletakkan di bilik air. Harga bilik hotel di Favehotel ini lebih mahal berbanding dengan hotel Zodiak. Pada sebelah malam, saya lihat air mula bertakung di lantai bilik air dan pada pagi esoknya, air telah melimpah keluar sedikit ke lantai bilik. dan saya pun melapurkannya ke front desk sewaktu kami keluar untuk meneruskan agenda lawatan.

bilik air

Alhamdulillah, ketika kami pulang semula ke hotel, bilik air telah pun dibaiki.

Kesimpulannya, saya tidak akan rekomen hotel ini pada percutian anda dan sudah tentunya saya tidak akan menempah bilik di Favehotel Braga lagi kerana kurang selesa.

.

signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: