Syok Melancong.Com

Hotel Zodiak@Kebon Kawung- Hotel Budget Yang Cantik Dengan Servis Yang Memuaskan

Sebelum saya pergi bercuti ke Bandung Indonesia, saya telah membuat tempahan bilik di  Zodiak Hotel @Kebon Kawung untuk 3 malam secara online. Setelah saya survey beberapa hotel budget yang letaknya di sekitar city centre, saya dapati hotel budget  Zodiak @Kebon Kawung ini menarik serta harganya yang amat berpatutan.

Hotel Zodiak @Kebon Kawung ini terletak di tengah bandaraya, berhampiran dengan pasar baru (10 minit drive dan 30 minit drive ke Husein Sastranegara Airport kalau tidak macet ye  :wink: ). Hotel ini beralamat di Jalan Kebon Kawung, No.54 Bandung, West Java, 40171 Indonesia.

zodiak hotel

Sebaik saja saya tiba di hadapan Zodiak Hotel @Kebon Kawung ini, melihat design moden yang ditonjolkan itu membuatkan saya sukakan hotel ini.

Zodiak Hotel @Kebon Kawung

 Hotel Zodiak Hotel @Kebon Kawung ini nampak eksklusif, tidak menunjukkan sama sekali bahawa hotel ini adalah hotel budget yang bertaraf 3 bintang dengan suasana, interior serta  finishing nya yang bagus. Ruang lobi yang luas serta lantai marble yang berkilauan dan chandelliar menunjukkan hotel ini agak eksklusif untuk dikategorikan sebagai budget hotel.

lobby Hotel Zodiak

Pekerja-pekerja di hotel Zodiak Hotel @Kebon Kawung ini
samada di front desk atau pun bahagian room service, sangat friendly dan efficient, sedia membantu apa saja dan begitu menghormati tetamu nya.

Reception

Lobi hotel

pintu bilik

Bilik superior yang berhawa dingin dengan king size bed ini luas dan amat selesa sekali, bersih serta dilengkapi pula dengan berbagai keperluan asas seperti flat-screen cable TV, wifi, personal safe, electric kettle, cawan serta minuman peket kopi dan teh.

Double bed

bantal

Bilik air nya pula walaupun agak kecil, tapi dilengkapi dengan tuala dan berbagai jenis toiletries seperti berus/ubat gigi, shaver serta hair dryer di samping sabun dan shampoo.

bilik air

Keseluruhannya, saya amat berpuas hati sepanjang menginap di Zodiak Hotel @Kebon Kawung ini selama 4 hari 3 malam, menjadikan percutian saya selesa dan pasti akan menginap di situ lagi bagi  kunjungan yang akan datang.

.

Jika anda juga ingin mendapatkan bilik di hotel budget Zodiak Hotel @Kebon Kawung yang cantik dengan servis yang memuaskan ini, boleh klik di sini.

.

signature

.

.

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: