Syok Melancong.Com

‘Belacan’ Dan Berbagai Makanan Menarik Di Bandung

‘Belacan’ Dan Berbagai Makanan Menarik Di Bandung

Jika anda sudah pernah pergi ke Bandung, anda tentu akan mengatakan untuk mencari makanan yang sedap di situ tidak susah. Bagi saya, jenis masakan yang saya suka ketika berada di Bandung ialah masakan Sunda kerana ianya pedas :wink:

Jom lihat restoran-restoran yang saya sudah pergi untuk merasai dan menikmati makanan semasa di Bandung…

Makanan Halal Di Bandung

Ketika saya sampai di Bandung, hari sudah malam. Jadi, oleh kerana kami masing-masing kelaparan, maka kami dibawa oleh tourist guide untuk makan nasi lemak. Saya memilih untuk rasa daging burung merpati buat kali pertamanya, di samping lauk wajib di situ iaitu tauhu dan tempe  :-D  (maaf, terlupa pula nama tempat tu) Alhamdulillah, kedai Makanan Halal Di Bandung yang pertama ini sedap.

makan-nasi lemak

restoran nasi padang

Restoran di dalam Tone’s Square ini menyajikan masakan padang… Terlalu banyak lauk yang dihidangkan. Caranya ialah, kita pilih lauk yang kita hendak makan sahaja dan ketepikan lauk yang kita tidak mahu supaya tidak dimasukkan ke dalam bil nanti… Jangan main bedal semua yer.. berasap nak bayar nanti  :wink: hmm.. sedap-sedap juga Makanan Halal Di Bandung ini.

makan nasi padang

Sesuatu yang menarik perhatian saya ialah cara sudu & garpu ini dibalut, ada keunikannya tersendiri. Saya dapati juga ‘Teh botol’ adalah minuman yang popular di Bandung.

np-resit

.

Restoran ‘Pak Chi Met’
Restoran pak chi met

Restaurant ‘Pak Chi Met’ yang popular dengan ikan bakarnya…. merupakan satu lagi kedai Makanan Halal Di Bandung  ini yang sedap.

Gurame bakar (gurame tu sebenarnya ialah talapia)
Tauhu goreng…sedap..macam goreng butter
Kueyteow siram seafood pun not bad.. sedap juga.

.

Restoran Simpang Raya

maaf, saya tak jumpa pula gambar makanan di situ yang saya sudah ambil…

.

Restoran Baso Semar ini menyajikan menu utamanya bakso. Saya memesan sup baso urat makan dengan meehoon.. menyesal jugak, sebab tak ada isi..huhuuuu..tulang je.. Tapi nasib baik ada bakso juga bawah tulang tu… besarrr…

makan-baso

.

Ini ialah restoran yang paling saya suka masakannya. Restoran ‘Kedai Belacan’ dengan  masakan sunda.

Restoran Belacan

menu nya pun ada style…

menu di restoran belacan

masakan sunda…memang pedas!

masakan sunda

Di restoran Belacan ini, kami menjamu selera dengan nasi ayam kampung penyet, nasi goreng belacan seafood, mee godok, gado-gado dan juga tauhu goreng. Semua pedas… sedap! Hidangan bagi setiap pinggan itu memang banyak sangat sampai tidak terhabis makan, terpaksa saya suruh bungkus untuk bawa balik ke hotel.

.

Saya merasa seronok dapat makan masakan di Bandung ini.. Anda nak rasa juga? jom ke Bandung..sebelum tu survey hotel di bandar Bandung ini dulu. Anda juga mungkin nak tahu Tips sebelum melancong ke Bandung. Dapatkan 10 Tips ini.

.

signature

.

.

7 thoughts on “‘Belacan’ Dan Berbagai Makanan Menarik Di Bandung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: