Syok Melancong.Com

Amanda Brownies Dan Kartikasari, Marvellous!

Amanda Brownies Dan Kartikasari, Marvellous!

amanda

Amanda Brownies Kukus

Amanda Brownies adalah tempat utama bagi mendapatkan ole-ole brownies Bandung, Membawa pulang brownies ini disebut sebagai salah satu ole-ole khas dari Bandung. Amanda Brownies Kukus merupakan salah satu brownies yang cukup terkenal di Bandung dan telah mempunyai banyak outlet.
.
Amanda Brownies Kukus ini mulai beroperasi pada tahun 2002 di Jalan Rancabolang No. 5 Bandung yang kemudian melebarkan outletnya dengan membuka cabang di Jalan Emung serta Jalan Antapani.
.
Selain dari menu utama nya iaitu brownies original, Brownies Amanda juga menyediakan dengan berbagai perasa lain seperti: Cheese Krim, Blueberry, Choco Marble, Sarikaya Pandan dan sebagainya.
.
Pilih sahaja yang mana sesuai dengan selera anda. Harganya pun berbeza mengikut jenis nya dan harga paling murah di situ ialah Rp 32.000 saja.
.
Satu lagi kedai kek yang terkenal ialah Kartikasari yang menjual berbagai jenis kek, roti yang sangat sedap dan juga kerepek.

kartikasari

kartikasari

kartikasari

Jika anda ingin mencari ole-ole makanan untuk dibawa pulang sebagai hadiah, saya rasa yang paling tepat adalah brownies. Pagi sebelum saya dihantar ke airport oleh tourist guide di Bandung, beliau telah membawa saya ke kedai ini agar brownies yang saya bawa pulang itu fresh from oven  :wink:

kedai cake

Berbagai pilihan yang disediakan di situ, semuanya begitu menyelerakan.

dinding kedai

mmm….tak tahu mana nak pilih ?

Memang rambang mata… semua nampak sedap!

kedai

.

Akhirnya, antara Amanda Brownies Kukus inilah brownies pilihan yang saya beli… brownies kukus choco marble, brownies kukus original, brownies bakar, brownies kukus pink marble, bika ambon.

cake

.Harga untuk sekotak brownies ialah sekitar Rp35,000

cake1

pink marble

.

Pergghhh…. memang sangat-sangat sedap… marvellous! Kalau anda pergi melancong ke Bandung, jangan lupa membeli Amanda Brownies Kukus ini. Bagi peminat brownies, saya memang rekomen 100% untuk anda beli brownies di sini. Jom, usha hotel kat sana dulu…

Jika anda juga meminati masakan sunda, saya syorkan restoran kesukaan saya ini iaitu Restoran Belacan, enak sekali.  ;)

.

signature

.

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

 .

.

4 thoughts on “Amanda Brownies Dan Kartikasari, Marvellous!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: