Syok Melancong.Com

Meninjau ke Pasar Serikin di Sarawak, Sempadan Malaysia-Indonesia

Bercuti ke Sarawak rasanya tidak lengkap kalau tidak menjengah ke pasar Serikin di daerah Bau (orang Sarawak sebut ‘bauk’), yang terletak di Sempadan Malaysia-Indonesia. Peniaga yang berniaga di pasar serikin ini 90% adalah terdiri dari warganegara Indonesia. Pasar Serikin ni terletak betul-betul di sempadan garisan yang memisahkan Malaysia dan Indonesia. Jadi, sudah semestinya barang-barang dijual di sini memang kebanyakannya datang dari seberang.

Dari area Waterfront, Kuching tu ke pasar serikin, akan mengambil masa dalam 1 jam perjalanan dengan kereta dan jaraknya dalam 57km saja. Adalah dinasihatkan supaya pergi awal pagi dalam pukul 8 pagi bertolak dari Kuching sebab dalam pukul 12 tengahari, peniaga-peniaga akan mula berkemas untuk balik ke Pontianak, Indonesia. Pasar ni cuma dibuka pada hujung minggu sahaja, hari Sabtu dan Ahad.

Kami sampai dalam cuaca yang hujan turun agak lebat juga. Sebelum kami mulakan acara shopping menyoping tu, isi perut lah dulu… sempat pekena ‘mee kolok’  :)  hmmmm…sedap juga mee kolok ni…

mee kolok

 

makan mee kolok

ini adalah teman-teman saya ketika berada di sarawak…

pasar serikin

.

Haaaa… dah kenyang, baru lah boleh start shopping! ;-)

serikin

serikin1

 

macam-macam adaaaaa…

serikin4

hujan yang lebat  agak menyukarkan untuk kami memilih barang…

serikin7

serikin5

yang ini, hairan saya tengok papan tanda harganya… 0.27 sen ke?

serikin2

 

banyaknya kekabu…

serikin3

 Serikin Weekend market which is located at Kampung Serikin Jagoi is accessible via Bau-Serikin Road. The journey from Bau town is around 45 minutes and about an hour from Kuching City. There is no public bas to Pekan Serikin … getting there is either using own transport or follow tour group organised by tour operator from Kuching.

.

Setakat ini lah sahaja yang dapat dikongsikan cerita dan gambar-gambar semasa berada di pasar serikin, sarawak. Mungkin anda juga akan teringin untuk pergi ke situ… :wink:

.

signature

2 thoughts on “Meninjau ke Pasar Serikin di Sarawak, Sempadan Malaysia-Indonesia

  1. intan

    Salam sis.mcm mn pergi ke serikin dari kuching? Saya akan ke kuching 11 disember nant Dan teringin pegi ke serikin.harap sis dpt kongsi

    1. emie Post author

      Wa’alaikumussalam sis Intan, saya pergi ke Pasar Serikin hari tu dengan menaiki kereta kawan saya yang sememangnya tinggal di Kuching. Mungkin sis boleh cari tour yg pergi ke sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: