Syok Melancong.Com

Bustel di Pantai Klebang Melaka

Pencarian coconut shake sebenarnya yang telah membawa saya ke pantai klebang ini. Apabila melihat orang yang beratur panjang untuk membeli coconut shake, maka saya batalkan saja niat untuk mendapatkannya dan meneruskan perjalanan. Tiba-tiba ternampak pula signboard ‘Bustel’, lalu saya pun singgah  ke sini untuk meninjau sendiri keadaan di sekelilingnya yang selama ini pernah ku dengar dari orang lain saja.

Bustel

Bustel adalah gabungan dari perkataan BUS dan HOTEL. Idea ini datang dari Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam. Bustel terletak di di Dataran 1Malaysia, Pantai Klebang, Melaka.

Saya cuba call office bustel ini untuk tempahan bilik, tapi seperti yang telah diduga dari awal, pastinya dah penuh!

Bustel office

 

44 buah bas yang pernah diguna pakai di negeri Melaka dikitar semula dan diubahsuai menjadi restoran dan chalet. Bustel juga menyediakan kafe yang juga beroperasi di dalam bas.

Bustel1

 

Oleh kerana saya tidak berkesempatan untuk menjenguk ke dalam bustel di pantai klebang ini, maka saya terpaksa ambil gambar dari en.google ye… :wink:

harga sewa nya adalah sekitar RM80 untuk sebuah bilik di hari biasa dan RM120 sebilik untuk weekend dan public holiday.

(gambar di ambil dari google)

(gambar di ambil dari google)

(gambar diambil dari google)

(gambar diambil dari google)

.

saya meninjau-ninjau apa yang ada di sekitar bustel ini…

pantai klebang

jom intai apa yang dijual di buscafe ini..

bus cafe

bermacam-macam juga makanan yang dijual… pendek kata tak lapar lah.. :-)

bus cafe2

oleh kerana tempat duduk di bus cafe semuanya dah penuh, maka kami pun duduklah bersantai di tepi pantai yang telah pun disediakan dengan kerusi meja. best betul.. anginnya bertiup kencang.. sampai mangkuk kertas yang dah hampir kosong tu pun terbang melayang.. nasib baik tak terkena orang belakang.

pantai-klebang

meehoon soto

Di sini pun ada dijual coconut shake, tapi sayangnya.. dah hampir 1 jam order tak sampai-sampai sehinggalah waktu ku nak beredar. Maka, kempunan lah jawabnya nak merasa coconut shake ini. Makan aje lah mee soto dan rojak buah ini..

rojak buah

Jika anda hendak membawa anak-anak bercuti ke bandar Melaka, seronok juga kalau bermalam di Bustel ini untuk mendapat pengalaman lain dari yang lain, tapi memang kena buat tempahan awal-awal kerana bustel ini selalunya memang penuh.

Hubungi Encik Khairi di talian 0197414113 dan ianya dibuka 24 jam.  Facebook Bustel

.

signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: