Syok Melancong.Com

Uniknya 906 Riverside Hotel, Melaka

Sebelum saya pergi bercuti ke Melaka baru-baru ini, saya telah pun membuat tempahan di sebuah hotel yang berhampiran dengan riverside. Apabila saya tiba..wah tak sangka betul, cantik dan uniknya  hotel yang bertaraf 3 bintang ini, hotel 906 Riverside. Hotel ini sangat berdekatan dengan Jonker Street.

Hotel

Saya jadi terpegun sebentar dengan hiasan dalamannya. Ruang tamu hotel 906 Riverside ini dipenuhi dengan koleksi perabut antik baba dan nyonya. Lihat sajalah gambar-gambar yang saya snap di bawah ini… Pekerja-pekerja kaunter reception hotel ini pula peramah semuanya dan tidak lokek dengan senyuman. :)

lobby hotel

antique1

antiques

set meja makan

.

Setelah check-in, saya pun terus naik ke bilik. Saya amat berpuas hati dengan bilik untuk 3 orang yang saya tempah itu amat luas dan begitu selesa sekali. Dilihat dari jendela bilik, rupanya bilik saya betul-betul berhadapan dengan Majid Kampung Hulu di Bandar Hilir Melaka.

masjid kampung hulu

Masjid ini merupakan sebuah masjid yang kedua tertua di Melaka yang berusia kira-kira 300 tahun apabila ia mula dibina pada 1728 Masihi…Di luar kawasan masjid ini terdapat makam Habib Abdullah Abu Bakar Al-Hadar, seorang pendakwah dari Yemen dan makam tersebut dipercayai berusia lebih 100 tahun. Alhamdulillah..

.

room for 3 person

hotel room

room

ada tempat untuk mengeringkan baju  :)

room

Tandas yang sangat bersih dan luas….

toilet

.

Agenda di sebelah malam pula ialah menaiki riverside cruise. Tiketnya telah saya beli di reception hotel tadi, tak perlu lah saya susah beratur panjang di Quay side dan yang paling saya suka sekali ialah… boleh naik cruise dari depan pintu hotel saja! Seronoknya.. tak payah berjalan jauh  :wink:

cruise

.hotel view malam

Keesokan paginya, kami breakfast di hotel dengan berbagai pilihan makanan disajikan.

ruang makan

.

Setelah breakfast, saya sempat merakamkan gambar suasana pagi di depan hotel ini, tempat di mana saya menunggu bot untuk cruise semalam. Cantiknya pemandangan!

riverside

riverside view

.

Keseluruhannya, saya amat-amat berpuas hati dengan hotel ini dan pastinya saya akan kembali menginap di sini  :-)

Jika anda ingin bercuti ke Melaka, saya rekomen kan anda menginap di 906 Riverside Hotel ini. Sangat berbaloi !

Address: Jalan Kampung Hulu, 75200 Melaka
Phone: 06-282 8906

.

signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: