Syok Melancong.Com

Siem Reap Quad Bike Adventure

Siem Reap Quad Bike Adventure

Salam sejahtera. Dalam entri kali ini, saya inginkan kongsikan sedikit info serta gambar ketika saya bercuti ke Siem Reap, Cambodia pada 9/1/2015 yang lalu. Ianya merupakan trip saya yang kedua ke Siem Reap. Apa yang berlainan kali ini adalah saya berpeluang untuk menyertai acara lasak ini iaitu Siem Reap Quad Bike Adventure.

Memang saya merasa tersangatlah gembira dan teruja dapat memandu quad bike ini kerana kami dibawa merentasi desa, beriringan dengan lembu-lembu di jalanan dan menaiki bukit. Pada mulanya saya agak takut juga nak memandunya kerana tak pernah pun pandu motor, tapi selepas 10 minit memandunya, saya rasa syok pula. :-D

Selama sejam lamanya perjalanan kami, bagai tak puas rasanya menikmati pemandangan serta meninjau kehidupan penghuni kampung di sekitarnya. Saya percaya ramai yang tidak mengetahui adanya sukan ini di Siem Reap.. Siem Reap Quad Bike Adventure .

 

quad bike2

 

quad bike1

 

Perjalanan merentas desa kami berakhir di sekitar sawah padi ini sebelum kami pulang. Kami berhenti untuk menikmati sunset yang sungguh cantik sekali pada petang itu, terbit rasa kagum dengan ciptaan Illahi.

sunset1

Setelah matahari terbenam, kami pun memulakan perjalanan untuk pulang ke destinasi masing-masing dengan perasaan gembira dan hati yang teramat puas sekali.

 

bikers

 

Siem Reap Quad Bike Adventure brings you to the authentic and unique beauty of Cambodia which is hidden and unexposed to the world. Freshness and greenery of remote and undisturbed countryside and villagers, friendly and smiley people with the sense of welcoming, schools, local orphanages, homes on stills, active Buddhist monasteries along the community, unbeatable sunset at paddy fields and centuries abandoned and untouched ancient. Angkorian temples where few travelers and adventurers are dare. All of these magnets of Cambodian attractive places are not to be missed while visiting and exploring Cambodia. Siem Reap Quad Bike Adventure can make this happen!

1 hour driving – 30 USD

.

Oleh itu, jika anda bercadang untuk bercuti ke Siem Reap Cambodia, jangan lupa masukkan agenda memandu quad bike ini ye… ;-)

.

signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: