Syok Melancong.Com

Bermain Salji Di Gulmarg, Srinagar Kashmir

Percutian saya ke Kashmir pada tahun 2007 masih terpahat segar di ingatan kerana pemandangan di Gulmarg begitu mempesonkan. Gulmarg bermaksud gunung yang dikeliling padang rumput dan bunga, mempunyai ketinggian 2,730 meter di atas paras laut, merupakan antara kawasan bermain ski dan golf yang terbaik serta tertinggi yang mempunyai kereta kabel terpanjang di dunia. Gulmarg yang terkenal ini terletak di Srinagar, Kashmir.

Gulmarg

Jarak dari Srinagar pula adalah sejauh 60 km. Perjalanan hampir dua jam seakan tidak terasa kerana pemandangan yang sungguh mengasyikkan, sungguh indah sekali bagai tak berkelip mata memandang.

Rumah di sekitarnya besar, moden dan cantik. Ladang mustard yang menguning, ladang epal memutih bunganya, cherry blossom, sungai jernih berbatu besar mengalir tenang, pokok pain dan banjaran Himalaya yang diliputi salji melatari pemandangan, amat memukau pandangan mataku.

Gulmarg

Kami singgah di tempat pemeriksaan dan juga tempat sewa kasut but, berdekatannya terdapat peniaga selendang, sarung tangan dan mafla. Perjalanan kami dengan van menuju ke stesen kereta kabel, Gulmarg Gondola.

gondola

Saya bagaikan terpukau dengan keindahan salji di Gulmarg, pemandangan seakan di Switzerland. Bibirku terketar-ketar jadinya kerana terlalu sejuk, pipiku terasa kebas. Tapi tidak saya hiraukan sangat kerana ingin bermain-main dengan salji yang tidak terdapat di negara sendiri.

snow

Lantas saya teringat pula filem box office hindustan ‘Bobby’ yang mana penggambarannya semasa di Kashmir adalah di Gulmarg ini, cuma waktu itu adalah musim bunga, jadi ianya dipenuhi oleh bunga. Ada yang ingat tak scene yang berguling-guling dalam timbunan bunga?  :wink:  Jika berkesempatan lagi, saya ingin untuk bercuti ke Kashmir sekali lagi.

gulmarg winter

..nampak macam best je kena tarik tu  ;-) 

.

Apa yang saya boleh katakan tentang Gulmarg ini adalah, pemandangannya sungguh menyeronokkan dan mengasyikkan… serasa bagaikan dalam mimpi… ;)

.

signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: