Syok Melancong.Com

Keunikan Houseboat Taj Palace Di Tasik Dal, Kashmir

Keunikan houseboat di Tasik Dal, Kashmir India ini amat menarik bagi saya. Jika anda sendiri memandang dari luar, memang anda tidak akan menyangka hiasan dalamannya yang begitu unik dan menarik. Saya berasa teruja ketika berpeluang dapat tinggal di houseboat ini selama 3 hari 2 malam. Begitu tenang dan mendamaikan sekali berada di Tasik Dal itu, hendak pula pada musim sejuk. Memang ramai pelancong lebih berminat untuk menginap di houseboat yang terdapat di sepanjang tasik ini daripada tinggal di hotel.

 

Taj Palace Houseboat

Houseboat

Keunikan hiasan dalaman houseboat ini bukan calang-calang, memang unik sungguh buatannya. Boleh disamakan tarafnya dengan hotel 4 bintang pada saya. Dengan berada dalam houseboat ini, saya sebenarnya tidak perlu lagi untuk pergi ke kedai-kedai di Tasik Dal, Kashmir untuk membeli-belah kerana peniaga-peniaga kecil akan datang sendiri membawa barang-barang dagangan mereka dengan perahu, menaiki ke houseboat kami.

Berbagai barangan yang dibawa seperti brangan kraftangan, beg tangan kulit dari kambing biri-biri, kain-kain ela, sari, kurta, selendang, batu permata, perhiasan wanita, jaket kulit dari bulu kambing juga dan lain-lain. Seronok juga rasa shopping je dalam houseboat tu dengan keadaan yang sangat santai, sambil duduk-duduk dan berborak beramai-ramai. Begitu sibuk dan asyik memilih barangan menyebabkan saya terlupa terus untuk mengambil gambar di waktu itu  :wink:

Living hall

…di ruang tamu inilah yang dipenuhi oleh peniaga pada waktu malam..

Dining hall

Room in Houseboat

lihatlah keunikan ceiling ini…

Ceiling

uniknya ukiran meja solek…

Dressing Table

Makan malam…

dinner

Pelayan muda kami handsome orangnya…macam Shashi Kapoor  :wink:

dinner served

morning view

Pemandangan waktu pagi yang menyegarkan dari houseboat 

.

signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: