Syok Melancong.Com

Gardens By The Bay, Arab Street, Geylang Singapore

Selamat Pagiii  ;-)  Wahhh..lama betul saya tak update entri ye…

Baru-baru ini saya bersempatan bercuti ke Singapore. Seronok juga rasanya, maklumlah kali terakhir saya melancong ke Singapura adalah 35 tahun yang lalu…  lama kan?  :-D  Kebetulan pula, waktu itu adalah Hari Krismas di samping masih waktu cuti sekolah. Jadi, bayangkanlah keadaan yang jem di sana sini penuh dengan pelancong. Nak pergi USS? Tak usah mimpi lah. Kalau nak pergi, jangan waktu cuti sekolah.

Saya cuma sempat shopping sikit di Arab Street yang mana orang kata, tidak sah pergi ke Singapore kalau tak singgah ke arab street atau pun orang singapore menggelarkan sebagai kampung jawa sebenarnya.

Meehoon goreng berwarna merah

Meehoon goreng berwarna merah

Maaflah, tengah makan baru ingat nak snap gambar  ;-)  Murtabaknya tebal sangat berharga S$11

Murtabak Singapore

Murtabak Singapore

 

 

Selain dari arab street, saya juga sempat breakfast dan window shopping di Geylang…

Nasi Jenganan

sedap juga nasi jenganan ni… anda pernah makan?  :wink:

Nasi Jenganan

Nasi Jenganan

 

geylang

Apa yang dapat saya perhatikan ketika shopping ialah, penduduk Singapore yang bershopping membawa beg trolley. Memang bagus sebab tak perlu pegang berat-berat lagi.

trolley

Saya berkesempatan untuk singgah ke Gardens By The Bay, yang mana setelah keluar dari kereta, harus berjalan melalui kawasan lapang ini, akan nampak tersergamlah Marina Bay di situ.

Marina Bay view

Marina Bay view

Ternampak pula sesuatu yang menarik… the floating baby sculpture…

baby floating

planet

Agak bertuah bagi saya kerana dapat menyaksikan pertunjukan lampu (sempena hari Krismas) pula di sekitar pokok-pokok yang besar. Dimeriahkan lagi dengan alunan lagu-lagu yang bersesuaian dengan tema di situ. Sungguh menarik dan cantik…

garden by the bay

garden1

garden

ok, sampai di sini dulu cerita saya dalam entri kali ini… jumpa lagi!

.

signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: