Syok Melancong.Com

Tips Survival Melancong Ke Istanbul

Tips Survival Melancong Ke Istanbul

 

Pada entri kali ini, saya amat tertarik untuk kongsikan di sini sebuah artikel dari seorang usahawan muda yang saya selalu ikuti perkembangannya, seorang yang begitu gigih, Ianya adalah mengenai perkongsian beliau mengenai beberapa tips survival ke istanbul yang mana telah berjaya menjadi sangat viral sehingga mendapat 6600 Likes, 5900 Shares serta 1900 Comments. Wow.. Luarbiasa Sekali! Begitu hebat sekali perkongsian beliau itu.

.

Apakah Tips Survival Itu ?

19 Tips Survival Ke Istanbul

19 Tips Survival Ke Istanbul

Berikut adalah perkongsian beliau tentang Tips Survival:

Tips Melancong Survival Ke Istanbul :

1. Beli tiket penerbangan awal. Pilih Qatar Airways dan Turkish Airlines untuk kos yang lebih ekonomi.

2. Rakyat Malaysia tidak perlu memohon visa untuk masuk ke Turki. Pastikan pasport masih aktif sekurangnya enam bulan semasa tarikh berlepas.

3. Booking hotel secara online. Pilih kawasan sekitar Taksim Square untuk memudahkan akses ke banyak lokasi. Kawasan ini happening untuk shopping dan makan.

4. Tukar matawang Euro di Malaysia. Jangan bawa USD atau MYR ke Istanbul, kurang bagus kadar tukar nilainya. Ringgit hampir tidak diterima langsung.

5. Tukar matawang Lira Turki apabila sudah sampai di Istanbul. 1 Tukrish Lira = RM 1.60.

6. Cuaca paling nyaman dan sejuk sekitar bulan Oktober ke atas. Standby jaket atau baju sejuk.

7. Bawa roti, mee segera, sambal bilis atau ketupat nasi ke Istanbul. Nasi disebut “Pilaf” dan agak sukar didapati. Kalau ada pun mahal sekitar 2 Lira segenggam.

8. Tidak perlu ambil pakej tour untuk ronda Istanbul. Cukup sekadar ambil Taksi dan gunakan peta sebagai panduan. Sangat mudah.

9. Berhati-hati dengan penyeluk saku dan peminta sedekah.

10. Hotel bajet di Istanbul sudah memadai bagi percutian gaya ekonomi. Harga sebilik dari 40 Euro satu malam. Kebanyakan hotel bajet kemas dan selesa. Harga lebih murah jika tiada Wifi.

11. Buat kajian lokasi dan rancang aktiviti terlebih dahulu sebelum ke sana. Ia akan membantu menjimatkan kos dan urus masa dengan bijak.

12. Cadangan perjalanan 5 hari dan 4 malam adalah paling efektif dan sesuai untuk jelajah seluruh Istanbul.

13. Boleh juga memilih untuk stay di kawasan Sultan Ahmed kalau tak suka layan area town seperti Taksim.

14. Banyakkan minum teh disebut “Chai” ketika cuaca sejuk. Pasti nyaman dan segar. Harga dari 1 Lira segelas.

15. Shopping lovers boleh duduk area Taksim Square. Siang malam penuh manusia membeli belah. Sangat happening macam Bukit Bintang.

16. Pastikan memilih Airport Atarturk Istanbul ketika buat tempahan tiket. Jangan tersalah pilih Airport Sabiha Gocken.

17. Airport Atarturk di Istanbul Europe manakala Sabiha di Istanbul Asia. Kawasan tumpuan di Istanbul Europe.

18. Buat bajet dan semak selalu harga tiket. Rancang sekurangnya 6 bulan lebih awal.

19. Bentuk muka bumi dan jalan di Istanbul berbukit-bukit. Amalkan pemakanan yang sihat sebulan sebelum perjalanan. Ia membantu menambah stamina dan menambah mood ke Istanbul nanti.

Diharapkan Tips Survival di atas ini dapat membantu merancang percutian anda ke Istanbul nanti. Jangan takut untuk memasang impian, itukan percuma. Positif dan usaha terus. InshaAllah pasti dapat kesana.

Sumber : Ikram Al-Banjari

.

Istanbul

.

Sementara itu, boleh juga kalau nak survey harga tiket penerbangan  dan hotel ke Turki.

      wego   

.

signature

3 thoughts on “Tips Survival Melancong Ke Istanbul

    1. emie Post author

      sama-sama Rumiza.. Itu destinasi kegemaran saya juga :)
      Saya dah pergi Istanbul tahun 2007m tapi memang teringin sangat nak pergi lagi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: