Syok Melancong.Com

Sedapnya Ikan Bakar Sri Nikat, Hulu Langat

Assalamualaikum, agak lama juga saya tidak ‘update’ blog ini. Hari ini saya nak share kan tentang tempat makan Ikan Bakar Sri Nikat di Hulu Langat, Selangor yang saya pergi pada minggu lepas  ;-)

Ikan Bakar Sri Nikat

Perjalanan nak ke tempat makan ini mengambil masa lebih kurang 1/2 jam – 45 minit dari Ampang, tidaklah jauh kan? Dalam perjalanan ke Hulu Langat, kena naik bukit sikit dan anda akan nampak ‘Look Out Point’ dulu.

Selepas itu menghala ke Batu 18 Ulu Langat. Bila sudah sampai batu 18, akan nampak sebuah jambatan di sebelah kanan, maka anda lalu lah di jambatan itu. Lokasi tempat ikan bakar Sri Nikat ini tidak jauh, iaitu lebih kurang beberapa kilometer saja dari kawasan perkelahan sungai gabai. Cuma masalahnya, simpang nak ke tempat Ikan Bakar Sri Nikat ini tiada sign board.

Saya hanya boleh katakan selepas dah nampak surau serta deretan kedai runcit di sebelah kiri, tidak jauh lah dah. Anda akan nampak dengan satu simpang ‘Y’ di sebelah kiri dan masuklah ke simpang itu. Pandu perlahan ke depan sedikit, akan nampaklah signboard Ikan Bakar Sri Nikat itu.

Sri Nikat

Tempat ini agak popular juga bagi peminat ikan bakar, ada yang sanggup datang dari agak jauh seperti Shah Alam. Tempat ini juga sangat bagus untuk terapi minda, so relaxing dan refreshing. Ikan bakarnya pulak memang sedap sangat di situ kerana air cicah asam nya memang lain dari yang lain rasanya.

Cuba anda lihat gambar ikan talapia ini, memang besar betul kan…. berat 1 ekor ikan talapia tu adalah lebih dari 1 kilo. Perggghhh !  ;-)  Saya order 3 ekor ikan bakar talapia ini untuk makan 5 orang. Tapi, yang ruginya, saya tidak campurkan order saya dengan ikan goreng bercili. Nasib baik air cicah asam nya pedas.  Selain itu, saya juga order sayur kailan ikan masin. hmmmm… berselera betul kami makan dengan nasi panas berasap. Sampai tersandar lah dibuatnya.  :razz: (tak sempat nak snap gambar sebab tangan dah kotor…hehehee..)

Ikan Talapia bakar

 Pemandangan di waktu malam

kolam ikan-bakar

Sri Nikat

Sri Nikat di waktu malam

Peminat-peminat ikan bakar yang dah telan air liur tengok gambar ikan bakar tu, boleh lah pergi cuba makan di situ pulak. Memang best !

Alamatnya :

Ikan Bakar Sri Nikat Sungai Lui,
Batu 23 1/2 Sungai Lui,
43100 Hulu Langat,
Selangor
Hp: +60132639056

signature

2 thoughts on “Sedapnya Ikan Bakar Sri Nikat, Hulu Langat

  1. Jari Manis

    ikan bakar bila di temukan dengan air asam yg sedap…fuhh memang terangkat lagi best kalau dapat ikan frest..manis je rasanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: