Syok Melancong.Com

Restoran Makanan Halal Di Ho Chi Minh

Percutian saya ke Ho Chi Minh, Vietnam amat menyeronokkan. Di samping sibuk membeli-belah (maklumlah Vietnam juga dikenali sebagai ‘syurga membeli-belah) , terdapat banyak restoran halal, sangat senang didapati di bandar  Ho Chi Minh ini…

 

  • Kedai Shamsudin

kedai shamsudin1

kedai shamsudin

Kedai Shamsudin adalah antara restoran yang menyediakan makanan halal di Ho Chi Minh, Vietnam. Restaurant ini menyediakan makanan yang menepati citarasa selera orang Malaysia. Semasa saya berkunjung di restoran ini, orang Malaysia yang datang memang tidak pernah putus.

Alamat : 445 Le Hong Phong Street, Ward.2, District 10, Ho Chi Minh City, Vietnam
Tel : +84.8.6271-7494
Website: http://restaurant-shamsudin.com.vn/

 

  • Satay House

Satay House1

satay house

Sebuah lagi restoran makanan halal di kota Hoh Chi Minh ini ialah Satay House yang terletak di Jalan Nguyen Van Troi. Restoran ini menyediakan makanan Vietnam dan juga Malaysia seperti roti canai, nasi goreng, laksa dan kuay teow goreng. Pemilik restoran ini adalah orang Malaysia yang telah menetap di sana. Pelayan-pelayan di sini fasih berbahasa Melayu. Sambil makan kita dihiburkan dengan lagu-lagu Melayu popular di situ.

Jalan-Jalan Cari Makan

Mariah Tengku Sabri dalam rancangan TV Jalan-Jalan Cari Makan dijadikan hiasan dinding di Satay House, bermakna mmereka telah pun sampai ke restran ini.

Bagi mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Satay House sila ke: http://www.zabihah.com/d/Phu-Nhuan-Ward+7870+Satay-House-Malaysia/

 

 

  • Restoran Empat Musim (Bon Mua Four Seasons)

??????????

Restoran Bom Mua ni dimiliki oleh seorang wanita muslim champ yang mengikut ceritanya adalah balu kepada seorang melayu muslim. Setelah kematian suaminya, dia menyambung perniagaan tersebut bersama keluarganya.

Rata-rata makanan halal di Saigon adalah agak mahal jika hendak dibandingkan dengan di KL. Ini adalah kerana kesukaran mereka untuk mendapatkan sumber halal seperti daging dan ayam yang mana kebanyakannya diperolehi daripada masyrakat Champ yang berada di luar pinggir bandar Saigon.

four season-food

 

 

  •  Saigon Green House

Saigon Green House

 

fish fillet

fish fillet masak sambal

tomyam

 

Makan di vietnam ini…ala-ala…macam Jutawan yang makan… maklumlah.. sekali makan sampai beratus ribu vietnam dong harganya… woww!!! :D  tak percaya? haaaaa… tengoklah resit ni..

bil makanan

 

 

Ini adalah salah satu jenis makanan di Vietnam, tak tahu nama, saya panggil aje popiah Vietnam  ;-)

popia

2 thoughts on “Restoran Makanan Halal Di Ho Chi Minh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: