Syok Melancong.Com

Seronok Mendayung Di Mekong Delta

mekong canal

Trip ke Mekong Delta dari bandar Ho Chi Minh Vietnam ini mengambil masa 1 hari kerana perjalanannya yang agak jauh. Tapi sebenarnya, taklah jauh sangat… cuma kerana jalannya terlalu sesak dengan kenderaan menyebabkan jalannya jem! Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa lebih kurang 1 jam… dah jadi sampai 3-4 jam !!… naik krem dah kaki dibuatnya dalam van pengangkutan tu…

 

Dalam perjalanan kami dibawa singgah ke rest area iaitu ‘Mekong Rest Stop’ di Cai Be. Cantiknya tempat ni… begitu relax dibuatnya.. penuh dengan pelancong-pelancong..

 20130202_10544620130202_105406

Dah tiba ke kawasan jeti sungai Mekong….

topiSebelum masuk ke jeti, saya terlihat beraneka jenis topi yang dijual di sini…maka saya pun sibuklah membelek-belek ‘topi tudung saji’ tu, tapi akhirnya tak beli pun… sebab fikir dah balik nanti bukannya boleh guna pun..

 

Yeayy…tak sabar nak naik bot… Di dalam bot, kami diberi sedikit taklimat oleh pemandu pelancong sebelum memulakan perjalanan atau pun pelayaran..

jeti mekong

jeti-mekong

bot-mekong

Dalam perjalanan, saya nampak berbagai jenis bot yang memuatkan barang dagangan mereka seperti bot sayur labu, bot yang menjual bunga dan sebagainya…

mekong

 

mekong vietnam

bot

kilang candy

Kami dibawa pula singgah ke Thanh Phong, kilang membuat candy yang diperbuat dari kelapa. Nampaknya ada yang sedang test skill tu… kupas kelapa. ;-)  Disebelahnya pula ialah tempat membuat ‘kulit popiah basah Vietnam’ yang transparent tu..

kupas kelapa

kilang kulit popiah

kulit popiah

eeeeiiiiii… Ada jugak ular belaan di sini!

bela ular

 

ubat sen-seh

Yang ini pulak kiranya macam ubat sen-seh lah… dalam botol besar tu ada macam2 jenis binatang termasuklah ular, burung, serangga dsb nya… dalam botol kecik tu pulak ada ular kecik…. eeeeeeeeeiiiiiiiii….. geli geleman nengoknya!

Setelah itu, kami berjalan kembali semula ke tempat bot besar berlabuh…

Setelah penat dibawa melawat, sedar-sedar je perut dah berbunyi.. kruk..krukkk… kami dibawa singgah untuk lunch (aku membawa bekalan ku sendiri… sandwic tuna… kerana tempat yang dibawa ini bukanlah halal) sambil menikmati cultural show..

cultural show

Setelah itu, kami diberi peluang untuk menaiki sampan kecil… waaahhhh seronoknya dapat pakai topi yang ku panggil ‘topi tudung saji’ ni. Sampai terpejam-pejam mata dibuatnya.. heheheeee…

mekong-river

Setelah tamat waktu mendayung, maka tibalah masa untuk kami pulang dan kami pun menaiki kembali bot masa kami mula datang tadi. ehhh…orang lain yang mendayung, dia pulak yang letih… Memang penat sebenarnya  :)

buai

Tamatlah sudah lawatan kami ke Mekong Delta, memang menyeronokkan. Trip Mekong Delta ini berharga – 410,000 vietnam dong (kira2 RM55) setiap orang, boleh dapatkan pakej ini di kaunter hotel anda menginap…pasti ada.

2 thoughts on “Seronok Mendayung Di Mekong Delta

Leave a Reply to Jari Manis Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: