Syok Melancong.Com

Lokasi Penggambaran Star Wars di Tunisia Yang Masih Berdiri Kukuh

kapal starwars

Sebahagian set pengambaran filem pecah panggung Star Wars masih lagi berdiri kukuh di sebuah gurun gersang di Chott el Djerid, Tunisia. Filem yang menjalani penggambaran sekitar tahun 1970-an itu mendapat sambutan cukup luar biasa sehingga menjadi fenomena buat beberapa ketika.

Set penggambaran di Tunisia ini adalah set penggambaran untuk adegan di Planet Tattoine iaitu tempat lahirnya Luke Skywalker. Di dalam filem ini, Tattoine terkenal dengan planet yang mempunyai dua bulan. Dalam filem Star Wars, Luke Skywalker(dilakonkan oleh Mark Hamilton) adalah anak kepada Anakin Skywalker iaitu antagonis utama dalam saga Star Wars.

Ibunya meninggal dunia ketika mana melahirkan Luke dan beliau kemudian dibesarkan oleh keluarga angkat di Planet Tattoine. Luke digambarkan seorang yang cekal dan berbudi pekerti mulia persis ibunya.

Namun, beliau tetap mempunyai sikap panas baran dan tidak sabar yang diturunkan oleh bapanya, Anakin. Walaubagaimanapun, sikap buruk tersebut berjaya dipulihkan setelah berjumpa dan berguru dengan Master Yoda, juga guru kepada bapanya, Anakin/Darth Vader.
Atas faktor iklim dan cuaca, beberapa set didapati telah musnah manakala beberapa yang lain telah ditimbus oleh pasir. Walaubagaimanapun, sebahagian daripadanya masih terpelihara.

Sehingga kini, kawasan gersang ini masih lagi menjadi destinasi tumpuan kepada para obsesi dan peminat setia filem-filem Star Wars.

sumber

kapal starwars1

kapal starwars2

kapal starwars3

kapal starwars9

kapal starwars4

kapal starwars6

kapal starwars7

kapal starwars8

signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: