Syok Melancong.Com

Tips Melancong Ke Negara Europe – Foldable Bottle

Hai semua…salam sabtu dan selamat bersantai !  ;-)

Dalam entri ini saya cuma nak share satu tips melancong keluar negara….

tips

 

 

Ketika melancong ke  negara Europe atau pun beberapa destinasi pelancongan yang lain, seperti yang kita ketahui memang tandas awam mereka tiada air untuk kita cuci selepas melepaskan apa-apa hajat kita. Mereka hanya menggunakan tissue saja. Saya memang tak faham macamana boleh bersih kalau dah macam tu. Rasa geli pun ada.

Kadang-kadang bila tiba-tiba je perut sakit nak ke tanda, masa itu lah baru nak cari botol. Kelam-kabut dibuatnya. Saya pernah experience terlupa bawa botol air, sampai tegak-tegak bulu roma menahan sambil mencari-cari kedai yang ada jual air mineral. Anda pernah jadi macam tu ke? :-

mmm…sebagai  muslim traveller, kita perlu lah membawa botol air, supaya tidak perlu lagi bersusah payah hendak mencari kedai pada waktu kita memerlukannya.

Di sini, saya ingin memberikan tips agar anda membawa foldable bottle iaitu botol plastik untuk di isi air dan boleh di lipat bila tidak digunakan, sangat senang dan mudah untuk dibawa ke mana-mana !

 

foldable bottle1

 

Tips ini memang nampak simple sangat., tapi ianya banyak membantu masa kita terdesak nak membuang masa kita travel, lebih-lebih lagi bagi kaum wanita khasnya..  ;-)

 

Saksikan video pendek ini…

 

 

order

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: