Syok Melancong.Com

Pulau Tashirojima – Pulau Kucing

Pulau Tashirojima di Jepun adalah satu kepulauan nelayan kecil di Jepun yang terkenal dengan nama “Pulau Kucing” oleh pencinta haiwan kerana sebilangan besar ‘penduduknya’ adalah kucing. Masyarakat di Pulau Tashirojima bekerja sebagai nelayan dan populasinya lebih rendah dari jumlah kucing yang terdapat di situ.

kucing Jepun1

Tashirojima dihuni oleh beratus-ratus kucing dari baka Feline, yang dijaga dan juga dipuja oleh manusia di pulau tersebut.

kucing Jepun2

Pada asalnya, mengikut cerita penduduk tempatan, kucing-kucing tersebut dibawa ke pulau berkenaan untuk tujuan mengawal serangga dan binatang perosak, memburu tikus di ladang-ladang sutera. Namun, selepas penutupan industri tersebut, ramai penduduk mula meninggalkan pulau berkenaan.

Sejak dari itu, kucing-kucing tersebut membiak dan bilangan mereka mengatasi bilangan manusia di kepulauan tersebut sehingga empat kali ganda.Kucing-kucing liar itu tetap dipelihara oleh penduduk tempatan. Pertambahan haiwan itu kini menjadikan pulau tersebut sebagai tarikan pelancong.

kucing Jepun3

 

rumah kucing

 

Menurut kepercayaan penduduk tempatan di pulau itu, yang kini bilangannya hanya dalam 100 orang, memberi makan kepada kucing di pulau tersebut akan membawa kekayaan dan kebaikan kepada mereka. Kebanyakan nelayan di pulau Tashirojima juga percaya yang kucing-kucing ini membantu untuk ramalan cuaca.

Mereka percaya jika kucing mula membuat bising atau mencari tempat persembunyian dengan memasuki rumah penduduk, ini bermakna cuaca kurang baik dan nelayan tidak akan turun ke laut.

kucing Jepun4

kucing Jepun5

Kini, pulau Tashirojima telah menjadi destinasi pelancongan bagi pencinta-pencinta kucing. Penduduk dan pelancong juga dilarang membawa anjing ke kepulauan berkenaan bagi menghormati kucing-kucing di sana.

kucing Jepun6

Yang pasti, pulau itu sudah tentu menjadi syurga bagi kucing-kucing terutamanya apabila diberi makan secukupnya dengan ikan dan makanan laut lain yang segar-segar.

 

Jom relax tengok video kucing ini…

 

    wego   

signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: