Syok Melancong.Com

Teruja Tengok Gajah Melukis Di Maesa Elephant Camp

elephant camp2

Selepas Khantoke Dinner Show, saya sambung lagi cerita. Kali ini tentang pertunjukan luarbiasa gajah pula di Maesa Elephant Camp di Chiang Mai, Thailand.

Di luar pintu masuk ke camp gajah ini, saya nampak seekor gajahyang sedang bermanja dengan tuannya. Agaknya kenalah tuannya melayan gajah tu bersungguh-sungguh sebelum pertunjukan bermula.  :-)

elephant camp1

 Inilah makanan gajah rupanya… pisang dengan tebu

elephant camp

 

Sebelum pertunjukan dimulakan, saya sempat merakamkan pelancong yang menaiki gajah ini. Rasa di hati teringin, tapi takutlah pulak. Last-last tengok dengan air liur meleleh je lah…  ;-)

naik gajah

Oh ya…satu lagi, gajah-gajah itu sebelum memulakan pertunjukan mereka, gajah-gajah itu dimandikan oleh tuannya. Pada pukul 1030 pg semua gajah keluar dari kandang menuju ke sungai untuk mandi pagi

gajah mandi

gajah mandi1

gajah mandi2

Ok, selepas mandi, gajah-gajah itu akan dbawa ke tempat pertunjukan. Jom kita ambil tempat duduk untuk tengok. Pertunjukan dah nak bermula ni…

pertunjukan gajah

pertunjukan gajah1

Gajah-gajah akan membuat pelbagai pertunjukan di sini. Kita juga boleh bergambar bersama dengan gajah-gajah ini dengan pelbagai gaya seperti duduk di atas lututnya, badan di angkat dengan belalai gajah. Cuba hulurkan sedikit baht ke hujung belalai gajah tu. Gajah itu akan hulurkan wang tip yang diberi kepada tuannya. Gajah ini juga boleh bermain bola. ;-)

gajah main bola

Penjinak gajah ini kebanyakannya lelaki daripada suku kaum Karen yang berasal dari Burma. Mereka terkenal sebagai penjinak gajah. Oleh kerana itu, kepakaran gajah ini digunakan oleh orang putih untuk membawa keluar kayu balak dari hutan di Indo-China pada era kolonial.

aksi gajah

Apa yang menariknya di pertunjukan gajah ini ialah, gajah itu pandai melukis. Mula-mula saya rasa agak tidak percaya juga, tapi bila dah melihat dengan mata sendiri, sampai terlopong mulut, baru lah percaya atau pun terpaksa percaya juga.  ;-)

gajah melukis1

Bila teringat balik masa pertunjukan itu, saya ketawa sendirian kerana sedang gajah-gajah itu melukis, ada seekor gajah yang telah naik angin dan berhenti melukis. Berbagai cara tuannya memujuk, namun tidak dapat meredakan kemarahannya sehingga gajah itu lari keluar dari kawasan pertunjukan.

Tambah peliknya lagi, ada gajah lain pula yang ‘take over’ menyiapkan lukisan yang terbengkalai oleh gajah yang naik angin itu. Memang saya rasa kagum macamana gajah-gajah ini di latih sebegitu rupa. Lukisannya pula cantik.

gajah melukis

lukisan gajah1

Inilah hasil lukisan gajah yang dijual dengan harga 200 baht

lukisan gajah

Tamat sudah pertunjukan gajah yang hebat itu.

tamat pertunjukan gajah

Haaaa…kalau tak percaya, inilah dia lukisan yang dihasilkan oleh gajah-gajah itu, siap ada kedai lagi untuk menjual hasil lukisan gajah. mmm..kalah dengan sesetengah orang yang tak pandai langsung melukis ni  :-D

koleksi lukisan gajah

 Ok, tamat sudah cerita tentang pertunjukan gajah ini. Next entri, akan saya kongsikan pula tentang cultural village serta kraftangan mereka pula. Sabar ye… :lol:

Jika sekiranya anda juga ingin menyaksikan persembahan gajah yang menarik di Maesa Elephant Camp di Chiang Mai ini, bolehlah anda memilih destinasi percutian ke Thailand pula. Anda boleh survey tiket penerbangan dan tempah hotel yang murah di sini.

wego     

signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: