Syok Melancong.Com

15 Tempat Menarik Untuk DiLawati Di Sydney, Australia

15 Tempat Menarik Untuk DiLawati Di Sydney, Australia

Sydney

Sydney, adalah ibu kota New South Wales dan merupakan salah satu daripada bandar-bandar terbesar di Australia yang terkenal sebagai pelabuhan utama. Ia juga adalah sebuah kota yang amat sibuk di Australia, namun mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik untuk dilawati.

.

Antara Tempat Yang Menarik Untuk Dilawati  :

  • Sydney Opera House
  • Sydney Harbour Bridge
  • Darling Harbour
  • Sydney Tower
  • Bondi Beach
  • Fort Denison
  • Manly Sea Life Sanctuary
  • Manly Beach
  • Sea Life Sydney Aquarium
  • The Rocks
  • Australian National Maritime Museum
  • Museum of Sydney
  • Australian Museum
  • Museum of Contemporary Art Australia
  • Sydney Harbour National Park

 

Di antara tempat yang tersenarai di atas, saya hanya sempat melawat ke beberapa tempat sahaja oleh kerana masa yang agak terhad.

opera house

Sydney Opera House

Sydney Opera House terletak di Pelabuhan Sydney di Bennelong Point, dianggap oleh kebanyakan orang sebagai salah satu keajaiban dunia moden ini. Sydney Opera House telah di reka oleh Jorn Utzon dan dibina di bawah beberapa kontroversi, ianya telah dibuka pada Oktober 1973. Opera House adalah salah satu ikon di Sydney yang paling popular di kalangan pelancong dan pelancong dari seluruh dunia datang melawat, mengambil gambar dan berdiri megah di pusat kebudayaan Sydney. Di dalam kawasan bangunan, reka bentuk adalah tidak secantik rekaan di luar bangunan.

sydney harbour bridge

Sydney Harbour Bridge

Sydney Harbour Bridge telah dibina pada tahun 1932. Sydney Harbour Bridge adalah dibina dari besi keluli yang melalui gerbang di Sydney Harbour yang membawa kereta api, kenderaan, basikal dan pejalan kaki di antara kawasan pusat perniagaan Sydney dan North Shore. Jambatan ini mempunyai ketinggian 134 m dan ia adalah gerbang jambatan yang tertinggi di dunia.

manly beach

Manly Beach adalah sebuah pantai yang terkenal di dunia dan merupakan mercu tanda Australia.

Pantai itu dinamakan oleh Capt. Arthur Phillip bagi penduduk asli yang tinggal di sana. Beliau menulis tentang mereka, “keyakinan dan perilaku jantan mereka membuat saya memberi nama Manly Cove di tempat ini”  Manly Beach adalah satu resort tepi laut pertama (tahun 1903) yang membolehkan orang berenang di siang hari. Manly menawarkan kombinasi yang unik dari pantai lautan luas di satu pihak dan sebelah teluk yang lain pula pelabuhan pantai berpasir yang tenang.

Menaiki cruise di Sydney, Australia

Menaiki cruise di Sydney, Australia

manly beach sydney

australia

Ini adalah gambar saya menghadap dengan Opera House, Sydney

.

Jika anda ingin menikmati pemandangan yang indah di sekitar Sydney dan meluangkan masa untuk bercuti ke Sydney, Australia, anda bolehlah survey hotel dan tiket penerbangan yang murah dengan klik link di bawah ini.

     wego    

signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: