Syok Melancong.Com

Tips Melancong Keluar Negara – Penyediaan Passport

Tips Melancong Keluar Negara 
PASSPORT
paspot
Tips yang paling penting sekali ialah sebelum anda pergi bercuti, sila pastikan yang anda mempunyai Passport yang masih sah tempoh lakunya. Jika tempoh sahnya Passport anda kurang daripada 6 bulan, anda wajib untuk memperbaharui Passport anda di Jabatan Imigresen yang berdekatan dengan rumah anda.

 

 

Passport Malaysia diistilahkan rosak jika :

  1. Basah
  2. Diconteng / terconteng
  3. Dikoyak / Terkoyak
  4. Dibakar / terbakar
  5. Dimakan anai-anai/serangga
  6. Gambar pudar / luntur
  7. Butiran dalam pasport dipinda

 

JANGAN diabaikan tips penting ini kerana jika anda abaikannya, anda juga yang akan mendapat susah nanti, mungkin anda tidak akan dibenarkan oleh jabatan imigresen di airport nanti. Sila rujuk sini –> SEMAK PASSPORT MALAYSIA

 

 

Perlu ke Memeriksa Kebenaran Keluar Negara ?

Sebagai peringatan, sebelum anda membeli tiket kapalterbang untuk melancong, anda juga adalah di galakkan untuk menyemak samada nama anda bersih daripada senarai hitam untuk keluar negara.

Dalam hal ini, cuma ada 2 kes yang selalunya menjadi punca masalah, iaitu pekerja di jabatan kerajaan dan juga bekas pelajar di IPT yang mempunyai hutang dengan mana-mana tabung pinjaman yang tidak membayar balik pinjaman mereka. Sila semak 3 bulan sebelum pergi ke luar negara, buatlah pemeriksaan dengan mana-mana agensi tabung pinjaman, dan sebagainya, takut nanti nama anda telah di “black list” dan tidak dibenarkan ke luar negara. .

Bagi sesetengah jabatan kerajaan, ada yang menghadkan kakitangan kerajaan untuk ke luar negara .Oleh itu, bagi pekerja-pekerja kerajaaan, sebelum beli tiket sebelum buat keputusan, periksa dahulu polisi jabatan atau perkeliling di jabatan masing-masing. Bagi sesiapa yang nak semak. “status perjalanan” bolehlah
klik di sini —> SEMAK STATUS PERJALANAN

 

 

Perlu ke Memohon Visa Untuk Keluar Negara ?

Permohonan Visa keluar negara adalah mengikut keperluan negara yang ingin dilawati.
Sila buat rujukan di sini —> SEMAK NEGARA YANG PERLUKAN VISA

tips melancong
Jika anda nak tempah hotel atau pun tiket penerbangan, boleh lah survey dan bandingkan harga di link di bawah ini.

       wego    

 

 

signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: